Program Semarak Ramadan IKRAM Kemaman 1433H

Mari bersama-sama meningkatkan amalan dan memberikan sumbangan kepada mereka yang lebih memerlukan..

Infaq fi sabilillah

Dan kelak akan dijauhkan daripada neraka orang yang paling bertakwa iaitu orang yang menafkahkan hartanya untuk membersihkan dirinya... (QS Al-Lail : 17-20)

Suburkanlah iman

Jadikan Ramadan sebagai bulan madrasah jiwa dan ruhani..

Remaja Raikan Ramadan

Nantikan kemunculannya di lokaliti-lokaliti terpilih seluruh Kemaman!

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions..

Friday, December 03, 2010

Analisis - PEMUDA 20-39 Tahun : Perangkaan Penduduk Terengganu (anggaran 2006)

 

Berdasarkan data di bawah, anggaran (2006) :
 
1. Bilangan penduduk dalam kategori pemuda iaitu 20-39 tahun di Terengganu ialah seramai 285,589 orang iaitu terdiri dari 146,889 lelaki dan 138,700 wanita. Ini mewakili 51.4% pemuda dan 48.6% pemudi.
 
2. Mereka yang dalam kategori umur 20-29 tahun, bilangannya ialah seramai 146,353 orang dengan komposisi jantina 76,425 lelaki dan 69,928 wanita.
 
3. Mereka yang dalam kategori 30-39 tahun, bilangannya ialah seramai 139,236 orang dengan komposisi jantina 70,464 lelaki dan 68,772 wanita.
 
4. Mereka dalam kategori remaja 15-19 tahun, bilangannya ialah seramai 121,960 orang dengan komposisi jantina 61,693 lelaki dan 60,627 perempuan.
 
5. Bilangan pemuda (usia 20-39) dari segi peratusan keseluruhan rakyat Terengganu ialah 26.4% daripada keseluruhan rakyat Terengganu berjumlah 1,081,286 orang.
 
Mengambilkira purata Muslim (90%) dan bukan Muslim (10%), bilangan pemuda Muslim berusia 20-39 tahun dianggarkan sekitar 257,030.
 
Persoalan tambahan :-
 
1. Berapa ramai pula di kalangan 285,589 orang pemuda ini yang telah menjadi pengundi berdaftar untuk PRU ke-13 kelak? Boleh rujuk SPR Negeri untuk dapatkan maklumat terperinci.
 
2. Berapa pula bilangan pemuda Muslim yang mengikuti tarbiah atau dalam jaringan dakwah Pemuda IKRAM? Boleh rujuk pangkalan data tarbiah IKRAM Negeri. Bolehkah kita dapat 1% pemuda du'at sekitar 2800 orang untuk seluruh Terengganu bagi menggerakkan 10% pemuda keseluruhan?
 
3. Berapa pula bilangan pemuda yang menyertai Pemuda PR dan Pemuda BN? Boleh rujuk bilangan ahli parti masing-masing.
 
4. Lokasi mereka di mana? Bandar dan luar bandar?  Kalau guna peratus di bawah, 63.52% di bandar dan 48.9% di luar bandar. Aktiviti IKRAM hanya tertumpu di 4 daerah sahaja setakat ini.
 
5. Berapa ramai pelajar IPTA - Uni & Politeknik - merupakan anak negeri? Kemungkinannya sekitar 10-15% sahaja di kalangan anak negeri. Disamping itu, sebagai negeri yang paling cemerlang UPSR/PMR?/SPM?, kesannya ialah mereka yang cemerlang tidak berada di IPT di Terengganu.
 
6. Dakwah kepada bukan Islam di kalangan pemuda?
 
7. Dakwah kepada belia industri - rata-rata di hab minyak, gas dan petrokimia (Dungun hingga Kemaman)?
 
Maklumat tambahan :
 
1. Jumlah penduduk Terengganu yang ada 4 daerah IKRAM iaitu Besut, Kuala Terengganu, Dungun dan Kemaman ialah seramai 841,997 iaitu mewakili 77.9% daripada keseluruhan rakyat Terengganu (1,081,286).
 
2. Peratus sokongan rakyat kepada BN dan PR ialah sekitar 55:45 kecuali tahun 1999 (40:60). Perlu swing sekitar 5% sahaja sudah boleh menang PR dengan simple majority (iaitu 17 daripada 32 DUN).

Perangkaan Penduduk Terengganu (anggaran 2006)


Dikongsi sebagai persediaan ke Retreat IKRAM Terengganu pada 11 Disember 2010.
 

