Wednesday, May 09, 2012

Ceramah Palestin Di Felda Neram 1, Felda Neram 2 & Cheneh

Alhamdulillah siri ceramah Palestin telah diadakan di penempatan Felda Neram 1, Felda Neram 2 dan penempatan Ketengah di Ceneh pada hujung bulan April 2012 yang lalu. Ianya merupakan siri program kesedaran tentang Palestin yang digerakkan oleh IKRAM Kemaman dengan kerjasama Aqsa Syarif sejak bulan Febuari 2012 yang lalu.

Program ceramah Palestin untuk penduduk Felda Neram 2 dan Cheneh telah diadakan selepas solat Jumaat di Masjid Bandar Cheneh pada 27 April 2012 yang lalu. Ianya berjaya mengumpul ramai para jamaah solat Jumaat yang setia menunggu selepas solat untuk mendengar isu Palestin ini. Ianya dijayakan bersama dengan pengurusan Felda Neram 2 dan Ketengah serta agensi-agensi kerajaan di kawasan ini.

Manakala di Felda Neram 1 pula, program ini diadakan di Masjid Felda Neram 1 pada hari Isnin 30 April 2012 iaitu selepas solat Maghrib. Kehadiran juga menggalakkan. Program ini juga diadakan dengan kerjasama pihak pengurusan Felda.

Kedua-dua ceramah disampaikan oleh Ketua Sekretariat Aqsa Syarif Kemaman, Hj Zameran Jusoh.

0 comments:

Pages