Program Semarak Ramadan IKRAM Kemaman 1433H

Mari bersama-sama meningkatkan amalan dan memberikan sumbangan kepada mereka yang lebih memerlukan..

Saturday, November 24, 2012

Perhimpunan & Perarakan Selamatkan Gaza Di Kuala Terengganu

Alhamdulillah IKRAM Terengganu dan Aqsa Syarif Terengganu telah berjaya menganjurkan satu perhimpunan dan perarakan aman selamatkan Gaza di Kuala Terengganu semalam, 23 November 2012 bersamaan 9 Muharam 1434. Ianya merupakan satu lagi landmark kepada usaha penggemblingan ummah berhubung isu Palestin di negeri ini. Program ini telah diadakan selepas solat Jumaat di Masjid Negeri...

Thursday, November 15, 2012

Pendekatan Baru Kempen - Jelajah Merdeka Rakyat Di Kemaman 17 Nov 2012

Selepas ziarah dan ceramah ringkas DSAI di Kerteh pada 9 November 2012 lepas di Kerteh selepas solat Jumaat, inshaAllah Siri Jelajah Bas Merdeka Rakyat Bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim ke Terengganu akan diadakan pada Sabtu 17 November 2012. Program satu hari bermula di DUN Kota Putera dan DUN Permaisuri di sebelah pagi sebelum mereka ke Parlimen Dungun dan akan berakhir di...

Monday, November 12, 2012

Pemimpin Masa Depan - Cabaran & Hambatan

Alhamdulillah saya sempat menghadiri satu perkongsian oleh salah seorang ahli Parlimen DPI RI dari Partai Keadilan Sejahtera (PKS) iaitu Dr Mordani semalam. Program yang dihadiri rata-rata anak-anak muda mahasiswa, beliau yang baru berusia 44 tahun itu telah menyampaikan satu perkongsian yang cukup menarik untuk dihayati bersama. Beliau memulakan dengan menegaskan satu hakikat dakwah iaitu proses transformasi untuk membawa masyarakat hari ini secara individu dan sosial serta budaya dan struktural berdasarkan ayat di dalam surah ar'Ra'd:11 yang...

Friday, November 09, 2012

Bulatan Gembira Di Kerteh

Alhamdulillah di sebalik kesibukan kerja-kerja shutdown di Kerteh, Terengganu, para belia IKRAM masih sempat mengikuti halaqah mingguan di Kerteh. Dalam gambar, belia-belia industri Kerteh sedang khusyuk mendengar penyampaian khas oleh Pengerusi Tarbiah IKRAM Kemaman, Ustaz Muzahar Hitam. Beliau hadir untuk memantau perkembangan usrah 01 di daerah Kemaman disamping memberikan...

Friday, November 02, 2012

Kajian UMCEDEL - Selangor & PRU13

Antara badan yang aktif melakukan kajian tentang perkembangan politik di negara ini ialah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihanraya Universiti Malaya. Pada bulan September 2012 yang lalu, kajian kecenderungan pengundi negeri Selangor menjelang PRU13 telah sekali lagi diadakan di antara 1-16 September 2012 berbanding pada yang sebelum ini pada 31 Mac - 15 April 2012. Sudah...

Tuesday, October 30, 2012

Mampukah Swing Signifikan Pengundi Melayu Berlaku di Melaka ?

Menurut Tun Daim Zainuddin baru-baru ini beliau meramalkan hanya Johor, Pahang dan Melaka akan kekal bersama BN selepas PRU13 kelak. Beliau pernah meramalkan yang Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah akan jatuh kepada pembangkang pada PRU12 yang tidak mendapat perhatian oleh mana-mana pihak sebelum ini. Namun, apakah nasib negeri bekas kesultanan Melayu Melaka yang jatuh...

Saturday, October 27, 2012

Program Ibadah Korban Di Kg Baru Felda Neram 1

Alhamdulillah satu majlis ibadah korban telah disempurnakan di Kg Baru Felda Neram 1 pada hari raya eidul adha yang kedua iaitu pada 27 Oktober 2012 bersamaan 11 Zulhijjah 1433. Program ini adalah kerjasama IKRAM Kemaman dengan Jawatankuasa Masjid Kg Baru Felda Neram 1. Program yang dinamakan Qurban Perdana Kasih Ummah IKRAM 1433H ini berlangsung pada sebelah pagi hari...

