Program Semarak Ramadan IKRAM Kemaman 1433H

Mari bersama-sama meningkatkan amalan dan memberikan sumbangan kepada mereka yang lebih memerlukan..

Infaq fi sabilillah

Dan kelak akan dijauhkan daripada neraka orang yang paling bertakwa iaitu orang yang menafkahkan hartanya untuk membersihkan dirinya... (QS Al-Lail : 17-20)

Suburkanlah iman

Jadikan Ramadan sebagai bulan madrasah jiwa dan ruhani..

Remaja Raikan Ramadan

Nantikan kemunculannya di lokaliti-lokaliti terpilih seluruh Kemaman!

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions..

Thursday, December 29, 2005

Cintailah Diri Sendiri

Teringat-ingat akan peringatan ini yang merupakan sabda Rasul s.a.w. :
Mafhumnya :
"Tidak beriman seorang daripada kamu sehinggalah dia cinta kepada saudaranya apa yang dicintai untuk dirinya sendiri"
(Muttafaqun'Alaih)
Puas juga kumenung dan kucari..akhirnya ketemu juga dengan sedikit kupasan Sheikh Dr Muhammad Ali al-Hashimi di dalam kitabnya "Syakhsiyyah al-Mar atul Muslimah" pagi tadi (secara tidak sengaja kuambil daripada koleksi pustaka keluarga)
Beliau juga mengingatkan kita akan ayat Allah SWT di dalam surah al-Hujurat :
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara..."
Apakah mungkin perkara ini hanya dapat kita praktiskan apabila ia sesuai dan menepati kehendak kita? Adakah adil untuk dipaksakan ke atas yang lain agar menerima perkara ini sedangkan yang jelas akan memperoleh keuntungan darinya adalah diri kita sebenarnya? Banyak lagi pedoman & penawar yang perlu kucari. Moga aku terus menghayati peringatan ini. Juga buat mereka yang membacanya. InshaAllah.

Saturday, December 17, 2005

SPR 2005..

Alhamdulillah selesai sudah satu tugasan yang bagiku cukup penting dan strategik demi menjayakan aktivisme dakwah remaja bersama JKPR pada tahun 2006 nanti iaitu Seminar Pembangunan Remaja JIM Terengganu petang tadi...penatnya cukup terasa hinggakan terpaksa mencuri utk lena sebentar semasa rakan peserta sibuk membincangkan strategi2 JKPR utk tahun 2006...

Meletihkan kerana dari ptg khamis hingga pagi jumaat bersama anak-anak remaja yang akan ke X-REK Pusat...bersama dgn sesi latihan terakhir di al-amin kerteh..

Muzakarah yg cukup bermakna buat diriku...moga Allah SWT teruskan permudahkan segala urusan..

Sunday, December 11, 2005

Catatan Kelana X-REK KRJ Ganu 2005

..kembali dari Kota Bharu dengan perasaan yang bercampur-campur. Namun, kehadiran anak usrahku iaitu akh Ammar, melegakan perasaan sendirian di dalam perjalanan. Beliau merupakan pelajar Tingkatan 4 SM Teknik Dungun yang tinggal kebetulan di DUN Pengkalan Pasir...keluarga beliau juga mula ku kenali sejak ziarah ke rumah beliau pada pertengahan bulan November yang lalu..malah keluarga beliau menghantar beliau ke KB Mall, tempat aku menjemput beliau untuk bersama berkelana ke Dungun, Terengganu untuk menyertai XPDC Remaja Kental (X-REK) anjuran KRJ Terengganu.

..sepanjang perjalanan KB-Dungun dalam hujan renyai2, ku lihat banjir mula melanda kawasan2 pesisiran sungai. Hujan begitu lebat sejak selepas pilihanraya kecil. Sempat juga aku berbalas2 sms dengan zaujah yang kini telah sampai ke Sg Petani untuk PPN JIM 2005. Nampak anak usrahku kurang selesa aku bersms sambil memandu...he he...dia belum kenal lagi naqibnya ni..

