Thursday, October 13, 2005

...Remaja Raikan Ramadhan...7 hari lagi..

Salam,

Alhamdulillah mesyuarat ke-4 telah diadakan selepas majlis iftar & teraweeh bersama ahli-ahli usrah KARISMA Dungun hari ini di SRI Al-Amin Dungun. Sehingga kini, status program adalah seperti berikut :-

1) Publisiti berbentuk brosur telahpun dikeluarkan pada hari Isnin 10 Oktober 2005 oleh SU Program, akh Khairudin (012-9775520) dan telah mula diedarkan ke masjid-masjid serta beberapa buah sekolah. Unit Promosi dibawah akh Ammar dan akh Anuar (kedua-duanya pelajar Politeknik Dungun) pada hari ini telahpun masuk menemui guru HEM & kaunselor ke 7 buah sekolah di Dungun iaitu Sek Men Sultan Omar (juga bertemu ukht Cikgu Ribuan...Bendahari Program), Sek Men Agama Sultan Ismail(SMASID), Sekolah Menengah Sains Dungun, Sek Men Seri Dungun, Sek Men Intan Zaharah, SRIAAD dan IMTIAZ. InshaAllah besok (13 Okt) mereka akan ke Sek Men Teknik Dungun. Mereka yang memperkenalkan diri sebagai aktivis JIM menerusi KARISMA akan membuat follow-up selepas ini. Menurut mereka :-

a) PK HEM IMTIAZ amat berminat dan akan mencadangkan supaya pelajar Tingkatan 3 utk hadir dan akan mengurus pengangkutan para pelajar yang berminat utk ke lokasi program ini kelak.

b) Kaunselor SM Intan Zaharah pula menasihatkan mereka supaya di lain kali, program ini mendapat sokongan pihak Pusat Pendidikan Daerah (PPD) supaya ibu bapa lebih yakin untuk menghantar anak-anak mereka ke program ini.

c) Kaunselor di SM Sains Dungun pula menawarkan kepada mereka supaya KARISMA boleh menganjurkan program-program pembangunan insan di dalam sekolah di masa akan datang. Ini kerana sebelum ini, ada program bersama para pelajar UiTM Dungun diadakan di asrama sekolah dengan kerjasama pihak sekolah.

d) Mereka juga menghantar kepada SRIAAD utk diedarkan kepada ibubapa al-Amin yang mempunyai anak-anak di sekolah menengah juga. Diharap Cikgu Radziah akan membantu memperkemaskan lagi sudut promosi di sekolah kita.

2) Publisiti ke sekolah-sekolah sekitar Paka iaitu Sek Men Keb Paka dan Sek Men Seri Paka akan dihantar pada hari Khamis 13 Okt terus kepada PKHEM dan Kaunselor. Kedua-dua buah sekolah yang telah mempunyai hubungan yg baik dengan pihak KRJ Dungun ini diharapkan dapat memberikan kerjasama lagi kepada program ini.

3) Banner hanya siap pada 13 Okt sebanyak 3 helai dengan kos sebanyak RM80.00 sehelai. Dua akan dipasang di sekitar Bandar Dungun dan 1 akan diletakkan sekitar Pekan Paka. Lokasi akan ditetapkan dan kebenaran Majlis Daerah Dungun akan cuba diperolehi.

4) Kita menjangkakan pendaftaran mula masuk ke pihak Urusetia selewat-lewatnya pada hari Ahad 16 Oktober bagi memudahkan pengurusan program.

5) Lawatan tidak rasmi ke lokasi program iaitu Masjid Intan Zaharah Dungun selepas moreh mlm tadi dan kita telah mendapati brosur program telahpun tertampal di ruang rasmi papan kenyataan Masjid. Unit Promosi juga akan memastikan semua Masjid utama di Dungun akan memaklumkan kepada jemaah masjid sebelum solat Jumaat 14 Oktober ini, inshaAllah.

6) SMS kepada semua PKHEM dan Kaunselor akan dibuat secara konsisten bagi memastikan promosi program berjalan lancar.

7) JK Urusetia Program, akh Zulkarnain & akh Anuar Johari juga menyatakan program LDK hampir 90% siap dan latihan fasilitator akan diadakan pada hari Rabu 19 Oktober di SRIAAD melibatkan sekurang-kurangnya 6 fasi ikhwah dan 4 fasi akhawat KARISMA. Menurut JK Fasi, akh Shamsul Anuar, seramai 8 org fasi ikhwah daripada Politeknik Dungun dan UiTM Dungun telah mengesahkan komitmen mereka.

8) Beberapa aspek lain yang memerlukan persiapan rapi lagi ialah pengurusan lokasi program, aspek keselamatan dan penempatan. Oleh kerana itu, aspek2 ini akan diperkemaskan lagi terutama melibatkan waktu teraweeh(20 rakaat), ruang makan, ruang untuk remaja perempuan, penempatan sementara remaja perempuan semasa solat jumaat dan keselamatan barang-barang peserta.

9) Urusan makanan belum mendapat pengesahan daripada Cikgu Radziah lagi. InshaAllah akan rujuk kepada beliau

Semoga segala perancangan berjalan lancar dan diberkati Allah. Doakan kejayaan kami.

Jom Semarakkan Ramadhan!

Pengarah Program
Remaja Raikan Ramadhan (3R)
Kelab Remaja JIM Dungun
HP: 019-3591268

0 comments:

Pages