Program Semarak Ramadan IKRAM Kemaman 1433H

Mari bersama-sama meningkatkan amalan dan memberikan sumbangan kepada mereka yang lebih memerlukan..

Infaq fi sabilillah

Dan kelak akan dijauhkan daripada neraka orang yang paling bertakwa iaitu orang yang menafkahkan hartanya untuk membersihkan dirinya... (QS Al-Lail : 17-20)

Suburkanlah iman

Jadikan Ramadan sebagai bulan madrasah jiwa dan ruhani..

Remaja Raikan Ramadan

Nantikan kemunculannya di lokaliti-lokaliti terpilih seluruh Kemaman!

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions..

Saturday, January 01, 2011

Masjid "Reformasi" di Bukit Ibam

Sempat juga singgah di sini.

Hari Pertama Tahun Baru 2011 Bersama Mukhayyam Sayap Pemuda IKRAM Pahang

Alhamdulillah hari ini sempena tahun baru 1 Januari 2011 penulis berkesempatan menyampaikan ceramah di Mukhayyam Khoriji Pemuda IKRAM Pahang di Bukit Ibam, Muadzam Shah, Pahang. Perjalanan bermula seawal jam 4.30 pagi dari Kerteh dan mengambil masa tiga jam untuk sampai ke lokasi program iaitu di EAP Resort Bukit Ibam dalam keadaan hujan sepanjang perjalanan. Program ini merupakan jemputan dari JK Pemuda IKRAM Pahang.
 
Mukhayyam ini dihadiri oleh peserta-peserta modul 02 sayap Pemuda IKRAM Pahang yang terdiri daripada akhowat UIAM dan KIPSAS Kuantan. Tajuk yang disampaikan ialah Persiapan Pendakwah di Kalangan Syabab.
 
Ini adalah kali pertama penulis sampai ke Bukit Ibam. Sebuah pekan kecil yang tenang dan nyaman sekali udara serta persekitarannya termasuk sebuah masjid "reformasi" di sini.
 
Sempat juga bertemu akh Dr Hadzri Hasmoni, yang dikenali sejak di England ketika mengendalikan tarbiah para pelajar A-Levels sekitar tahun 1992-1994. Beliau merupakan anak bekas ADUN Penggerang (selama 4 penggal) di Johor.
 
Dikongsi beberapa gambar.

Wednesday, December 29, 2010

Bersama Gelombang Pimpinan Pelajar Menengah Terengganu (GERM)

Salam. Alhamdulillah berkesempatan sekali lagi hadir dan menyampaikan dua pengisian kepada anak-anak muda di program GERM - Gelombang Pimpinan Pelajar Menengah Terengganu anjuran Pertubuhan Alumni Pemimpin Kanan Pelajar Menengah Negeri Terengganu atau ringkasnya PEMIKIR pada 26-28 Disember 2010 yang lalu. Program kali ini mengumpulkan sekitar 60 orang bekas ketua serta pimpinan pelajar sekolah menengah seluruh Terengganu yang merupakan calon-calon SPM dan STPM 2010 yang baru selesai hampir dua minggu yang lalu.
Walaupun baru selesai "merdeka", mobilisasi segera kepimpinan PEMIKIR yang pulang bercuti sempena cuti semester berjaya digerakkan oleh barisan kepimpinan PEMIKIR yang pertama (terdiri daripada bekas ketua-ketua pelajar yang merupakan calon SPM dan STPM 2009 yang lepas dan kini sudah berada di IPT seluruh negara)
Di kalangan mereka juga ada bekas pelajar SMI Al-Amin Kemaman yang berpindah ke sekolah baru selepas keputusan PMR dan mereka menjadi kepimpinan utama pelajar seperti di SMAZA dan SMA Al-Khairiah, Kuala Terengganu. Ana sempat berkenalan dengan salah seorang dari mereka iaitu ukht Afiq Amira bt Abu Fithri yang sambung Tingkatan 4 & 5 di SMA Al-Khairiah, KT selepas PMR 2008. Beliau adalah anak kepada seorang top management Petronas Carigali di Kerteh yang juga menjadi ahli JIM pada tahun 2009.
Untuk tujuan itu, eloklah kita pastikan penerusan tarbiah terus berlaku kepada lepasan PMR 2010 kali ini sekiranya para ibubapa mengambil keputusan menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah yang lain.
 