..alhamdulillah, ketibaan kami di SRIAAD telah disambut oleh ikhwah akhawat penganjur dan peserta program. akh Din kata so far dekat 30 orang sudah mendaftar..alhamdulillah. Banner X-REK menarik sekali dengan background Gunung Everest sewaktu winter! Hai..kalau ye pun jangan la ambil yg luar negara punyer...ini Bukit Bauk je..tapi aku pernah sebut pada sorang teman yang Bukit Bauk ni anggap je la mcm Gunung Fuji ke...rasala mcm mencabar sket!

..program X-REK 2005 selesai disempurnakan. Majlis penutup bersama SU JIM Terengganu, Ust Muzahar (juga perasmi pembukaan pd hari khamis lepas) berjalan lancar walaupun semua keletihan dengan XPDC mendaki Bukit Bauk yg terletak lebih kurang 5km dari SRIAAD. Perjalanan pulang cukup memenatkan kerana terpaksa 'menapak' dari kaki bukit ke SRIAAD di waktu tengahari (nasib baik cuaca mcm 'winter' je cuma tak hujan). Sempat post-mortem ngan semua AJK dan respons peserta dalam borang muhasabah cukup baik.

..selepas ini persediaan ke-2 sebagai persiapan ke X-REK Pusat pada 23-25 Dis ni..KRJ Ganu akan hantar sekurang2nya 1 pasukan iaitu 3 lelaki & 3 perempuan. So far, seramai lebih kurang 10-15 orang remaja Tingkatan 2-3 telah menyatakan minat mereka untuk hadir ke sesi latihan ke-2 di SRIAA Kerteh pula (kemungkinan nak ke Pusat Rekreasi Air Menderu pula) pada 15-16 Dis...do'akan moga dipermudahkan dan terus diberkati usaha2 tarbiah & dakwah remaja ini..

Temerloh (baru sampai dr Kerteh..of course dah terlena di R&R Gambang td)
11 Dis 2005

Friday, December 09, 2005

Usul 20 al-Banna

Prinsip pertama: Islam adalah sistem hidup syumul,mencakupi seluruh bidang kehidupan,iaitu: 1.Negara & tanah air @ kerajaan & umat. 2.Akhlaq & kekuatan @ rahmah & keadilan. 3.Kebudayaan & undang2 @ ilmu & kehakiman. 4.Meterial & kekayaan @ hasil usaha & kecukupan. 5.Jihad & dakwah @ tentera & fikrah. 6.Sepertimana ia adalah aqidah yang sebenar & ibadat yang sahih,sama sahaja tanpa ada perbezaan.

Prinsip kedua: Al-Qur'an al-Karim & al-Sunnah yang suci adalah sumber rujukkan bagi semua muslim untuk mengetahui hukum-hakam agama Islam.Al-Qur'an di fahami selari dengan kaedah bahasa Arab tanpa memberat-beratkan & membuta tuli serta memahami hadis yang suci bersumberkan perawi2 yang thiqah.

Prinsip ketiga: Pada iman yang benar & ibadat yang sahih serta mujahadah terdapat nur & kemanisan yang dicampakkan oleh Allah kedalam hati dikalangan hambaNya,menurut siapa yang dikehendaki.Namun,iham,lintasan hati,kasyaf (pandang tembus) & mimpi bukanlah dalil2 (hujah) bagi hukum syara'.Ia tidak diambil kira melainkan dengan syarat ia tidak bertembung dengan hukum-hakam agama & nas2nya.

Prinsip keempat: Tangkal azimat,jampi serapah,al-wad',al-ma'rifah,tukang tilik & dakwaan mengatahui perkara ghaib semuanya adalah perkara mungkar yang wajib diperangi kecuali ia mengandungi ayat al-Qur'an @ mentera yang ma'thur.

Prinsip kelima: Pandangan imam (pemerintah) @ timbalannya pada perkara yang tidak mengandungi nas,@ pada perkara yang boleh diandaikan beberapa wajah pendapat @ mengandungi "masalih mursalah" boleh dipraktikkan selagi tidak bertembung dengan kaedah syara'.Adakalanya ia berubah bergantung kepada keadaan,uruf & adat. Prinsip asal ibadat ialah ta'abbut tanpa menghiraukan makna2,& prinsip asal adat ialah melihat kepada rahsia2,hikmah & tujuannya.

