Tuesday, July 10, 2012

Perjumpaan Bersama Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kemaman


Alhamdulillah pada pagi tadi saya berkesempatan menemui Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kemaman, Encik Ghazali Awang di pejabat beliau di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kemaman di Bangunan Persekutuan dekat Kemaman. Pertemuan ini selepas perjumpaan saya dengan Pegawai Agama Daerah Kemaman, Ustaz Hj Zulkefli Othman di pejabat beliau yang tidak jauh dengan Pejabat Kebajikan Masyarakat ini.

Dalam perjumpaan ini, saya yang mewakili IKRAM Kemaman telah menerangkan kepada beliau tentang Projek Semarak Ramadhan Daerah Kemaman anjuran bersama IKRAM Kemaman dengan Pejabat Agama Daerah Kemaman dengan kerjasama Persatuan Masjid Daerah Kemaman.

Beliau memaklumkan terdapat sekitar 3000 orang klien Pejabat Kebajikan Masyarakat ini yang terdapat di empat DUN di daerah Kemaman. Mereka mendapat bantuan bulanan daripada pihak JKM yang merupakan sebuah agensi kerajaan pusat di bawah Kementerian Wanita, Kebajikan Masyarakat dan Keluarga.

Perbincangan tentang PSR

Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kemaman
Persetujuan kerjasama dimeterai
Daripada perjumpaan ini, pihak PKM Daerah Kemaman telah menyatakan persetujuan untuk bersama di dalam penganjuran program PSR ini dan akan membantu IKRAM Kemaman didalam mengenalpasti dan mengagihkan kepada penerima yang layak. Semoga kerjasama ini memantapkan lagi pengurusan projek PSR ini kelak.

0 comments:

Pages