Program Semarak Ramadan IKRAM Kemaman 1433H

Mari bersama-sama meningkatkan amalan dan memberikan sumbangan kepada mereka yang lebih memerlukan..

Infaq fi sabilillah

Dan kelak akan dijauhkan daripada neraka orang yang paling bertakwa iaitu orang yang menafkahkan hartanya untuk membersihkan dirinya... (QS Al-Lail : 17-20)

Suburkanlah iman

Jadikan Ramadan sebagai bulan madrasah jiwa dan ruhani..

Remaja Raikan Ramadan

Nantikan kemunculannya di lokaliti-lokaliti terpilih seluruh Kemaman!

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions..

Saturday, September 05, 2009

Konflik Islam dan Liberalisme - Bilakah Penghujungnya?

Di pagi Sabtu 15 Ramadhan 1430H ini, elok saya berkongsi penulisan saya mengenai isu syariat Islam mendepani faham Liberal dunia. Moga ada manfaatnya.
 
Fakhrul
 

KONFLIK ISLAM DAN LIBERALISME – BILAKAH PENGHUJUNGNYA?

 

"Preserve the liberal space". Itulah salah satu tajuk ungkapan sidang editor akhbar mingguan The Edge keluaran 31 Ogos – 6 Sept 2009. Akhbar The Edge ialah sebuah akhbar mingguan yang membawa berita-berita perniagaan dan pelaburan yang diterbitkan oleh The Edge Communications Sdn Bhd yang beribu pejabat di Damansara Perdana, Petaling Jaya. Sidang editor pada kali menyentuh kes Kartika Sari Dewi Shukarno, seorang wanita muslim yang dijatuhkan hukuman enam kali sebatan atas kesalahan meminum arak di khalayak oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan baru-baru ini. Mereka mempersoalkan hak kebebasan individu (personal liberties) yang pada pengamatan mereka akan membawa imej yang rosak di persada kaca mata dunia dan akan memberikan kesan kepada lanskap sosial di negara kita pada masa akan datang.

 

Di dalam penulisan saya sebelum ini saya ada menyebut tentang pertembungan dua ideologi utama dunia hari ini iaitu Islam dan fahaman Liberalisme dan ini akan menjadi semakin sengit dan getir bagi memastikan ke arah mana dominasi fikrah manusia akan berpihak. Islam yang berpaksikan kepada kalimah tauhid Lailahaillallah mengangkat kemutlakan hakimiah Allah SWT berdepan dengan undang-undang dunia ciptaan manusia yang berdasarkan hawa nafsu manusia semata-mata.

 

Engagement di antara orang Islam dengan mereka yang menentang Islam telah berlaku sejak lama lagi. Dialog duta tentera Islam Rubaie ibn Amir terhadap Rustum ketua panglima perang Farsi perlu diperingatkan kembali. Apabila Rustum menyoal apakah dasar Islam di dalam memerangi mereka, Rubaie dengan tenang menjawab :

 

"Kami didatangkan untuk membebaskan perhambaan sesama manusia kepada perhambaan kepada Allah semata-mata, membebaskan manusia daripada kezaliman agama-agama kepada keadilan Islam dan membebaskan manusia daripada kesempitan dunia kepada keluasan syariat Islam serta keluasan hari akhirat."

 

Mesej dakwah yang jelas dan nyata telah dikemukakan oleh Rubaie kepada musuh-musuh Islam. Bagaimana pula dengan engagement umat Islam hari ini bila berdepan dengan mereka yang tidak memahami Islam, apalagi mereka yang terang-terang memusuhi Islam?

