Friday, September 14, 2012

Syawal Peluang Merapatkan Ukhuwah

Alhamdulillah sepanjang bulan Syawal ini banyak betul majlis jamuan hari raya. Memandangkan PRU13 hanpir tiba, inilah antara peluang terakhir untuk mendekati masyarakat dengan majlis-majlis seumpama ini.

Saya sempat mengunjungi majlis jamuan hari raya di dua lokasi yang berbeza pada tarikh yang sama pada hari Sabtu 7 September yang lalu. Majlis yang pertama anjuran PAS DUN Kemasik di Markaz DUN di Kg Baru Kerteh. Program ini sederhana tetapi meriah. Yang menariknya mereka bergotong royong masak gulai kawah di lokasi program. Inilah antara kekuatan PAS dengan jentera sukarelawannya. Saya sempat beramah mesra dengan Pengarah DUN Kemasik Ustaz Alias yang juga SU PAS Kemaman sambil bertanya khabar tentang persediaan menghadapi pilihanraya.




Selepas itu, kami berhari raya di IKBN Kemasik pula anjuran Ahli Parlimen Kemaman YB Dato' Ahmad Shabery Cheek. Program ini meriah sekali dengan hampir 30 gerai disediakan mewakili pertubuhan-pertubuhan belia dan UMNO di daerah ini. Saya sempat juga berbual mesra dengan beliau dan memperkenalkan diri saya daripada Pertubuhan IKRAM Kemaman. Dia nampaknya belum kenal IKRAM. Mungkin bila PRU13 diumumkan beliau akan lebih kenal. Apapun, majlis beliau ini nampaknya cukup bergaya dan memakan belanja yang besar termasuk jemputan para artis yang menghiburkan tetamu sepanjang program berlangsung. Selaku Menteri Belia Dan Sukan, beliau nampaknya memfaatkan penggemblingan golongan muda belia menerusi program seumpama ini. Semua tahu yang generasi muda pengundi adalah antara penentu utama kepada keputusan PRU13 ini.





Semalam, dalam jamuan hari raya di perkarangan pejabat & tapak fabrikasi kami dekat Kerteh, kami pula menyantuni tetamu sempena hari raya. Panjang betul raya tahun ni kata seorang sahabat. Sempat meraikan Pegawai Agama Daerah Kemaman Ustaz Zulkefli Othman yang singgah beraya dalam perjalanan beliau daripada pejabat beliau di Chukai ke rumah beliau di Kuala Terengganu. Sempat sembang pasal beberapa isu termasuk isu rasuah di kalangan ahli-ahli politik yang terlibat dalam perniagaan. Kami juga dikunjungi dua orang Pengerusi masjid di dua buah komuniti estet kelapa sawit di Kerteh ini iaitu Pengerusi Masjid Kg Ranggon Estet, Encik Rosli serta keluarga dan Pengerusi Masjid Kg Bukit Pahang, Cikgu Nordin dan isteri. Kesempatan tersebut saya gunakan untuk perbincangan program susulan selepas PSR di kedua-dua komuniti estet yang berjiran itu. InshaAllah sebuah program Karnival Kesihatan & Remaja akan diadakan untuk kedua-dua lokaliti tersebut.




Hari ini sudah 27 Syawal. Puasa enam juga sudah pun diselesaikan. Kita akan terus membina momentum Ramadan untuk bulan-bulan selanjutnya inshaAllah menghadapi hari-hari yang lebih mencabar.

0 comments:

Pages