Monday, July 09, 2012

Undangan Mesyuarat PSR Bersama BAKIP Petronas Carigali

Alhamdulillah semalam menerima undangan membentangkan projek Semarak Ramadhan di dalam mesyuarat Badan Kakitangan Islam Petronas (BAKIP) PMO Carigali Kerteh di pejabat Petronas Carigali. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Timbalan Pengerusi BAKIP Tuan Haji Amir Din.

Sempat berkongsi apa yang boleh dimanfaatkan oleh warga kakitangan Petronas. Ini adalah sebahagian usaha untuk meluaskan penglibatan warga masyarakat khususnya warga pekerja industri minyak dan gas di daerah Kemaman ini.

Mesyuarat juga dihadiri oleh Pengerusi Young Professional Club (YPC) Encik Safwan dan Ustaz Zailani, pegawai agama Petronas Carigali.

Sempat juga memperkenalkan organisasi IKRAM Kemaman kepada mereka yang hadir.

Mudah-mudah ianya membantu meluaskan peluang kerja-kerja khidmat masyarakat yang boleh disertai kakitangan Petronas Carigali dan OPU Petronas yang lain juga di kawasan industri Kertih ini.

0 comments:

Pages