Monday, September 10, 2012

Ziarah Raya Ke Pejabat Agama Daerah Kemaman

Alhamdulillah pada 30 Ogos 2012 yang lalu saya berkesempatan membawa sahabat saya Ustaz Muzahar Hitam yang baru pulang dari misi ke Gaza, Palestin menziarahi Ustaz Hj Zulkefli Othman, Pegawai Agama Daerah Kemaman di pejabat beliau. Sejak kerjasama Pejabat Agama dengan IKRAM Kemaman di dalam Projek Semarak Ramadan 1433H Peringkat Daerah Kemaman (PSR 2012) yang lalu, perhubungan kami semakin rapat dan mesra. Dalam pertemuan kali ini kehadiran Ustaz Muzahar memberi peluang kepada beliau untuk berkongsi pengalaman berharga beliau semasa terlibat di dalam misi menyampaikan sumbangan rakyat Malaysia ke Gaza, Palestin. Beliau turut menghadiahkan sebuah mafla Palestin kepada Ustaz Zulkefli sebagai satu tanda penghargaan IKRAM di atas kerjasama yang diberikan Pejabat Agama ketika program imam muda Palestin semasa bulan Ramadan yang lalu.



Kami juga berbincang tentang perancangan program penutup PSR 2012 yang akan diadakan pada 12 September 2012 kelak. Program ini bakal melibatkan semua Pengerusi Masjid serta imam dan bilal seluruh daerah Kemaman. InshaAllah Ustaz Muzahar yang juga TYDP IKRAM Kemaman bakal menyampaikan perkongsian pengalamannya di Gaza dengan semua yang hadir di program tersebut.

0 comments:

Pages