Friday, January 06, 2006

Erti pengorbanan

Sejak mula masuk 1 Zulhijjah lagi aku banyak merenung makna dan erti pengorbanan... alhamdulillah telah kutempah bahagian korbanku kali ini bersama kariah Surau Bangi Perdana..

Erti pengorbanan ini ditunjukkan kepada kita dengan kisah Nabi Ibrahim a.s. dengan kedua-dua isterinya Sarah dan Hajar.. Ibrahim a.s. kekasih Allah menerima wahyu untuk menghantar isteri mudanya Hajar bersama anaknya Ismail a.s. ke satu kawasan padang pasir yang kering kontang...dengan penuh keberatan...kembali berada bersama Sarah yang akhirnya juga dikurniakan oleh Allah seorang anak, Ishak a.s., yang daripadanya lahir ramai para anbiya' yang diutuskan kepada Bani Israel..disini pengorbanan Ibrahim a.s. dan Hajar diuji dengan hebatnya..kerana menunaikan perintah Allah dan meninggalkan perasaan cinta kepada sesama manusia..mana suami, mana isteri yang sanggup berkorban seperti pengorbanan Ibrahim a.s. dan Hajar.

Sekali lagi diuji dengan ujian yang maha berat iaitu menyembelih anaknya Ismail a.s. di dalam pusingan kedua...Kecintaan kepada dunia dikorbankan kerana memenuhi perintah Ilahi..mana ayah dan ibu yang sanggup menghadapi ini semua?

Tadhiyyah amat diperlukan didalam perjuangan...korban harta, masa, tenaga, wang ringgit, hawa nafsu, isteri, suami, anak-anak, malah nyawa...demi Islam yang tercinta. Kata a-Banna di dalam Risalah Ta'alim nya :
" Berkorban yang saya maksudkan ialah menyumbang jiwa, harta, masa dan nyawa serta segala-galanya demi mencapai matlamat. Di dunia ini tiada jihad yang tidak menuntut pengorbanan. Segala pengorbanan yang disumbangkan demi gagasan ini tidak akan disia-siakan sebaliknya akan dibalas dengan ganjaran yang lebih besar dan pahala yang lebih baik. Siapa yang tidak mahu berkorban bersama kita, dia akan menanggung dosa."

Menyelami erti pengorbanan menuntut keikhlasan dan membezakan kecintaan kita kepada dunia atau kepada Allah Yang Maha Esa..

0 comments:

Pages