Saturday, January 01, 2011

Hari Pertama Tahun Baru 2011 Bersama Mukhayyam Sayap Pemuda IKRAM Pahang

Alhamdulillah hari ini sempena tahun baru 1 Januari 2011 penulis berkesempatan menyampaikan ceramah di Mukhayyam Khoriji Pemuda IKRAM Pahang di Bukit Ibam, Muadzam Shah, Pahang. Perjalanan bermula seawal jam 4.30 pagi dari Kerteh dan mengambil masa tiga jam untuk sampai ke lokasi program iaitu di EAP Resort Bukit Ibam dalam keadaan hujan sepanjang perjalanan. Program ini merupakan jemputan dari JK Pemuda IKRAM Pahang.
 
Mukhayyam ini dihadiri oleh peserta-peserta modul 02 sayap Pemuda IKRAM Pahang yang terdiri daripada akhowat UIAM dan KIPSAS Kuantan. Tajuk yang disampaikan ialah Persiapan Pendakwah di Kalangan Syabab.
 
Ini adalah kali pertama penulis sampai ke Bukit Ibam. Sebuah pekan kecil yang tenang dan nyaman sekali udara serta persekitarannya termasuk sebuah masjid "reformasi" di sini.
 
Sempat juga bertemu akh Dr Hadzri Hasmoni, yang dikenali sejak di England ketika mengendalikan tarbiah para pelajar A-Levels sekitar tahun 1992-1994. Beliau merupakan anak bekas ADUN Penggerang (selama 4 penggal) di Johor.
 
Dikongsi beberapa gambar.

0 comments:

Pages