Wednesday, July 18, 2012

PSR - Masjid Kg Batu Putih

Petang semalam saya bersama sahabat saya Sdr Mustaqim Abdul Jalil sempat mengadakan perbincangan tentang program berbuka puasa sempena bulan Ramadhan al-Mubarak kali ini dengan Pengerusi Masjid Kg Batu Putih, Encik Abdul Aziz Idris dan Imam Masjid Hj Husin di gerai makanan berhadapan Masjid Kg Batu Putih. Masjid ini terletak berhampiran Pekan Kerteh dan Lapangan Terbang Kerteh. Ianya juga sebuah lagi perkampungan tradisi orang Melayu.


Kami bersetuju untuk mengadakan majlis berbuka puasa ini pada 4 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadhan 1433H. Satu majlis gotong royong memasak akan diadakan pada sebelah pagi dan program tazkirah Ramadhan akan bermula selepas solat asar di masjid, diiringi dengan majlis edaran sumbangan Ramadhan dan tahlil.

Ini adalah program kedua IKRAM Kemaman di masjid ini selepas program ceramah Palestin pada bulan Mac 2012 yang lalu. Semoga segala yang dirancang berjaya dilaksanakan dan mendapat keberkatan yang sebanyaknya daripada Allah SWT.

0 comments:

Pages