 

Liberalisme yang berasal dari Barat memperjuangkan hak individu yang mutlak (individual sovereignty) di dalam menentukan prinsip-prinsip moral kehidupan mereka. Ini berlaku setelah fahaman ini menolak pengaruh gereja yang menentang kemajuan sains di Barat sekitar abad tersebut dengan bermulanya era sekularisme Barat iaitu falsafah bahawa sistem pemerintahan negara dan agama hendaklah diasingkan. Antara pengasas fahaman liberalisme ini ialah ahli-ahli falsafah mereka di awal abad ke-18 seperti John Locke, Adam Smith dan Jeremy Bentham. Namun fahaman mereka disanggah oleh fahaman Sosialisme menjelang awal abad ke-19 yang menentang kezaliman feudal dan proletariat serta kerakusan kapitalis. Mereka diwakili oleh ahli-ahli falsafah seperti Karl Marx dan Max Weber. Mereka memperjuangkan hak sama rata rakyat di dalam agihan ekonomi dan pentadbiran dikawal sepenuhnya oleh kerajaan bagi menjamin keadilan sosial untuk rakyat.

 

Sengketa antara dua fahaman besar ini berlangsung selama lebih satu abad sehingga mencetuskan Perang Dunia Pertama dan Kedua di antara Negara-negara yang berlainan fahaman ini. Akhirnya konflik ini membawa kepada Perang Dingin (Cold War) khususnya di antara Amerika dan sekutu Baratnya yang mewakili Liberal-Kapitalis dengan Kesatuan Soviet dengan sekutunya yang mewakili Komunis-Sosialis. Konflik ini berlanjutan sehingga jatuhnya sistem Sosialis tersebut pada penghujung abad ke-20 dengan runtuhnya Kesatuan Soviet di tangan dasar Glasnost dan Perestroika di bawah pimpinan Presiden Gorgachev ketika itu dan runtuhnya Tembok Berlin pada tahun 1989. Selepas itu, Presiden Amerika, pada tahun 1990 George W. Bush telah mengisytiharkan gagasan Tatabaru Dunia atau New World Order iaitu satu sistem pemerintahan politik dan ekonomi unipolar dunia yang diterajui oleh fahaman Liberal-Kapitalis di atas kejatuhan sistem komunis-sosialis. Sistem ekonomi kapitalis yang berdasarkan konsep free-market economy mula dianut oleh negara-negara yang sebelumnya melaksanakan dasar  state-controlled economy seperti negara-negara Rusia dan China. Dasar penswastaan atau privatisation pula mula menjadi popular menggantikan dasar pemilikan negara atau nationalisation.

 

Dasar fahaman liberalisme di awal abad ke-20 tidak terhenti kepada sistem politik dan ekonomi tetapi juga mula menular ke aspek prinsip-prinsip moraliti masyarakat dengan meletakkan hak asasi individu (individual rights) untuk melakukan apa sahaja yang mereka inginkan dengan mengenepikan hak masyarakat (public rights). Ini melahirkan kefahaman baru dalam neraca penilaian masyarakat barat terhadap prinsip-prinsip moraliti yang sebelumnya dianggap satu bentuk kejahatan (vices) serta kesalahan jenayah seperti meminum arak, melakukan aktiviti penzinaan serta seks luar tabie seperti homoseksual dan lesbian. Setelah diperdebatkan akhirnya kejahatan-kejahatan ini dihalalkan oleh negara-negara Barat dan tidak lagi dianggap satu kesalahan jenayah. Fahaman ini juga telah membentuk gagasan Deklarasi Hak Asasi Manusia 1948 yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Kesan ini juga dapat dilihat di dalam perjuangan menuntut kebebasan wanita (women liberation) di Barat yang mahukan hak sama rata dengan lelaki dan sebagainya.

 

Kesannya fahaman ini mula meresap masuk di dalam pemikiran umat Islam sendiri. Pasca imperialis Barat mewujudkan negara-negara umat Islam mengenepikan syariat yang sebelumnya merupakan undang-undang yang diterimapakai mereka selama berabad-abad lamanya dan menggantikan dengan undang-undang sivil peninggalan penjajah. Hukuman jenayah hudud dilihat sebagai kejam dan out-dated tidak sesuai lagi dengan suasana kehidupan dunia moden hari ini.