Prinsip keenam: Pandangan setiap orang boleh diterima & ditolak kecuali Nabi yang maksum saw.Setiap apa yang datang dari salafussalih,yang selari dengan kitab & sunnah adalah diterima.Jika tidak maka kitab & sunnah adalah lebih utama diikuti.Kita tidak menyarankan sebarang tuduhan @ kecaman kepada peribadi tertentu pada masaalah yang diperselisihkan.Terserah pada niat mereka,apa yang mereka lakukan telah berlalu.

Prinsip ketujuh: Setiap muslim yang tidak mencapai tahap mampu meneliti dalil2 bagi hukum-hakam cabang hendaklah mengikuti imam (mujtahid) agama.Ada baiknya juga,disamping ikutan ini,ia berijtihad sekadar termampu untuk mengetahui dalil2 (hukum-hakam agama).Ia juga hendaklah menerima tunjuk ajar yang berserta dalil2,sekiranya pasti kebaikkan mereka & keilmuannya.Jika ia dari kalangan ilmuan maka hendaklah ia menampung segala kekurangan ilmiyyah sehingga ia mampu untuk sampai martabat mampu meneliti (hukum-hakam).

Prinsip kelapan: Perselisihan fiqh pada perkara cabang tidak seharusnya menjadi punca perpecahan dalam agama & mengheret kepada permusuhan & saling benci membenci.Setiap mujtahid mendapat ganjarannya.Tiada salahnya membuat penjelasan ilmiyyah pada masaalah perselisihan di bawah naungan rasa mahabbah kerana Allah SWT & saling tolong-bantu untuk mencapai hakikat (kebenaran) tanpa mengheret kepada perdebatan yang tercela & rasa ta'assub.

Prinsip kesembilan: Setiap permasaalahan yang tidak mendorong kepada amal,berkecimpung kedalamnya adalah antara perbuatan memberat-beratkan yang ditegah oleh syara'.Antaranya:Memperbanyakkan cabang2 hukum-hakam yang masih belum berlaku & melibatkan diri kepada makna2 ayat al-Qur'an yang masih belum tercapai oleh ilmu & membicarakan kelebihan antara para sahabat & perselisihan antara mereka.Setiap mereka mempunyai kelebihan mendampingi Rasul & menerima ganjaran niat mereka,(lebih2 lagi) terdapatnya banyak pandangan/pilihan dalam menta'wil (isu ini).

Prinsip kesepuluh: Mengenal Allah dan mentauhidkan dan mensucikanNya adalah kemuncak aqidah Islam.Kita mengimani ayat2 sifat dan hadis2 yang sahih serta apa2 tasyabuh (penyerupaan) yang layak bagi Allah sepertimana datangnya,tanpa menta'wil dan ta'til (menafikan).Kita tidak mendedahkan diri kepada sesuatu yang terdapat padanya perselisihan antara ulama'.Sudah cukup untuk kita dengan apa yang dicukupkan oleh Rasul.Allah SWT berfirman yang bermaksud:"Dan orang2 yang mendalam ilmunya berkata kami beriman dengan semuanya (ayat2 yang mutasyabihat) dari Tuhan kami". (Surah Ali-Imran 7).

Prinsip kesebelas: Setiap bid'ah yang ada dalam agama Allah yang tiada asal prinsip,manusia menganggapnya baik menurut hawa nafsu mereka,sama ada menambah atau mengurang,merupakan satu kesesatan yang wajib diperangi.Kita mesti menghapuskannya dengan cara terbaik yang tidak membawa kepada malapetaka yang lebih buruk.

Prinsip keduabelas: Bid'ah idhafiyyah,tarkiyyah dan beriltizam dengan ibadat yang mutlak merupakan perselisihan fiqh.Semuanya terdapat pandangan ulama' dan tidak mengapa kita mencari hakikat dengan dalil dan bukti.

