Wednesday, December 29, 2010

Bersama Gelombang Pimpinan Pelajar Menengah Terengganu (GERM)

Salam. Alhamdulillah berkesempatan sekali lagi hadir dan menyampaikan dua pengisian kepada anak-anak muda di program GERM - Gelombang Pimpinan Pelajar Menengah Terengganu anjuran Pertubuhan Alumni Pemimpin Kanan Pelajar Menengah Negeri Terengganu atau ringkasnya PEMIKIR pada 26-28 Disember 2010 yang lalu. Program kali ini mengumpulkan sekitar 60 orang bekas ketua serta pimpinan pelajar sekolah menengah seluruh Terengganu yang merupakan calon-calon SPM dan STPM 2010 yang baru selesai hampir dua minggu yang lalu.
Walaupun baru selesai "merdeka", mobilisasi segera kepimpinan PEMIKIR yang pulang bercuti sempena cuti semester berjaya digerakkan oleh barisan kepimpinan PEMIKIR yang pertama (terdiri daripada bekas ketua-ketua pelajar yang merupakan calon SPM dan STPM 2009 yang lepas dan kini sudah berada di IPT seluruh negara)
Di kalangan mereka juga ada bekas pelajar SMI Al-Amin Kemaman yang berpindah ke sekolah baru selepas keputusan PMR dan mereka menjadi kepimpinan utama pelajar seperti di SMAZA dan SMA Al-Khairiah, Kuala Terengganu. Ana sempat berkenalan dengan salah seorang dari mereka iaitu ukht Afiq Amira bt Abu Fithri yang sambung Tingkatan 4 & 5 di SMA Al-Khairiah, KT selepas PMR 2008. Beliau adalah anak kepada seorang top management Petronas Carigali di Kerteh yang juga menjadi ahli JIM pada tahun 2009.
Untuk tujuan itu, eloklah kita pastikan penerusan tarbiah terus berlaku kepada lepasan PMR 2010 kali ini sekiranya para ibubapa mengambil keputusan menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah yang lain.
 
PEMIKIR digerakkan oleh anak-anak muda yang masih berusia sekitar 19-20 tahun. Ianya dilancarkan pada 26-27 Febuari 2010 yang lalu di SMK Ibrahim Fikri, Kuala Terengganu juga.
Presiden PEMIKIR sekarang (yang pertama juga) ialah akh Syahir Ibrahim. Beliau merupakan bekas Ketua Pelajar di SMK Manir, Kuala Terengganu yang baru sahaja melanjutkan pengajian di UUM di dalam bidang Pengurusan Perniagaan pada bulan Julai 2010. Kini beliau sedang mengikuti tarbiah bersama akh Hj Faisol Salleh di sana. Antara kepimpinan utama yang lain ialah akh Mat Azizul Raziz (Tim Presiden - bekas KP SMK Ibrahim Fikri KT) dan akh Mus'ab Muzahar (Naib Pres-bekas KP SMKSI Kemaman).
Gambar di atas bermula dari yang duduk dari kiri ialah akh Naziful (Pengarah GERM-bekas KP SMK Ajil, Hulu Terengganu), sebelah beliau ialah akh Syahir (Presiden). Anak muda yang berdiri di belakang ialah akh Mus'ab dan akh Mat Azizul.
Pengerusi JK Tarbiah IKRAM Negeri akh Ust Muzahar Hitam juga tidak melepaskan peluang memastikan tarbiah anak-anak muda ini berjalan lancar.
 
Tahniah kepada barisan kepimpinan PEMIKIR dan peserta GERM. Moga ianya bakal mencetuskan gelombang! Sama-sama kita santuni. Lepasan SPM dan STPM 2010 yang lain juga sedang menanti sentuhan tarbiah di lokaliti masing-masing sebelum mereka ke IPT mulai April hingga Jun 2011. Moga usaha-usaha pembinaan generasi pemimpin terus diberkati Allah SWT.
 
Pelapor :
Fakhrul Anuar Zulkawi
Penasihat PEMIKIR
 
 
 

--
Mailing List khusus untuk semua AJK IKRAM Negeri dan Daerah.
Untuk kegunaan dalaman sahaja.

1 comments:

Student smk ibrahim fikri ni mmg ikut tarbiyah ikram ke?

Pages