 

Hari ini umat Islam berdepan dengan cabaran masyarakat dunia yang dikuasai fahaman Liberal yang menyesatkan ini. Dan sebahagian umat Islam juga dikuasai oleh fahaman liberal ini di dalam amalan seharian dan tindakan mereka. Undang-undang Islam telah dihadkan fungsinya kepada perlaksanaan undang-undang kekeluargaan dan pewarisan semata-mata.

 

Sejauhmana konflik fahaman liberalisme dengan Syariat Islam berpanjangan di abad ke-21 ini bergantung kepada kesedaran dan kehendak umat Islam untuk mempertahankan hak mereka untuk sebagai seorang muslim untuk melaksanakan dan mengamalkan syariat Islam itu sendiri. Dan umat Islam juga perlulah memurnikan semula kefahaman keadilan syariat Islam melalui engagement mereka di kalangan umat bukan Islam di negara masing-masing.

 

Fakhrul Anuar Zulkawi

15 Ramadhan 1430H / 5 September 2009

 


Friday, August 11, 2006

Catatan pinggir Jakarta 02

Salam,

Alhamdulillah selesai sudah urusan kerja ana di Jakarta semalam bersama PETRONAS HSE Forum di Hotel Mulia. Banyak networking yang dibina, baik urusan niaga maupun urusan dakwah.

Hari Ahad yang lepas, usai pertemuan dengan Pak Prie, kami berdua menyertai demontrasi sejuta umat menentang kezaliman Israel di jalanraya utama di Jakarta sehingga ke Kedutaan Amerika. Demo yg digerakkan oleh ikhwah PKS dengan kerjasama semua pihak berjalan dengan aman dan berjaya sekali. Satu pengalaman yang cukup menarik dan terharu melihat ribuan anak muda dan remaja turun ke jalanraya membawa sepanduk dan mengiringi dengan slogan "Israel, Israel...hancurkan..hancurkan..serta laungan takbir. PKS juga mampu menggembling golongan ulamak konservatif drpd Muhammadiyyah serta ulama terkenal, A Gym bersama memimpin demo tersebut. Kata Pak Prie, "..keluar berdemonstrasi adalah sebahagian drpd tarbiah kami...nanti masa usrah, kami akan ditanya samada hadir atau tidak ke demo ini!.." Beliau menambah yg demo ini dibuat serentak di bandar2 besar di seluruh Indonesia. Pengundi yg mengundi mereka di dalam PEMILU yang terakhir ialah 10 juta ( ie hampir 5% drpd keseluruhan penduduk Indonesia). Ana berkira-kira kalau 5% di Malaysia menyamai 1 juta....jauh lagi utk kita. Ahli Parlimen PKS ketika ini seramai 44 orang dan 3 org dilantik sebagai Menteri termasuk Kementerian Belia (Pemuda) mereka..banyak lagi nak kongsi ni..tapi cukuplah sekadar itu.

Semalam, sempat ana mengatur ikhwah akhowat JIM yg turut hadir ke forum utk makan malam bersama Pak Ustaz Lutfi. Beliau salah seorang generasi pertama dakwah PKS bersama Ketua Majlis Syura PKS Pak Ustaz Helmi...kami menemui beliau setelah beliau selesai berusrah di salah satu lokasi di Jakarta. Beliau juga salah seorang MP PKS...Banyak perkongsian yang kami terima daripada beliau, alhamdulillah..
Moga perjalanan ke Jakarta diberkati dan dirahmati Allah SWT.

Fakhrul
Jakarta

Catatan pinggir Jakarta 01

Salam,

Alhamdulillah, mula menjejak kaki ke Jakarta semalam di Soekarno-Hatta Airport untuk urusan kerja setelah dihantar isteri tercinta serta anak-anak di LCC dengan penerbangan AirAsia. Cuma anak pertama, Maryam sahaja yang tidak dapat bersama. Sempat juga menjenguk anak sulung ana ini menyertai perkhemahan bulanan di tapak SRI Al Amin Bangi semalam...tengok anak-anak ditarbiah memasak oleh mu'alimah dengan kadar amat sederhana..moga mengajar anak2 ini hidup sedikit susah.