TERENGGANU

PENDUDUK MENGIKUT STRATA 

STRATA

1970

1980

2000 *

2006

 TERENGGANU

BANDAR
%
LUAR BANDAR
%

 

109,438
27
295,930
73

 

225,181
42.87
300,074
57.13

 

423,346
47.1
475,479
52.90

 

552,537
51.1
528,749
48.9

JUMLAH

405,368

525,255

898,825

1,081,286

%

100.00

100.00

100.00

100.00

 MALAYSIA

BANDAR
%
LUAR BANDAR
%

 

2,798,600
26.81
7,640,800
73.19

 

4,492,549
34.2
8,643,560
65.8

 

13,301,485
57.15
9,973,205
42.85

 

16,921,855
63.52
9,718,345
36.48

JUMLAH

10,439,400

 13,136,109

23,274,690

26,640,200

%

100.00

100.00

100.00

100.00

BILANGAN PENDUDUK MENGIKUT KUMPULAN UMUR 2006

DAERAH

0-14

15-64

65 ke atas

BESUT

         58,835

         82,049

           4,440

DUNGUN

         63,969

         88,828

           7,199

HULU TERENGGANU

         30,159

         42,369

           2,384

KEMAMAN

         68,652

         97,808

           8,416

KUALA TERENGGANU

       147,972

       203,010

         10,819

MARANG

         40,958

         57,493

           4,019

SETIU

         25,126

         32,929

           3,852

JUMLAH

435,671

604,486

 41,129

PENDUDUK MENGIKUT KUMPULAN UMUR

 KUMPULAN
UMUR 

2000

2006

 Lelaki 

 Perempuan 

 Jumlah 

 Lelaki 

 Perempuan 

 Jumlah 

 0-4 

58,072

54,293

112,365

70,073

          65,100

        135,173

 5-9 

64,558

61,488

126,046

77,900

          73,733

        151,633

 10-14 

63,086

60,659

123,745

76,124

          72,741

        148,865

 15-19 

51,126

50,253

101,379

61,693

          60,267

        121,960

 20-24 

33,830

29,994

63,824

40,821

          35,958

          76,779

 25-29 

29,506

28,326

57,832

35,604

          33,970

          69,574

 30-34 

29,097

28,947

58,044

35,111

          34,716

          69,827

 35-39 

29,298

28,401

57,699

35,353

          34,056

          69,409

40-44

25,870

24,847

50,717

31,217

          29,796

          61,013

45-49

20,276

18,795

39,071

24,467

          22,536

          47,003

50-54

16,100

14,218

30,318

19,427

          17,046

          36,473

55-59

11,849

11,080

22,929

14,298

          13,284

          27,582

60-64

9,933

10,737

20,670

11,985

          12,881

          24,866

65-69

5,206

5,795

11,001

6,281

            6,953

          13,234

70-74

4,413

5,274

9,687

5,326

            6,327

          11,653

75+

6,129

7,369

13,498

7,398

            8,844

          16,242

JUMLAH

458,349

 440,476

898,825

553,078

        528,208

    1,081,286

Sumber:
Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu
Jabatan Perangkaan Malaysia

 
 

--
Mailing List khusus untuk semua AJK IKRAM Negeri dan Daerah.
Untuk kegunaan dalaman sahaja.

Mesyuarat JK Tarbiah IKRAM Negeri

Sesi mesyuarat JK Tarbiah IKRAM Negeri
 

Wednesday, November 24, 2010

Jamuan Hi-Tea MTD PAS Paka bersama Hj Mat Sabu

Hj Mohamad Sabu, AJK Kerja PAS Pusat
Ust Hj Azman Shapawi, Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat
YB Ust Hj Wan Hassan Mohd Ramli, ADUN Sura/YDP PAS Kawasan Dungun
Ust Hj Saiful Bahari Mamat, TYDP PAS Dungun/Penasihat MTD Paka (bekas YB DUN Paka)
Hj Ruslan Ismail, Bendahari PAS Dungun (bekas YB DUN Bukit Besi)
 
 

Saturday, November 13, 2010

YT taja 150 pelajar T'ganu setiap tahun ke luar negara

 
 
Mengambil manfaat selaku rakyat dan pendakwah kepada perkara di atas. Harapan kita semua 150 orang setiap tahun itu dapat mengikuti pentarbiahan jamaah. Manakala yang cemerlang di SMIAA Kemaman atau anak-anak ahli IKRAM antara calon-calonnya yang terpilih.
 
Utk yang berlepas ke luar negara pd tahun ini (batch SPM 2009), sebahagiannya mengikuti kursus di TATI Kemaman pada bulan Julai-Sep yang lepas. Tahun depan persediaan mesti dilipatgandakan.
 
 
 
 
 
 
 


Pages