Program Semarak Ramadan IKRAM Kemaman 1433H

Mari bersama-sama meningkatkan amalan dan memberikan sumbangan kepada mereka yang lebih memerlukan..

Thursday, December 29, 2005

Cintailah Diri Sendiri

Teringat-ingat akan peringatan ini yang merupakan sabda Rasul s.a.w. :Mafhumnya :"Tidak beriman seorang daripada kamu sehinggalah dia cinta kepada saudaranya apa yang dicintai untuk dirinya sendiri" (Muttafaqun'Alaih)Puas juga kumenung dan kucari..akhirnya ketemu juga dengan sedikit kupasan Sheikh Dr Muhammad Ali al-Hashimi di dalam kitabnya "Syakhsiyyah al-Mar atul Muslimah" pagi tadi (secara tidak sengaja kuambil daripada koleksi pustaka keluarga)Beliau juga mengingatkan kita akan ayat Allah SWT di dalam surah al-Hujurat :"Sesungguhnya orang-orang...

Saturday, December 17, 2005

SPR 2005..

Alhamdulillah selesai sudah satu tugasan yang bagiku cukup penting dan strategik demi menjayakan aktivisme dakwah remaja bersama JKPR pada tahun 2006 nanti iaitu Seminar Pembangunan Remaja JIM Terengganu petang tadi...penatnya cukup terasa hinggakan terpaksa mencuri utk lena sebentar semasa rakan peserta sibuk membincangkan strategi2 JKPR utk tahun 2006...Meletihkan kerana dari ptg khamis hingga pagi jumaat bersama anak-anak remaja yang akan ke X-REK Pusat...bersama dgn sesi latihan terakhir di al-amin kerteh..Muzakarah yg cukup bermakna buat diriku...moga...

Sunday, December 11, 2005

Catatan Kelana X-REK KRJ Ganu 2005

..kembali dari Kota Bharu dengan perasaan yang bercampur-campur. Namun, kehadiran anak usrahku iaitu akh Ammar, melegakan perasaan sendirian di dalam perjalanan. Beliau merupakan pelajar Tingkatan 4 SM Teknik Dungun yang tinggal kebetulan di DUN Pengkalan Pasir...keluarga beliau juga mula ku kenali sejak ziarah ke rumah beliau pada pertengahan bulan November yang lalu..malah keluarga beliau menghantar beliau ke KB Mall, tempat aku menjemput beliau untuk bersama berkelana ke Dungun, Terengganu untuk menyertai XPDC Remaja Kental (X-REK) anjuran KRJ...

Friday, December 09, 2005

Usul 20 al-Banna

Prinsip pertama: Islam adalah sistem hidup syumul,mencakupi seluruh bidang kehidupan,iaitu: 1.Negara & tanah air @ kerajaan & umat. 2.Akhlaq & kekuatan @ rahmah & keadilan. 3.Kebudayaan & undang2 @ ilmu & kehakiman. 4.Meterial & kekayaan @ hasil usaha & kecukupan. 5.Jihad & dakwah @ tentera & fikrah. 6.Sepertimana ia adalah aqidah yang sebenar & ibadat yang sahih,sama sahaja tanpa ada perbezaan.Prinsip kedua: Al-Qur'an al-Karim & al-Sunnah yang suci adalah sumber rujukkan bagi semua muslim untuk mengetahui...

Perkaya uslub dakwah

Uslub dakwah merupakan satu istilah yang tidak pernah lekang dari bibir setiap petugas dakwah. Boleh dikatakan setiap pendakwah mentafsirkan uslub dakwah menurut kacamata mereka masing-masing, sesuai dengan perkumpulan yang mereka wakili. Justeru amat penting untuk kita merujuk kepada Al-Quran bagi menjamin seseorang pendakwah itu tidak menyeleweng daripada landasan penafsiran."Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara...

Pages