Wednesday, July 18, 2012

PSR - Masjid Kg Seberang Tayor

InshaAllah sempena pelancaran Projek Semarak Ramadhan 1433H Peringkat Daerah Kemaman pada hari ini, beberapa masjid telah bersetuju untuk bersama mengadakan program berbuka puasa dan agihan sumbangan Ramadhan untuk ahli kariah masjid masing-masing.

Pertama ialah Masjid Kg Seberang Tayor yang terletak di DUN Air Putih. Ianya sebuah perkampungan melayu tradisi. Program ini akan diadakan pada 26 Julai 2012 bersamaan 6 Ramadhan 1433H. Pegawai Agama Daerah Kemaman sendiri yang juga anak kelahiran kampung ini akan bersama meraikan ahli kariah untuk berbuka puasa.


Pengerusi Masjid ialah Hj Kamaludin Mamat yang juga Imam 2 Masjid ini. Sempat menemui Imam 1 Masjid iaitu Ustaz Hj Muhamad bin Daud ketika solat zuhur berjamaah di masjid ini hari ini. Semoga program yang bakal dilaksanakan ini berlangsung dengan lancar.


0 comments:

Pages