Program Semarak Ramadan IKRAM Kemaman 1433H

Mari bersama-sama meningkatkan amalan dan memberikan sumbangan kepada mereka yang lebih memerlukan..

Infaq fi sabilillah

Dan kelak akan dijauhkan daripada neraka orang yang paling bertakwa iaitu orang yang menafkahkan hartanya untuk membersihkan dirinya... (QS Al-Lail : 17-20)

Suburkanlah iman

Jadikan Ramadan sebagai bulan madrasah jiwa dan ruhani..

Remaja Raikan Ramadan

Nantikan kemunculannya di lokaliti-lokaliti terpilih seluruh Kemaman!

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions..

Saturday, June 09, 2012

Kerjasama Wanita Menjelang PRU13

Di antara kelompok pengundi yang penting di dalam proses pilihanraya umum di negara kita ialah wanita. Dalam konteks daerah Kemaman di Terengganu, mereka mewakili 48.6% daripada jumlah pengundi atau sekitar 43,000 pengundi.

Program-program wanita aktif digerakkan oleh parti-parti politik di daerah ini. Ianya menunjukkan kematangan dan kecaknaan politik yang tinggi di kalangan wanita di Kemaman juga.

Celik Politik Satu Tanggungjawab Rakyat

Alhamdulillah satu program latihan tentang Pilihanraya Umum telah dianjurkan oleh IKRAM Kuala Terengganu semalam di Kuala Terengganu. YDP IKRAM Kuala Terengganu Ustaz Dr Zawawi Ali sendiri mengetuai ahli-ahli IKRAM Kuala Terengganu memimpin program ini. Jurulatih-jurulatih daripada SBPol IKRAM Terengganu mengendalikan siri latihan ini terdiri daripada Saudara Saleh Hussain dan Hj Abdul Aziz Abdul Rahman.

Semoga program ini memberikan pendedahan asas tentang perjalanan pilihanraya umum sebagai salah satu aspek pembangunan masyarakat madani yang diperlukan.

Wednesday, June 06, 2012

Macam-macam buku menjelang PRU13

Semalam ketika di Kemaman, saya menerima hadiah sebuah buku kecil politik daripada seorang tokoh politik UMNO, bekas anak Timbalan Perdana Menteri. Maklumlah dekat-dekat PRU13, macam-macam buku keluar. Bila dibelek-belek, hujah-hujah yang dikemukakan ringkas dan menarik serta berfakta.

Hari ini kita perlu berganjak daripada politik kepartaian kepada politik idea. Politik yang berteraskan ilmu pengetahuan. Politik yang berusaha mengembangkan minda rakyat agar memiliki kecaknaan siasah yang positif dan tinggi. 

Apapun, banyakkan membaca!

Saturday, June 02, 2012

Apa Yang Boleh Kita Pelajari Daripada AKP Turki

Walaupun masih dalam kehangatan kempen Presiden di Mesir, elok juga kita jenguk semula pengalaman di Turki pada tahun lalu. AKP mula memerintah sejak tahun 2002 di Turki.

Berkongsi penulisan Sdr Zulkifli Sulong (Harakah) sebelum ini yang mengikuti kempen pilihanraya di Turki pada Jun 2011 yang lalu. Menurut pengamatan beliau, walaupun di Turki terdapat pengamalan kebebasan media, namun ada perkara-perkara penting yang boleh dipelajari antaranya :-

1- Kempen ini yang inklusif atau memasukkan semua orang dalam sasaran.  Di Turki , AK disenangi semua pihak. Yang mahukan Islam menyokong AKP, yang sudah jauh dari Islam juga menyokong AKP. Ketika AKP memperjuangkan hak untuk wanita Islam memakai tudung, parti itu juga memberikan peluang kepada wanita yang tidak bertudung untuk menjadi calon mereka.

2- Cara kempen Turki juga berjaya membawa golongan muda dan seluruh keluarga untuk bersama merekaLebih 80 peratus pihak yang meraikan kemenangan AKP 12 Jun 2011 adalah golongan muda yang datang bersama keluarga mereka. Ketika berkempen begitu juga. Ramai sekali golongan ini bersama berarak di jalan raya (walk about) bersama calon-calon AKP.  Ketika berkumpul di sebuah taman untuk mendengar ucapan, ia juga dipenuhi anak-anak muda. 
Pemimpin AKP sendiri mendekati mereka bukannya diserahkan kepada pemimpin muda sahaja. Lagipun, suasana yang dihasilkan dalam kempen juga menggamit anak muda dan keluarga untuk turut bersama dalam kempen itu.

3- Pendekatan kempen mereka bukan pentas ceramah semata tetapi berkumpul di taman, berjalan di kawasan perumahan dengan diiringi muzik yang sesuai dan sebagainya.

4- Pendekatan kempen AKP juga bercorak 'lihat dan percaya'. Melalui pendekatan ini, bahan-bahan kempen AKP juga lebih bercorak gambar yang besar-besar. Gambar-gambar besar tanpa perkataan ini di pasang di merata-rata tempat khasnya di pejabat-pejabat AKP.

5- Jentera kempen utama AKP adalah van yang dibaluti dengan gambar bahan kempen parti mereka. Van-van ini disewa untuk tempoh kempen ini sahaja. Pendekatan ini menyebabkan AKP boleh dilihat di merata tempat. Untuk Istanbul sahaja, AKP mempunyai lebih 300 buah vanSetiap calon anggota Parlimen mereka akan mempunyai sekurang-kurangnya dua buah van semacam ini.

6- Dalam kempen ini, AKP banyak memaparkan kejayaan yang dibuat oleh mereka sepanjang lapan tahun pentadbiran AKP bermula 2002 lalu. Mereka bandingkan setiap perkara dari pendidikan, kesihatan, pengangkutan, ekonomi dan sebagainya. Perbandingan dibuat antara 'Nereden' (dahulu) dan 'Nereye' (kini) dalam bentuk gambar, grafik dan angka yang besar, jelas dan terang.

Pages