Program Semarak Ramadan IKRAM Kemaman 1433H

Mari bersama-sama meningkatkan amalan dan memberikan sumbangan kepada mereka yang lebih memerlukan..

Infaq fi sabilillah

Dan kelak akan dijauhkan daripada neraka orang yang paling bertakwa iaitu orang yang menafkahkan hartanya untuk membersihkan dirinya... (QS Al-Lail : 17-20)

Suburkanlah iman

Jadikan Ramadan sebagai bulan madrasah jiwa dan ruhani..

Remaja Raikan Ramadan

Nantikan kemunculannya di lokaliti-lokaliti terpilih seluruh Kemaman!

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions..

Tuesday, May 29, 2012

Bersama Pengerusi SPR Negeri Terengganu

Semalam sempat menyertai satu majlis taklimat SPR oleh Pengerusi SPR Negeri Terengganu, Tuan Hj Fakhrul Razi bin Ab Wahab, di Permai Hotel, Kuala Terengganu. Taklimat utama ialah berhubung perkara-perkara baru yang diputuskan SPR bagi PRU-13. 

Antara yang disentuh ialah urusan berkaitan penamaan calon, pengundian awal, zon kawasan larangan di pusat mengundi, penggunaan dakwat kekal, penggunaan cop pada kertas undi, wakil bagi OKU, susun atur dalam saluran dan kaedah memeterai peti undi.

Beliau juga menyebut kerja-kerja pengurusan SPR perlu diselesaikan sehingga 30 Jun 2012. Adakah ini bermakna PRU-13 akan berlaku pada bulan Julai 2012 sebelum bermulanya Ramadhan al-mubarak?

Sunday, May 27, 2012

Mendekati Pemimpin-pemimpin Politik Tempatan

Minggu lepas sempat bersama dengan beberapa orang pemimpin politik tempatan. Nampak gayanya masing-masing begitu sibuk dengan aktiviti menghadapi PRU13 terutama bagi mendapatkan dana bagi tujuan kempen. Alangkah baiknya kalau tarikh PRU diketahui dan ditetapkan lebih awal kerana ini menjimatkan sumber dan kos juga.

PRU13 bakal diadakan selewat-lewatnya bulan Mac 2013 iaitu apabila tempoh lima tahun sebuah kerajaan itu berakhir dan perlu dipilih semula menerusi satu pilihanraya umum. Namun ura-ura untuk diadakan lebih awal menjadi perbualan hangat masyarakat hari ini.

Thursday, May 24, 2012

Senarai 89,006 Pemilih di P.40 Kemaman Untuk PRU13

Senarai 89,006 pemilih yang diwartakan sehingga 31 Disember 2012 telah dikeluarkan SPR bersama disketnya sekali. P.40 Kemaman ini mengandungi 4 buah DUN iaitu N.29 Kemasik (18,310), N.30 Kijal (18,689), N.31 Cukai (25,878) dan N.32 Air Putih (26,129).

Disket yang diberikan adalah dalam bentuk database Access dan boleh dipindah kepada Excel format dengan mudah.

Daftar pemilih ini akan digunakan sekiranya PRU13 berlangsung pada bulan Jun atau Julai tahun ini.

Forum Kesihatan & Kekeluargaan di Pekan Kerteh

Satu majlis forum kesihatan dan kekeluargaan telah diadakan sempena Karnival Kesihatan Pekan Kerteh yang telah diadakan dengan jayanya pada 11 Mei 2012 yang lalu. Panelis forum yang dipengerusikan AJK IKRAM Kemaman iaitu Ustazah Rosmawati terdiri daripada Dr Khairi Mat (Pakar Psikiatri Hospital Hulu Terengganu), Puan Hjh Yusnani Abdul Hamid (Pengerusi Raudatus Sakinah Selangor) dan Hj Zameran Jusoh (Pengurus Bank Islam Kemaman).

Program yang diadakan di Dewan Sivik Pekan Kerteh ini dianjurkan oleh IKRAM Kemaman dengan kerjasama JKKK Kg Tengah, JKKK Kg Gelugor, JKKK Kg Telaga Papan, JK Masjid Jamek Kerteh dan Klinik Kesihatan Kerteh.

Lebih 500 orang penduduk setempat telah hadir ke program yang julung-julung kali diadakan di kawasan ini. Pasukan IKRAM Health dari Kuala Terengganu pula diketuai Dr Nurul Jannah dari Hospital Besar Kuala Terengganu.

