Sunday, July 08, 2012

Perjumpaan Bersama Pengerusi Persatuan Masjid Daerah Kemaman

Alhamdulillah pada hari Khamis 5 Julai yang lalu saya berkesempatan menziarahi Dr Zulkifli Awang di pejabat beliau Imbasan Nilai Sdn Bhd di Taman Chukai Utama. Pertemuan ini bertujuan untuk berbincang projek semarak Ramadhan (PSR) yang digerakkan IKRAM Kemaman. Beliau adalah seorang akauntan bertauliah merupakan Pengerusi Persatuan Masjid Daerah Kemaman.

Menurut beliau setakat ini terdapat 18 daripada 49 masjid di daerah Kemaman yang sudah bergabung di bawah persatuan ini. Beliau sendiri adalah Pengerusi Masjid Kg Pengkalan Pandan. Setelah mendengar dan melihat presentation PSR yang saya sediakan, beliau terus bersetuju untuk memberikan kerjasama bagi menjayakan projek ini. Malah beliau juga bersetuju untuk menjadikan masjid beliau (lihat gambar) sebagai lokasi pelancaran perasmian PSR peringkat daerah Kemaman pada 18 Julai 2012 kelak. Beliau juga berhasrat bekerjasama dengan IKRAM di dalam program-program remaja anjuran masjid beliau selepas ini.

Mudah-mudahan program ini berjalan lancar dan diberkati Allah SWT. Kebetulan tarikh ini juga ialah hari Khamis 15 Syaaban 1433H. Tidak lama lagi kita akan bertemu dengan bulan Ramadhan al-Mubarak ini. Ya Allah! Kurniakan kepada kami segala kebaikan yang Engkau sediakan untuk kami di bulan-Mu yang sungguh barokah dan mulia ini. Moga puasaku di hari khamis ini juga diterima.

0 comments:

Pages