Program Semarak Ramadan IKRAM Kemaman 1433H

Mari bersama-sama meningkatkan amalan dan memberikan sumbangan kepada mereka yang lebih memerlukan..

Infaq fi sabilillah

Dan kelak akan dijauhkan daripada neraka orang yang paling bertakwa iaitu orang yang menafkahkan hartanya untuk membersihkan dirinya... (QS Al-Lail : 17-20)

Suburkanlah iman

Jadikan Ramadan sebagai bulan madrasah jiwa dan ruhani..

Remaja Raikan Ramadan

Nantikan kemunculannya di lokaliti-lokaliti terpilih seluruh Kemaman!

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions..

Monday, April 16, 2012

Gotong Royong Bersih Bilik Gerakan IKRAM di Kerteh

Alhamdulillah satu program gotong royong membersihkan bilik gerakan IKRAM Kemaman di Sg Mat Ekar, Kerteh telah dijayakan pada hari Sabtu 7 April yang lalu. Terima kasih kepada anak-anak muda kita. Semoga usaha-usaha dakwah semakin giat lagi dengan kewujudan bilik gerakan baru ini.

Ceramah Palestin di Masjid Telok Kalong, Kemaman

Alhamdulillah satu lagi ceramah tentang isu Palestin telah diadakan pada 13 April 2012 di Masjid Teluk Kalong di Kemaman. Ramai juga yang hadir. Moga lebih ramai yang perihatin tentang isu ummah ini. Ini merupakan ceramah di masjid yang kelapan dalam daerah Kemaman sejak roadshow ini mula digerakkan mulai awal tahun ini.

Cadangan Karnival Kesihatan Pekan Kerteh

Program ini bakal dianjurkan oleh IKRAM Kemaman pada 12 Mei 2012 di Pekan Kerteh. Kelihatan dalam gambar (berbaju Melayu) Dato' Hj Abu Bakar Ali, bekas ADUN Kemasik selama 5 penggal (1986-2008) yang kini Pengerusi UMNO Cawangan Pekan Kerteh.

Sesi Bersama UMNO Cawangan Pekan Kerteh

Malam tadi sempat bersama kepimpinan UMNO Cawangan Pekan Kerteh, membentangkan program karnival kesihatan yang bakal diadakan pada 12 Mei 2012 ini di Pekan Kerteh. Program anjuran IKRAM Kemaman bersama JKKK Kg Gelugor, Kg Tengah dan Kg Telaga Papan serta pihak Masjid Jamek Pekan Kerteh dan Pusat Kesihatan Kerteh. Moga dipermudahkan segala urusan.

Pages