Program Semarak Ramadan IKRAM Kemaman 1433H

Mari bersama-sama meningkatkan amalan dan memberikan sumbangan kepada mereka yang lebih memerlukan..

Infaq fi sabilillah

Dan kelak akan dijauhkan daripada neraka orang yang paling bertakwa iaitu orang yang menafkahkan hartanya untuk membersihkan dirinya... (QS Al-Lail : 17-20)

Suburkanlah iman

Jadikan Ramadan sebagai bulan madrasah jiwa dan ruhani..

Remaja Raikan Ramadan

Nantikan kemunculannya di lokaliti-lokaliti terpilih seluruh Kemaman!

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions..

Friday, March 03, 2006

Setelah empat bulan....lazimilah wahai diriku..

Hari ini 3 Safar 1427H, aku berjaya menamatkan tilawah al-quran sejak berakhirnya Ramadhan yang lalu...mmm...belum berjaya melepasi sasaran untuk khatam 2 bulan sekali...namun azam perlu diteruskan...hari ini setelah empat bulan berlalu, diharap mampu ku islahkan kualiti kearah sasaran asal...Ya Allah, berilah kekuatan kepada hamba-Mu ini....doa-doa khatam al-Quran yang kubaca selepas solat asar di surau tadi daripada al-Quran kecil yang dihadiahkan oleh temanku amat bermakna dan mendalam sekali maksud2nya..

Moga hari esok lebih baik daripada hari ini...

"Ya Allah, rahmatilah kami dengan al-Quran dan jadikanlah al-Quran itu pemimpin, petunjuk da rahmat. Ya Allah, ingatkanlah kami apa yang telah kami lupakan dari al-Quran. Ajarilah kami dari al-Quran apa yang belum kami ketahui. Berilah kami kemampuan membacanya sepanjang malam dan siang, dan jadikanlah al-Quran itu hujjah bagi kami(dapat menyelamatkan kami) dan jangan Engkau jadi hujjah bagi kami (menyeret kami ke neraka). Dengan rahmat-Mu Ya Allah."

"Aku memohon agar Engkau menjadikan al-Quran sebagai penyubur hati kami, cahaya dada kami, dan pembasmi gundah gulana kami dan jadikan kami termasuk orang-orang yang mencintai al-Quran, yang mana mereka adalah keluarga-Mu dan orang-orang pilihan-Mu Ya Allah."

"Ya Allah jadikanlah kami termasuk orang-orang yang membaca al-Quran kemudian dapat meningkat (kehidupan kami) dan jangan Engkau jadikan kami orang-orang yang membaca al-Quran kemudian kami sengsara.

Thursday, February 02, 2006

Catatan 2 Muharam 1427H

Banyak perkara di dalam fikiranku sejak beberapa minggu ini…hinggakan hampir tak ku sedari telahpun memasuki tahun baru hijrah…tak sempat nak buat apa2 tazkirah sempena hijrah buat diriku, isteri, anak-anak dan mereka yang mendapat tempat di dalam perkiraan hidupku..cuba sebentar selepas solat maghrib-isyak berjamaah di hari pertama tahun baru sebagai tanda ingat buat semua..

Cabaran di pejabat semakin mencabar…kadang2 peristiwa yang tidak menyenangkan hati menyebabkan hilang sabar dibuatnya…Cuma bila ia berlaku, aku tertanya-tanya adakah aku telah laksanakan tuntutan dakwahku kepada semua lapisan manusia yang di dalam lingkunganku? Sekali-sekala tanya dan kongsi teman-teman rapat termasuk zaujahku untuk dapat kekuatan…paling kurang nasihat dan pedoman mereka yang boleh mengurangkan tekanan kerja dan mencari jalan keluar..Tazkirah selepas maghrib oleh imam surau Bangi Perdana semalam sedikit sebanyak merawat jiwa dan meletakkan semula asas-asas perkiraan dalam menentukan panduan mukmin…takut sekali berbuat zalim kepada sesama manusia…takut jadi muflis di akhirat kelak..

Cuti tahun baru Cina kali ini terasa begitu pantas….tiga-empat hari bersama keluarga ku rasa tidak puas…alangkah baiknya kalau aku dapat bersama mereka lebih lama lagi..namun perlu kuimbangi juga dengan tuntutan kerja dan dakwah di medan…akan ku cari masa buat kalian lagi inshaAllah..

Pagi tadi sempat ku teruskan agenda riadah mingguan ku…alhamdulillah…dah lama tak test….kali ini ada teman yang tolong jadi pengukur…11min 56 saat utk larian 2km merupakan kedua terbaik setakat ini..Moga kekuatan ini terus dibina demi satu perjuangan yang lebih mulia..

