Program Semarak Ramadan IKRAM Kemaman 1433H

Mari bersama-sama meningkatkan amalan dan memberikan sumbangan kepada mereka yang lebih memerlukan..

Infaq fi sabilillah

Dan kelak akan dijauhkan daripada neraka orang yang paling bertakwa iaitu orang yang menafkahkan hartanya untuk membersihkan dirinya... (QS Al-Lail : 17-20)

Suburkanlah iman

Jadikan Ramadan sebagai bulan madrasah jiwa dan ruhani..

Remaja Raikan Ramadan

Nantikan kemunculannya di lokaliti-lokaliti terpilih seluruh Kemaman!

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions..

Sunday, January 22, 2006

Menjelang Permulaan & Penghujung Tahun

22 Januari 2006...22 Zulhijjah 1426...permulaan dan penghujung untuk dua tahun....kiraan syamsiah dan qamariah...yang penting kehidupan yang sementara ini perlu dimanfaatkan sepenuhnya dengan amal-amal soleh...

Merenung pencapaian setahun yang berlalu....sudah pasti memotivasi diri untuk terus lebih maju..bab kata buku yang terdampar di lantai bilik ini...La Tahzan...Jangan Bersedih..Don't Be Sad..."semangat dan azam untuk hidup hari ini tanpa kesedihan, tanpa keresahan, tanpa kemarahan, tanpa kedengkian dan tanpa kebencian".

Oh lupa...Gong Xi Fa Chai...

Thursday, January 19, 2006

Mohon Petunjuk

Antara doa yang kuamalkan sepanjang aku mengenali dakwah di UK hingga ke hari ini ialah doa mohon petunjuk iaitu selepas solat istikharah dua rakaat :

"Ya Allah, sesungguhnya aku meminta pilihan yang tepat kepada-Mu dengan ilmu-Mu dan aku memohon kekuatan (untuk menyelesaikan permasalahanku) dengan kekuasaan-Mu. Aku memohon kepada-Mu anugerah-Mu yang Maha Agung, sesungguhnya Engkau berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa. Engkau mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui, dan Engkau Maha Mengetahui perkara-perkara yang ghaib.

"Ya Allah, jika Engkau mengetahui permasalahan ini - ...... - baik bagiku, untuk agamaku, kehidupanku dan akibatnya terhadap diriku (di dunia dan di akhirat), maka takdirkanlah hal itu untukku dan mudahkanlah hal itu untukku, kemudian berkahilah aku padanya.

"Dan jika Engkau mengetahui permasalahan ini jelek bagiku, untuk agamaku, kehidupanku dan akibatnya terhadap diriku (di dunia dan di akhirat), maka jauhkanlah hal itu dariku dan jauhkanlah aku darinya, dan takdirkanlah untukku kebaikan dimana sahaja kebaikan itu berada, kemudian redhailah aku padanya."

(hadis riwayat Bukhari (VIII/146) dari Jabir bin Abdillah r.a.)

Ameen...

Friday, January 13, 2006

Ikhlaskanlah Dirimu Dalam Perjuangan

Di pagi jumaat ini, teringat aku kepada sebuah pengisian yang diberikan oleh salah seorang murabbi utamaku ketika di England iaitu akh Abu Iman, di program tamrin siswazah rantau London & Selatan yang aku sendiri ketika itu menjadi Pengarah Programnya, sekitar tahun 1991. Peringatan beliau tentang pesanan al-Banna itu cukup mengesani diriku sehingga mengalirkan airmata dan menghidupkan jiwa anak muda berumur 22 tahun ketika itu, sehingga ianya masih lekat dibenak hatiku, mudah2an terus menjadi obor perjuangan dakwahku, inshaAllah. Pesanan itu seperti berikut :

"Saya boleh bayangkan seorang mujahid sebagai seorang yang menyediakan dirinya, menyiapkan bekalannya. Pemikirannya menguasai segenap lipatan jiwa dan sudut didalam hati. Ia sentiasa berfikir, sangat perihatin, sentiasa bersedia, jika diseru ia sahut, jika dipanggil dia jawab. Keluar masuknya pada waktu pagi dan petang, percakapan, perbualan, serius dan gurauannya tidak keluar dari medan persiapannya. Ia tidak lakukan sesuatu kecuali dalam bidang yang ia wakafkan hidup dan kehendaknya, serta berjihad di jalannya. Anda dapat membaca dari kedut-kedut diwajahnya, dapat melihat pada sinar matanya, mendengar daripada kepetahan lidahnya apa yang membuatkan kamu mengerti perasaan yang bergelumang didalam hatinya, memendam keperitan dan kesedihan, juga limpahan keazaman yang benar, himmah yang tinggi dan matlamat yang jauh di dalam jiwanya."

