Wednesday, January 04, 2006

Terokailah dunia ini wahai anak-anakku sayang...

Hari ini merupakan hari pertama persekolahan buat anak-anakku..Maryam, Mujahid dan Hafsa...bagi Maryam tahun ini merupakan tahun ujian besar yang pertama buat beliau..UPSR (teringat pulak kepada peperiksaan Penilaian Darjah 5 yang kududuki di tahun 1980 dahulu..ini cerita lain kali)...ku bisik kepada Maryam pagi tadi kata-kata perangsang dariku dan kukucup pipi dan dahinya...begitu juga kepada Mujahid..kutambahi semangat kepada mereka agar terus mengekalkan kecemerlangan..bukan sahaja akademik, malah juga akhlak..."baca al-Quran selalu2 ye sayang..". Buat anakanda Hafsa, ini tahun pertama persekolahan rendah beliau...kupeluk anak ketiga ku ini dengan erat..."maafkan abah kerana tidak dapat menghantarmu ke sekolah ye nak.." tak sedar menitis juga airmataku yang cuba ku elak daripada mereka melihatnya. Hafsa sebut padaku, "ingatkan abah dah pegi malam tadi..". "Tidak sayang...abah nak pastikan semuanya ok pagi yang istimewa ini..". Bagi meringankan tugas ummi, ku bawa sekali Huzaifah ke nursery tika ku berpagi-pagi bertolak ke destinasi biasaku. Huzaifah ceria sahaja duduk di pehaku sambil ku pandu kereta ke lokasi Humairaa'..

Hari-hari terakhir tahun 2005 ku luangkan banyak masaku untuk mereka. Supaya segala persiapan mereka teratur dan tersusun menghadapi tahun persekolahan baru 2006. Apakah ini dapat membalas hutangku kepada mereka selama ini?..semalam di dalam kereta aku bertanya kepada mereka bertiga selesai kami membeli peralatan terakhir sekolah dari Warta Bangi.." ok now..masing2 muhasabah abah apa yang Maryam, Mujahid dan Hafsa tak suka pada abah.." Tergelak campur terkedu juga bila mendengar satu persatu muhasabah mereka...antara lain yang masih ku kenang :

Hafsa :
1. "...hafsa tak suka sebab abah tak belikan ais krim semalam.."
2. "...sebab abah tak belikan coklat.."
Mujahid :
1. "...mujahid tak suka sebab abah ...mm..ntah lah.."
2. " ...sebab abah selalu ada di kerteh.."
Maryam :
1. "...abah fikirlah sendiri.."

Kami bergelak ketawa dengan muhasabah masing-masing..kemudian aku minta mereka pula : "eh..taknak ke tanya abah pulak soalan yang sama?"
...haaa...abah sayang pada kamu semua! Kami pun singgah beli aiskrim pilihan masing2 di kedai Bangi Perdana..tak lupa juga buat Ummi & Huz..

Sesampai di Taman Cemerlang, terima sms daripada zaujah tersayang, "Tq 4 having evrythg ready 4 school. Really appreciate it." Cepat-cepat kubalas.."Sorry for not helping much.." tetapi sedikit lega bila dibalasi, "Dah byk tu. Jzkk". Bagaimana dapat aku ubati perasaannya yang telah terguris...mengapa begitu keras hati ini tidak dapat memenuhi permintaannya yang satu..keluhku.

Malam tadi Mujahid dan Hafsa menjawab panggilan telefon ku..."haa...how's your 1st day at school?" Mujahid seperti biasa ceria n seronok jumpa kawan2...Hafsa pula nampak mcm best jer..tak sempat nak tanya Maryam..esok je lah.. "Ya Allah, mudahkanlah mereka memahami segala ilmu yang bermanfaat dan perelokkanlah akhlak mereka.." Semoga mereka akan memperoleh yang terbaik dari segala yang berlaku dalam hidup mereka..

0 comments:

Pages