Friday, January 13, 2006

Ikhlaskanlah Dirimu Dalam Perjuangan

Di pagi jumaat ini, teringat aku kepada sebuah pengisian yang diberikan oleh salah seorang murabbi utamaku ketika di England iaitu akh Abu Iman, di program tamrin siswazah rantau London & Selatan yang aku sendiri ketika itu menjadi Pengarah Programnya, sekitar tahun 1991. Peringatan beliau tentang pesanan al-Banna itu cukup mengesani diriku sehingga mengalirkan airmata dan menghidupkan jiwa anak muda berumur 22 tahun ketika itu, sehingga ianya masih lekat dibenak hatiku, mudah2an terus menjadi obor perjuangan dakwahku, inshaAllah. Pesanan itu seperti berikut :

"Saya boleh bayangkan seorang mujahid sebagai seorang yang menyediakan dirinya, menyiapkan bekalannya. Pemikirannya menguasai segenap lipatan jiwa dan sudut didalam hati. Ia sentiasa berfikir, sangat perihatin, sentiasa bersedia, jika diseru ia sahut, jika dipanggil dia jawab. Keluar masuknya pada waktu pagi dan petang, percakapan, perbualan, serius dan gurauannya tidak keluar dari medan persiapannya. Ia tidak lakukan sesuatu kecuali dalam bidang yang ia wakafkan hidup dan kehendaknya, serta berjihad di jalannya. Anda dapat membaca dari kedut-kedut diwajahnya, dapat melihat pada sinar matanya, mendengar daripada kepetahan lidahnya apa yang membuatkan kamu mengerti perasaan yang bergelumang didalam hatinya, memendam keperitan dan kesedihan, juga limpahan keazaman yang benar, himmah yang tinggi dan matlamat yang jauh di dalam jiwanya."

Ya Allah...berilah aku kekuatan ini, inshaAllah, juga kepada mereka yang bersama-samaku.

p/s sekejap lagi akan ke Kota Bharu...tetapi 10 jam lagi perlu kembali semula ke Dungun untuk bersama membina 'rijaal remaja'

0 comments:

Pages