Ya Allah...berilah aku kekuatan ini, inshaAllah, juga kepada mereka yang bersama-samaku.

p/s sekejap lagi akan ke Kota Bharu...tetapi 10 jam lagi perlu kembali semula ke Dungun untuk bersama membina 'rijaal remaja'

Friday, January 06, 2006

Erti pengorbanan

Sejak mula masuk 1 Zulhijjah lagi aku banyak merenung makna dan erti pengorbanan... alhamdulillah telah kutempah bahagian korbanku kali ini bersama kariah Surau Bangi Perdana..

Erti pengorbanan ini ditunjukkan kepada kita dengan kisah Nabi Ibrahim a.s. dengan kedua-dua isterinya Sarah dan Hajar.. Ibrahim a.s. kekasih Allah menerima wahyu untuk menghantar isteri mudanya Hajar bersama anaknya Ismail a.s. ke satu kawasan padang pasir yang kering kontang...dengan penuh keberatan...kembali berada bersama Sarah yang akhirnya juga dikurniakan oleh Allah seorang anak, Ishak a.s., yang daripadanya lahir ramai para anbiya' yang diutuskan kepada Bani Israel..disini pengorbanan Ibrahim a.s. dan Hajar diuji dengan hebatnya..kerana menunaikan perintah Allah dan meninggalkan perasaan cinta kepada sesama manusia..mana suami, mana isteri yang sanggup berkorban seperti pengorbanan Ibrahim a.s. dan Hajar.

Sekali lagi diuji dengan ujian yang maha berat iaitu menyembelih anaknya Ismail a.s. di dalam pusingan kedua...Kecintaan kepada dunia dikorbankan kerana memenuhi perintah Ilahi..mana ayah dan ibu yang sanggup menghadapi ini semua?

Tadhiyyah amat diperlukan didalam perjuangan...korban harta, masa, tenaga, wang ringgit, hawa nafsu, isteri, suami, anak-anak, malah nyawa...demi Islam yang tercinta. Kata a-Banna di dalam Risalah Ta'alim nya :
" Berkorban yang saya maksudkan ialah menyumbang jiwa, harta, masa dan nyawa serta segala-galanya demi mencapai matlamat. Di dunia ini tiada jihad yang tidak menuntut pengorbanan. Segala pengorbanan yang disumbangkan demi gagasan ini tidak akan disia-siakan sebaliknya akan dibalas dengan ganjaran yang lebih besar dan pahala yang lebih baik. Siapa yang tidak mahu berkorban bersama kita, dia akan menanggung dosa."

Menyelami erti pengorbanan menuntut keikhlasan dan membezakan kecintaan kita kepada dunia atau kepada Allah Yang Maha Esa..

Pelajarilah lagi erti kesabaran

Pagi ini akan kuteruskan agenda dakwah remaja seperti dirancang. Bila ikhwah sebut yang kita kena ada modul pembangunan remaja semasa SPR 2005 baru-baru ini, terdetik di hati kecil ku siapa pula yang akan 'take-up the challenge' melainkan yang diberikan amanah Pengerusi JKPRN sendiri..dalam banyak hal dalam memimpin dakwah ini, kita seringkali sendirian kerana ramainya yang bersikap suka kepada sesuatu keadaan tetapi tidak berusaha mendapatkannya atau 'wishful thinking'..yang penting dalam memimpin, kita perlu mulakan yang 'belum terfikir untuk dimulakan oleh orang lain'...tetapi bila kita telah mulakan, mereka akan berkata, "oh ya..memanglah"...

hari ini juga aku akan mulakan hijrah ke tempat persinggahan baru...mencari ruang untuk rehat sebentar di sebuah rumah yang sementara sifatnya..cuma rumah ini harus berbeza daripada rumah sebelumnya...rumah yang penuh rahmat dek kerana sifatnya mengumpul insan yang sudi bersama dengan dakwah ini..oh ye...kata zaujah, "meramaikan lelaki dalam JIM.."

ya Allah..permudahkanlah urusan hamba-Mu..dengarilah isihati ini.

Pages