Friday, December 03, 2010

Analisis - PEMUDA 20-39 Tahun : Perangkaan Penduduk Terengganu (anggaran 2006)

 

Berdasarkan data di bawah, anggaran (2006) :
 
1. Bilangan penduduk dalam kategori pemuda iaitu 20-39 tahun di Terengganu ialah seramai 285,589 orang iaitu terdiri dari 146,889 lelaki dan 138,700 wanita. Ini mewakili 51.4% pemuda dan 48.6% pemudi.
 
2. Mereka yang dalam kategori umur 20-29 tahun, bilangannya ialah seramai 146,353 orang dengan komposisi jantina 76,425 lelaki dan 69,928 wanita.
 
3. Mereka yang dalam kategori 30-39 tahun, bilangannya ialah seramai 139,236 orang dengan komposisi jantina 70,464 lelaki dan 68,772 wanita.
 
4. Mereka dalam kategori remaja 15-19 tahun, bilangannya ialah seramai 121,960 orang dengan komposisi jantina 61,693 lelaki dan 60,627 perempuan.
 
5. Bilangan pemuda (usia 20-39) dari segi peratusan keseluruhan rakyat Terengganu ialah 26.4% daripada keseluruhan rakyat Terengganu berjumlah 1,081,286 orang.
 
Mengambilkira purata Muslim (90%) dan bukan Muslim (10%), bilangan pemuda Muslim berusia 20-39 tahun dianggarkan sekitar 257,030.
 
Persoalan tambahan :-
 
1. Berapa ramai pula di kalangan 285,589 orang pemuda ini yang telah menjadi pengundi berdaftar untuk PRU ke-13 kelak? Boleh rujuk SPR Negeri untuk dapatkan maklumat terperinci.
 
2. Berapa pula bilangan pemuda Muslim yang mengikuti tarbiah atau dalam jaringan dakwah Pemuda IKRAM? Boleh rujuk pangkalan data tarbiah IKRAM Negeri. Bolehkah kita dapat 1% pemuda du'at sekitar 2800 orang untuk seluruh Terengganu bagi menggerakkan 10% pemuda keseluruhan?
 
3. Berapa pula bilangan pemuda yang menyertai Pemuda PR dan Pemuda BN? Boleh rujuk bilangan ahli parti masing-masing.
 
4. Lokasi mereka di mana? Bandar dan luar bandar?  Kalau guna peratus di bawah, 63.52% di bandar dan 48.9% di luar bandar. Aktiviti IKRAM hanya tertumpu di 4 daerah sahaja setakat ini.
 
5. Berapa ramai pelajar IPTA - Uni & Politeknik - merupakan anak negeri? Kemungkinannya sekitar 10-15% sahaja di kalangan anak negeri. Disamping itu, sebagai negeri yang paling cemerlang UPSR/PMR?/SPM?, kesannya ialah mereka yang cemerlang tidak berada di IPT di Terengganu.
 
6. Dakwah kepada bukan Islam di kalangan pemuda?
 
7. Dakwah kepada belia industri - rata-rata di hab minyak, gas dan petrokimia (Dungun hingga Kemaman)?
 
Maklumat tambahan :
 
1. Jumlah penduduk Terengganu yang ada 4 daerah IKRAM iaitu Besut, Kuala Terengganu, Dungun dan Kemaman ialah seramai 841,997 iaitu mewakili 77.9% daripada keseluruhan rakyat Terengganu (1,081,286).
 
2. Peratus sokongan rakyat kepada BN dan PR ialah sekitar 55:45 kecuali tahun 1999 (40:60). Perlu swing sekitar 5% sahaja sudah boleh menang PR dengan simple majority (iaitu 17 daripada 32 DUN).

0 comments:

Pages