Sempat muzakarah panjang dengan akh Muzahar di Kemasik…dlm pemusafiran kami tadi, singgah makan malam bersama beliau…Emm…baru sampai ke Dungun sebentar tadi…nasib baik akh Ammar sudi menjadi driver ku sepanjang hari…esok aku berazam untuk berpuasa….sasaran tiga hari setiap bulan…Ya Allah, kurniakanlah hamba-Mu ini kekuatan mujahadah…

Sunday, January 22, 2006

Menjelang Permulaan & Penghujung Tahun

22 Januari 2006...22 Zulhijjah 1426...permulaan dan penghujung untuk dua tahun....kiraan syamsiah dan qamariah...yang penting kehidupan yang sementara ini perlu dimanfaatkan sepenuhnya dengan amal-amal soleh...

Merenung pencapaian setahun yang berlalu....sudah pasti memotivasi diri untuk terus lebih maju..bab kata buku yang terdampar di lantai bilik ini...La Tahzan...Jangan Bersedih..Don't Be Sad..."semangat dan azam untuk hidup hari ini tanpa kesedihan, tanpa keresahan, tanpa kemarahan, tanpa kedengkian dan tanpa kebencian".

Oh lupa...Gong Xi Fa Chai...

Thursday, January 19, 2006

Mohon Petunjuk

Antara doa yang kuamalkan sepanjang aku mengenali dakwah di UK hingga ke hari ini ialah doa mohon petunjuk iaitu selepas solat istikharah dua rakaat :

"Ya Allah, sesungguhnya aku meminta pilihan yang tepat kepada-Mu dengan ilmu-Mu dan aku memohon kekuatan (untuk menyelesaikan permasalahanku) dengan kekuasaan-Mu. Aku memohon kepada-Mu anugerah-Mu yang Maha Agung, sesungguhnya Engkau berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa. Engkau mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui, dan Engkau Maha Mengetahui perkara-perkara yang ghaib.

"Ya Allah, jika Engkau mengetahui permasalahan ini - ...... - baik bagiku, untuk agamaku, kehidupanku dan akibatnya terhadap diriku (di dunia dan di akhirat), maka takdirkanlah hal itu untukku dan mudahkanlah hal itu untukku, kemudian berkahilah aku padanya.

"Dan jika Engkau mengetahui permasalahan ini jelek bagiku, untuk agamaku, kehidupanku dan akibatnya terhadap diriku (di dunia dan di akhirat), maka jauhkanlah hal itu dariku dan jauhkanlah aku darinya, dan takdirkanlah untukku kebaikan dimana sahaja kebaikan itu berada, kemudian redhailah aku padanya."

(hadis riwayat Bukhari (VIII/146) dari Jabir bin Abdillah r.a.)

Ameen...

Friday, January 13, 2006

Ikhlaskanlah Dirimu Dalam Perjuangan

Di pagi jumaat ini, teringat aku kepada sebuah pengisian yang diberikan oleh salah seorang murabbi utamaku ketika di England iaitu akh Abu Iman, di program tamrin siswazah rantau London & Selatan yang aku sendiri ketika itu menjadi Pengarah Programnya, sekitar tahun 1991. Peringatan beliau tentang pesanan al-Banna itu cukup mengesani diriku sehingga mengalirkan airmata dan menghidupkan jiwa anak muda berumur 22 tahun ketika itu, sehingga ianya masih lekat dibenak hatiku, mudah2an terus menjadi obor perjuangan dakwahku, inshaAllah. Pesanan itu seperti berikut :

"Saya boleh bayangkan seorang mujahid sebagai seorang yang menyediakan dirinya, menyiapkan bekalannya. Pemikirannya menguasai segenap lipatan jiwa dan sudut didalam hati. Ia sentiasa berfikir, sangat perihatin, sentiasa bersedia, jika diseru ia sahut, jika dipanggil dia jawab. Keluar masuknya pada waktu pagi dan petang, percakapan, perbualan, serius dan gurauannya tidak keluar dari medan persiapannya. Ia tidak lakukan sesuatu kecuali dalam bidang yang ia wakafkan hidup dan kehendaknya, serta berjihad di jalannya. Anda dapat membaca dari kedut-kedut diwajahnya, dapat melihat pada sinar matanya, mendengar daripada kepetahan lidahnya apa yang membuatkan kamu mengerti perasaan yang bergelumang didalam hatinya, memendam keperitan dan kesedihan, juga limpahan keazaman yang benar, himmah yang tinggi dan matlamat yang jauh di dalam jiwanya."

Ya Allah...berilah aku kekuatan ini, inshaAllah, juga kepada mereka yang bersama-samaku.

p/s sekejap lagi akan ke Kota Bharu...tetapi 10 jam lagi perlu kembali semula ke Dungun untuk bersama membina 'rijaal remaja'

Pages