Monday, July 09, 2012

Menyantuni Kelab Ibu Tunggal Kerteh DUN Kemasik

Alhamdulillah saya bersama isteri dan anak-anak serta TYDP IKRAM Kemaman, Ustaz Muzahar Hitam dan Pengerusi Jawatankuasa Khidmat Masyarakat IKRAM Kemaman, Sdr Abdul Rahman Mohd Razali telah mengunjungi Pengerusi Kelab Ibu Tunggal Kerteh DUN Kemasik, Puan Hajah Rokiah Awang, di rumah beliau di Kg Telaga Papan dekat Kerteh.

Perjumpaan yang berlangsung selama sejam itu turut dihadiri tiga orang ahli jawatankuasa kelab ini. Pertemuan ini diatur bagi membincangkan penglibatan IKRAM dan kelab ini di dalam program Semarak Ramadhan IKRAM Kemaman sempena kedatangan bulan Ramadhan al-Mubarak 1433H ini.

Kami mendengar permasalahan yang dihadapi oleh warga ibu tunggal dan berbincang tentang program berbuka puasa yang bakal diadakan di Surau Kg Telaga Papan pada 27 Julai 2012 bersamaan 7 Ramadhan 1433H ini.

Semoga jalinan kerjasama dan khidmat masyarakat ini membuahkan amal soleh yang diterima Allah SWT.

0 comments:

Pages