Thursday, July 05, 2012

Pertemuan dan Jalinan Kerjasama IKRAM Dengan Pejabat Agama Daerah Kemaman

Alhamdulillah pada pagi 5 Julai 2012 bersamaan 15 Syaaban 1433 ini, satu pertemuan telah diatur diantara IKRAM Kemaman dengan Pejabat Agama Daerah Kemaman. IKRAM Kemaman diwakili YDP IKRAM Daerah yang baru iaitu Ustaz Hj Mazlan bin Ahmad, menemui Ustaz Hj Zulkefli bin Othman selaku Pegawai Agama Daerah.

Perjumpaan ini bertujuan untuk berkenal-kenalan di antara IKRAM Daerah Kemaman dengan Pejabat Agama Daerah dan berbincang tentang satu projek sempena menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak iaitu Projek Semarak Ramadhan (PSR) Peringkat Daerah Kemaman.

Pihak Pejabat Agama Daerah Kemaman bersetuju untuk menganjurkan projek ini secara bersama dengan IKRAM Kemaman. Antara program yang bakal digerakkan di bawah projek ini ialah majlis berbuka puasa di masjid-masjid luar bandar dan bersama saudara baru, bantuan kepada golongan yang kurang bernasib baik, program remaja dan belia ra'ikan Ramadhan, kempen solat berjamaah setiap waktu di masjid, program iktikaf perdana di masjid-masjid, program membersihkan masjid dan kawasan perkuburan dan kempen berhenti merokok.

Pihak Pejabat Agama Daerah juga bersetuju dengan tarikh 19 Julai 2012 ini sebagai tarikh pelancaran Projek Semarak Ramadhan Peringkat Daerah Kemaman. Ianya juga bakal disertai agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan di sekitar daerah ini. Semoga segala perancangan projek ini berjalan lancar inshaAllah.

0 comments:

Pages