Inilah kali pertama ana sampai di Jakarta. Sesampai di Hotel Mulia (hotel bertarag 5 bintang) utk urusan pendaftaran Petronas HSE Forum, kami terus ke hotel kami berdekatan dengan hotel ini. Tak kemampuan utk tidur sebumbung dengan peserta yg rata2 kakitangan Petronas sendiri di hotel serba mewah itu. Lalu mencari hotel yang setaraf dgn kami saja..alhamdulillah.

Sempat juga bertemu dengan beberapa ikhwah di majlis pendaftaran semalam....akh Ahmad Ibrahim, akh Nawawi dan akh Ridzuan....ana terus sms pd mereka, "inshaAllah ana cuba atur pertemuaan dengan rakan2 ikhwah PKS jika kesempatan...". Sebelum itu, menerusi akh Nasir (rakan seusia yg sempat mengikuti tarbiah di England lewat 15 tahun yang lampau....bersama murabbi pak sheikh Dr Farid Ahmad (sekarang AJK JIM Pusat) di program Summer Training Camp selama 14 hari di Cardiff, Julai 1992..), kami berutus2 sms ttg kedatangan ana ke Jakarta. Rupa2nyer akh Nasir (Kemaman) telah berada hampir 24 hari di Jakarta untuk urusan kerja beliau juga. Beliau juga perkenalkan ana dgn seorang akh PKS iaitu Pak Prie...langsung menerima sms daripada Pak Prie utk sama2 lunch sambil bincang pasal peluang2 perniagaan disini... Lewat malamnya, Pak Nasir pula sekembali dari Bandung, terus sambung meeting dengan beliau...peluang2 di Kalimantan Timur...terutama dlm bidang oil n gas...moga terus dibuka pintu2 rezki buat ummah n jamaah..masuk tidur sekitar kul 2.30 pagi..

Pagi ini, setelah usai solat subuh n mathurat serta tilawah quran juz empat (ali-Imran...mudah2an Allah berikan kekuatan utk khatam kali ke-4 utk tahun ini sebelum Ramadhan..), terus hubungi boss di malaysia....ttg peluang2 yg dibincang utk hari yang pertama...ada empat hari lagi di jakarta..Ya Allah, buka lah pintu rezeki-Mu dan berkatilah usaha2 kami...ampun kan kami atas segala keterlanjuran dan kezaliman diri sendiri..

Terus ke dewan makan utk sarap...terbaca dlm Jakarta Post...hari ini ada Perhimpunan Demonstrasi Sejuta Umat menentang kezaliman Israel di tengah2 bandar Jakarta pukul 1 tengahari...ALLLAHU AKBAR...akan diketuai oleh pemimpin Muhammadiyyah, Ustaz Din Syamsudin serta didukungi oleh PKS serta pimpinan agama2 lain...wahh...ada harapan untuk ana join ni..boleh kuceritakan pada remaja2 Terengganu selepas ini ttg keperihatinan umat di negara lain inshaAllah...

Ingatan ana masih pada program PINTAR 2006...moga2 ikhwah terus mengerakkannya...begitu juga dengan Program Palestin ke Sekolah2...jom kita lipatganda usaha...Jumpa lagi, inshaAllah.

Fakhrul,
Jakarta, Indonesia

Friday, March 03, 2006

Setelah empat bulan....lazimilah wahai diriku..

Hari ini 3 Safar 1427H, aku berjaya menamatkan tilawah al-quran sejak berakhirnya Ramadhan yang lalu...mmm...belum berjaya melepasi sasaran untuk khatam 2 bulan sekali...namun azam perlu diteruskan...hari ini setelah empat bulan berlalu, diharap mampu ku islahkan kualiti kearah sasaran asal...Ya Allah, berilah kekuatan kepada hamba-Mu ini....doa-doa khatam al-Quran yang kubaca selepas solat asar di surau tadi daripada al-Quran kecil yang dihadiahkan oleh temanku amat bermakna dan mendalam sekali maksud2nya..

