Wednesday, November 30, 2005

Ke Pengkalan Pasir....

Pengkalan Pasir menjadi perhatian seluruh Malaysia...bertuahnya! Tempat yang dahulunya tidak menjadi tumpuan manusia, kini dikunjungi ribuan manusia. Untuk kerana kuasa! Terpulang kepada rakyat yang punya kuasa memilih dengan satu undi yang ada pada diri masing-masing. Undi yang menjadi penentu pada 6 Disember 2005 ini samada sayangkan Islam berkuasa atau tidak...ramai juga yang tidak ambil kisah. Lazimnya, antara 20-30% pengundi tidak akan keluar mengundi..dalam negara yang elemen demokrasinya hampir pupus, hak mengundi ini teramatlah penting. Jangan disia-siakan! Ingat lagi isteriku yang sarat bersalin anak yang ke-4, sanggup bersusah payah ke pusat mengundi di Kajang, tatkala suaminya meredah hangat kempen pilihanraya di Kuantan (November 1999). Berbaloi! Kelompok Islam menang dengan majoriti 32 undi! Di Pengkalan Pasir, majoriti undi pada calon yang menang pada pilihanraya 2004 yang lalu hanya sekitar 50 undi..

InshaAllah hari Isnin hingga Rabu depan, aku akan ke Pengkalan Pasir sekali lagi..sebelum ini telahpun kesana dan kebetulan anak didikku tinggal di sana..atas kemudahan urusan perniagaan yang baru dikurnia, alhamdulillah..kali ini bersama isteri tercinta...supaya kali ini kami dapat merasai bersama-sama kehangatan pilihanraya yang amat penting ini bagi masa depan negeri Kelantan Darul Naim!

0 comments:

Pages