PEMIKIR digerakkan oleh anak-anak muda yang masih berusia sekitar 19-20 tahun. Ianya dilancarkan pada 26-27 Febuari 2010 yang lalu di SMK Ibrahim Fikri, Kuala Terengganu juga.
Presiden PEMIKIR sekarang (yang pertama juga) ialah akh Syahir Ibrahim. Beliau merupakan bekas Ketua Pelajar di SMK Manir, Kuala Terengganu yang baru sahaja melanjutkan pengajian di UUM di dalam bidang Pengurusan Perniagaan pada bulan Julai 2010. Kini beliau sedang mengikuti tarbiah bersama akh Hj Faisol Salleh di sana. Antara kepimpinan utama yang lain ialah akh Mat Azizul Raziz (Tim Presiden - bekas KP SMK Ibrahim Fikri KT) dan akh Mus'ab Muzahar (Naib Pres-bekas KP SMKSI Kemaman).
Gambar di atas bermula dari yang duduk dari kiri ialah akh Naziful (Pengarah GERM-bekas KP SMK Ajil, Hulu Terengganu), sebelah beliau ialah akh Syahir (Presiden). Anak muda yang berdiri di belakang ialah akh Mus'ab dan akh Mat Azizul.
Pengerusi JK Tarbiah IKRAM Negeri akh Ust Muzahar Hitam juga tidak melepaskan peluang memastikan tarbiah anak-anak muda ini berjalan lancar.
 
Tahniah kepada barisan kepimpinan PEMIKIR dan peserta GERM. Moga ianya bakal mencetuskan gelombang! Sama-sama kita santuni. Lepasan SPM dan STPM 2010 yang lain juga sedang menanti sentuhan tarbiah di lokaliti masing-masing sebelum mereka ke IPT mulai April hingga Jun 2011. Moga usaha-usaha pembinaan generasi pemimpin terus diberkati Allah SWT.
 
Pelapor :
Fakhrul Anuar Zulkawi
Penasihat PEMIKIR
 
 
 

--
Mailing List khusus untuk semua AJK IKRAM Negeri dan Daerah.
Untuk kegunaan dalaman sahaja.

Pelancaran PEMIKIR pada 26-27 Feb 2010

Mungkin masih belum terlambat untuk merakamkan program pelancaran PEMIKIR pada 26-27 Feb 2010 yang lalu. Semoga benih yang baik terus dibaja dan berjasa kepada umat inshaAllah.
 
Berpeluang juga untuk bersama menjadi Penasihat PEMIKIR. Alhamdulillah.

GERM 2010 - Perhimpunan Mantan Ketua Pelajar Terengganu Batch ke-2

Alhamdulillah dapat bersama menjayakan program GERM 2010 bersama sebilangan bekas pemimpin pelajar yang terdiri daripada kepimpinan kanan pelajar SPM dan STPM 2010 pada 26-28 Dis 2010 yang lalu di SMK Ibrahim Fikri, Kuala Terengganu. Program ini dianjurkan oleh Persatuan Pemimpin Kanan Pelajar Menengah Terengganu (PEMIKIR) yang telah ditubuhkan pada bulan Mac 2010 yang lalu.
 
Turut hadir memastikan tarbiah sebagai teras utama PEMIKIR ialah Pengerusi JK Tarbiah IKRAM Terengganu akh Ustaz Muzahar Hitam bersama keluarga.
 
Tahniah kepada PEMIKIR ! Moga terus bertarbiah membina kualiti diri untuk dakwah dan umat.

Pages