Moga hari esok lebih baik daripada hari ini...

"Ya Allah, rahmatilah kami dengan al-Quran dan jadikanlah al-Quran itu pemimpin, petunjuk da rahmat. Ya Allah, ingatkanlah kami apa yang telah kami lupakan dari al-Quran. Ajarilah kami dari al-Quran apa yang belum kami ketahui. Berilah kami kemampuan membacanya sepanjang malam dan siang, dan jadikanlah al-Quran itu hujjah bagi kami(dapat menyelamatkan kami) dan jangan Engkau jadi hujjah bagi kami (menyeret kami ke neraka). Dengan rahmat-Mu Ya Allah."

"Aku memohon agar Engkau menjadikan al-Quran sebagai penyubur hati kami, cahaya dada kami, dan pembasmi gundah gulana kami dan jadikan kami termasuk orang-orang yang mencintai al-Quran, yang mana mereka adalah keluarga-Mu dan orang-orang pilihan-Mu Ya Allah."

"Ya Allah jadikanlah kami termasuk orang-orang yang membaca al-Quran kemudian dapat meningkat (kehidupan kami) dan jangan Engkau jadikan kami orang-orang yang membaca al-Quran kemudian kami sengsara.

Thursday, February 02, 2006

Catatan 2 Muharam 1427H

Banyak perkara di dalam fikiranku sejak beberapa minggu ini…hinggakan hampir tak ku sedari telahpun memasuki tahun baru hijrah…tak sempat nak buat apa2 tazkirah sempena hijrah buat diriku, isteri, anak-anak dan mereka yang mendapat tempat di dalam perkiraan hidupku..cuba sebentar selepas solat maghrib-isyak berjamaah di hari pertama tahun baru sebagai tanda ingat buat semua..

Cabaran di pejabat semakin mencabar…kadang2 peristiwa yang tidak menyenangkan hati menyebabkan hilang sabar dibuatnya…Cuma bila ia berlaku, aku tertanya-tanya adakah aku telah laksanakan tuntutan dakwahku kepada semua lapisan manusia yang di dalam lingkunganku? Sekali-sekala tanya dan kongsi teman-teman rapat termasuk zaujahku untuk dapat kekuatan…paling kurang nasihat dan pedoman mereka yang boleh mengurangkan tekanan kerja dan mencari jalan keluar..Tazkirah selepas maghrib oleh imam surau Bangi Perdana semalam sedikit sebanyak merawat jiwa dan meletakkan semula asas-asas perkiraan dalam menentukan panduan mukmin…takut sekali berbuat zalim kepada sesama manusia…takut jadi muflis di akhirat kelak..

Cuti tahun baru Cina kali ini terasa begitu pantas….tiga-empat hari bersama keluarga ku rasa tidak puas…alangkah baiknya kalau aku dapat bersama mereka lebih lama lagi..namun perlu kuimbangi juga dengan tuntutan kerja dan dakwah di medan…akan ku cari masa buat kalian lagi inshaAllah..

Pagi tadi sempat ku teruskan agenda riadah mingguan ku…alhamdulillah…dah lama tak test….kali ini ada teman yang tolong jadi pengukur…11min 56 saat utk larian 2km merupakan kedua terbaik setakat ini..Moga kekuatan ini terus dibina demi satu perjuangan yang lebih mulia..

Sempat muzakarah panjang dengan akh Muzahar di Kemasik…dlm pemusafiran kami tadi, singgah makan malam bersama beliau…Emm…baru sampai ke Dungun sebentar tadi…nasib baik akh Ammar sudi menjadi driver ku sepanjang hari…esok aku berazam untuk berpuasa….sasaran tiga hari setiap bulan…Ya Allah, kurniakanlah hamba-Mu ini kekuatan mujahadah…

Pages