Makan Malam Bersama Masyarakat Tionghua Kemaman

Semalam sempat menghadiri satu majlis makan malam bersama warga Tionghua di bandar Chukai, Kemaman. Ramai juga yang hadir mendengar ceramah yang dianjurkan selepas makan malam tersebut. Antara wakil IKRAM Kemaman yang hadir ialah TYDP IKRAM Kemaman, Ustaz Muzahar Hitam.

Interaksi bersama masyarakat Tionghua perlu diteruskan bagi menyampaikan risalah Islam yang mengangkat nilai-nilai murni sejagat. 

Monday, May 14, 2012

Memukat Ikan di Pantai Cendor !

Pada awal bulan ini di dalam program mukhayyam tarbawi anjuran IKRAM Terengganu, antara aktiviti sampingan yang menarik ialah memukat ikan di Pantai Cendor dekat sempadan Pahang-Terengganu. Hasil tangkapan ikan inilah yang menjadi lauk kami sepanjang program perkhemahan kali ini. Teringat kali terakhir memukat ikan di laut ialah ketika berkhemah di Pantai Morib, Selangor lebih 25 tahun yang lalu!

Alhamdulillah walaupun tak banyak tangkapan, cukuplah untuk menjadi lauk kami seramai lebih 50 orang ini. Chef kami Ku Indong masak asam pedas pulak tu. Sangat menyelerakan makan tengahari kami bercicahkan budu. 

Rupa-rupanya kawasan sekitar Pantai Cendor ini juga menjadi tarikan kepada penyu-penyu untuk bertelur di pesisir pantai ini. Banyak juga laluan penyu di pantai yang dijumpai di sekitar kawasan ini.

Wednesday, May 09, 2012

Ceramah Palestin Di Felda Neram 1, Felda Neram 2 & Cheneh

Alhamdulillah siri ceramah Palestin telah diadakan di penempatan Felda Neram 1, Felda Neram 2 dan penempatan Ketengah di Ceneh pada hujung bulan April 2012 yang lalu. Ianya merupakan siri program kesedaran tentang Palestin yang digerakkan oleh IKRAM Kemaman dengan kerjasama Aqsa Syarif sejak bulan Febuari 2012 yang lalu.

Program ceramah Palestin untuk penduduk Felda Neram 2 dan Cheneh telah diadakan selepas solat Jumaat di Masjid Bandar Cheneh pada 27 April 2012 yang lalu. Ianya berjaya mengumpul ramai para jamaah solat Jumaat yang setia menunggu selepas solat untuk mendengar isu Palestin ini. Ianya dijayakan bersama dengan pengurusan Felda Neram 2 dan Ketengah serta agensi-agensi kerajaan di kawasan ini.

Manakala di Felda Neram 1 pula, program ini diadakan di Masjid Felda Neram 1 pada hari Isnin 30 April 2012 iaitu selepas solat Maghrib. Kehadiran juga menggalakkan. Program ini juga diadakan dengan kerjasama pihak pengurusan Felda.

Kedua-dua ceramah disampaikan oleh Ketua Sekretariat Aqsa Syarif Kemaman, Hj Zameran Jusoh.

Karnival Kesihatan IKRAM di Pekan Kerteh

InshaAllah satu program Karnival Kesihatan akan diadakan di Pekan Kerteh - melibatkan tiga buah kampung iaitu Kg Telaga Papan, Kg Tengah dan Kg Gelugor - pada 11 Mei 2012 ini. Berbagai aktiviti diadakan termasuk pemeriksaan kesihatan, BMI, mata, forum kesihatan dan kekeluargaan. Program ini dianjurkan bersama IKRAM Kemaman dengan kerjasama JKKK tiga buah kampung tersebut, Masjid Jamek Kerteh dan Klinik Kesihatan Kerteh. Ianya bakal dirasmikan oleh Penghulu Mukim Kerteh. Program ini akan diadakan di Dewan Sivik Pekan Kerteh.


Latihan Pengurusan Pilihanraya di Kemaman

Alhamdulillah IKRAM Kemaman telah mengendalikan satu latihan pengurusan siasah kepada ahli-ahli IKRAM Negeri pada 1 Mei 2011 yang lalu di Kerteh. Lebih 50 orang ahli telah hadir di dalam latihan yang dikendalikan oleh dua orang jurulatih SBPol dari IKRAM Pusat. Semoga ianya membawa manfaat kepada semua ahli yang terlibat agar lebih cakna dan perihatin dengan suasana siasah negara.

Pages