Thursday, October 25, 2012

Mampukah PR Menggugat di Pahang ?

Pahang adalah sebuah negeri yang boleh dianggap kubu kuat BN selepas Johor selama ini. Sebab itulah agaknya sudah ada dua Perdana Menteri daripada negeri ini sejak merdeka. Terkini di Pahang ada 14 kerusi Parlimen dan 42 kerusi DUN di negeri ini. Untuk menang dengan majoriti mudah memerlukan 22 kerusi DUN. Pada PRU12 Mac 2008, BN menang 12 kerusi Parlimen dan 37 kerusi...

Bagaimana Kedudukan Terengganu Untuk PRU13?

Terengganu adalah antara negeri yang pernah diperintah oleh PAS sebanyak dua kali iaitu pada PRU-1 selepas merdeka tahun 1959 dan PRU-10 tahun 1999. Negeri ini didominasi pengundi Melayu sekitar 95% ke atas. Sebarang isu yang boleh memberikan impak besar kepada orang Melayu akan mempengaruhi kecenderungan keputusan pilihanraya umum sebelum ini. Swing paling besar ialah pada...

Kedudukan Johor Yang Tidak Menentu

Salah sebuah negeri yang disasarkan Pakatan Rakyat untuk PRU13 ialah negeri Johor. Sebelum ini ianya negeri fixed deposit BN sejak selepas merdeka sehinggalah ke PRU12 yang lalu. Tetapi apabila angin perubahan melanda rakyat hari ini, kedudukan BN di Johor kini tergugat terutama di kawasan-kawasan Parlimen yang mempunyai profil pengundi campuran. Apa yang dimaksud dengan...

Monday, October 22, 2012

Seminar SuperMom & SuperDad 2012

Alhamdulillah Wanita IKRAM Terengganu dengan kerjasama Petronita dan Biro Muslimah Surau Rantau Petronas telah berjaya menganjurkan sebuah Seminar SuperMom, SuperDad pada Sabtu 20 Oktober 2012 bersamaan 4 Zulhijjah 1433H di Dewan Seri Delima, Bangunan Petronas Wilayah Pantai Timur dekat Kerteh, Kemaman. Ini merupakan sebahagian daripada siri program keluarga sakinah yang digerakkan...

Faktor Undi Cina, Pakatan Rakyat & Kemungkinan Senario

Saya terpanggil untuk menulis tajuk ini kerana di dalam usrah mingguan saya di Kemaman minggu lepas, masih ada yang bertanya bagaimanakah tentang kedudukan Melayu dan Islam selepas PRU-13 kelak. Kebetulan ianya juga dibincang di dalam diskusi komuniti maya Bangi Perdana tempat saya tinggal dimana ramai yang membangkitkan kebimbangan mereka tentang kedudukan ini dan saya telah menjawab kebimbangan tersebut kepada mereka. Saya juga memaklumkan kepada ahli usrah yang saya pernah menghantarposting mengenai isu ini sebelum ini, namun elok juga...

10 NGO Islam & 2 Agensi Kerajaan Bertemu di Majlis Hi-Tea Masyarakat Madani IKRAM Terengganu

Alhamdulillah majlis hi-tea masyarakat madani IKRAM Terengganu telah berjaya diadakan pada hari Ahad 21 Oktober 2012 bersamaan 5 Zulhijjah 1433 di Terengganu Equestrian Resort (TER) dekat Kuala Ibai, Kuala Terengganu. Program yang bermula jam 5.30 petang ini bertujuan untuk mengumpul NGO-NGO Islam utama bersama agensi-agensi Islam di negeri Terengganu dan telah berjaya mengumpul...

Wednesday, October 17, 2012

Peratusan Keluar Mengundi Di Terengganu

Ini adalah peratusan keluar mengundi semasa pilihanraya umum sejak 1990 hingga 2008 di negeri Terengganu khususnya di Parlimen P.40 Kemaman. Banyak yang boleh dianalisis daripada gambarajah ini. ...

Tuesday, October 16, 2012

Jemputan Ke MMIT 21 Okt 2012

...

Pages