Sunday, July 15, 2012

Pelancaran Projek Semarak Ramadhan Daerah Kemaman

Assalamu 'alaikum wararamatullah,

Bagi pihak IKRAM Kemaman menjemput semua ahli IKRAM Kemaman dan masyarakat sekitar untuk menghadiri majlis pelancaran Projek Semarak Ramadhan 1433H Peringkat Daerah Kemaman pada hari Rabu 18 Julai 2012 bersamaan 28 Sya'aban 1433H di Masjid Kg Pengkalan Pandan dekat Taman Chukai Utama (belakang Bank Islam Kemaman).

Program ini adalah anjuran bersama IKRAM Kemaman, Pejabat Agama Daerah Kemaman, Persatuan Masjid Daerah Kemaman dan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kemaman. Ianya juga disertai Pertubuhan Islamic Relief Malaysia Pantai Timur dan Aqsa Syarif Berhad.

Program ini juga akan melibatkan 49 buah masjid seluruh daerah Kemaman dengan sasaran kali ini untuk 10 buah masjid bagi program berbuka puasa dan sahur dan 2 buah masjid untuk program iktikaf 10 hari terakhir selain agihan makanan dan sumbangan hari raya ke ahli-ahli qariah masjid yang layak masjid-masjid di daerah ini.


Mohon sokongan dan kehadiran semua ke majlis pelancaran ini. Ianya bakal dirasmikan oleh Kadhi Daerah Kemaman, Ustaz Hj Zulkefli Othman. Satu majlis forum "Ramadhan..Kehadiranmu Dinantikan" juga akan diadakan menampilkan dua orang panelis iaitu Ustaz Hj Lokman Dato' Awang (YDP IKRAM Terengganu) dan Tn Hj Zameran Jusoh (Pengarah IRM Pantai Timur).

Sebanyak 10,000 fliers akan diedarkan bagi menyemarakkan lagi hebahan dan penyertaan ke projek ini.



Terima kasih dan jazakumullahu khairan.

0 comments:

Pages