Prinsip ketigabelas: Mengasihi,menghormati dan memuji orang salih lantaran amalan baik mereka adalah merupakan qurbah (menghampirkan) diri kepada Allah.Para auliya' ialah mereka yang dinyatakan pada Firman Allah:"Mereka yang beriman dan bertaqwa kepada Allah."Karamah mereka adalah thabit dengan syarat2 yang syarie.Disamping itu,kita beriktikad mereka tiada kuasa memberi manafaat dan mudarat kepada diri mereka sendiri sama ada semasa hidup atau selepas mereka mati.Lebih2 lagi untuk menghulurkan itu semua kepada orang lain.

Prinsip keempat belas: Menziarahi kubur walau bagaimana keadaan sekalipun adalah sunnah yang disyariatkan dengan cara yang ma'thur.Tetapi meminta pertolongan kepada ahli kubur-walau siapapun mereka- menyeru mereka kerana perkara tersebut,meminta hajat dari mereka sama ada dari jauh maupun dekat,bernazar kepada mereka,menutupinya,menerangi dengan lampu,menyusapnya,bersumpah dengan selain Allah dan apa jua yang disertai dengan bid'ah merupakan dosa besar yang wajib diperangi.Kita tidak menta'wil terhadap amalan2 tersebut demi menutup fitnah (kemungkaran) yang lebih parah.

Prinsip kelima belas: Berdoa kepada Allah disamping bertawasul dengan salah satunya makhluk adalah perselisihan cabang (furu') dalam cara berdoa yang tidak termasuk dalam masaalah aqidah.

Prinsip keenam belas: 'Uruf yang pincang tidak akan mengubah hakikat lafaz2 syara'.Bahkan wajib mengenal pasti batas2 makna yang dikehendaki dengannya dan berhenti pada sempadannya.Sepertimana wajib berwaspada dari tipu-daya lafaz pada setiap perkara agama dan dunia.Kita mengambil kira 'benda' yang dinamakan (musammayat) bukannya nama itu sendiri.

Prinsip ketujuh belas: 'Aqidah adalah asas amalan.'Amalan hati lebih utama berbanding amalan anggota.Mendapat kesempurnaan dengan keduanya adalah dituntut pada syara' sekalipun terdapat perbezaan mertabat tuntutan tersebut.

Prinsip kelapan belas: Islam membebaskan aqal dan menggesa untuk memerhatikan alam semesta,menjunjung martabat ilmu dan alim ulama',serta mengalu-alukan perkara yang baik lagi manafaat.Hikmah adalah barang yang hilang daripada orang mukmin,sesiapa yang menemuinya maka dialah yang paling berhak terhadapnya.

Prinsip kesembilan belas: Adakalanya penelitian syara' tidak meliputi penelitian aqal dan demikian jualah sebaliknya.Namun keduanya tidak berselisih pada perkara qati'e (muktamad).Hakikat ilmiyyah yang sahih tidak bercanggah dengan kaedah syara' yang thabit.Dan setiap perkara dzanni dari keduanya ditakwilkan agar sejajar dengan perkara qati'e.Sekiranya keduanya adalah perkara dzanni maka pandangan syara'lah yang lebih utama untuk diikuti sehinggalah pandangan aqal itu thabit (kebenarannya) atau ia gugur dengan sendirinya.

Prinsip kedua puluh: Kita tidak mengkafirkan seorang Muslim yang mengucapkan dua kalimah syahadah dan beramal dengan segala tuntutannya,melaksanakan kefardhuan - dengan pandangan atau maksiat - melainkan: - Mengakui kalimah kufur. - Mengingkari perkara agama yang sedia dikatahui daruri. - Mendustakan Al-Qur'an yang jelas maknanya. - Menafsirkan menurut gambaran yang tidak sealiran dengan tata bahasa Arab pada semua keadaan. - Atau ia melakukan suatu amalan yang tidak dapat dianggapi (ditakwilkan) selain dari kufur.

Perkaya uslub dakwah

Uslub dakwah merupakan satu istilah yang tidak pernah lekang dari bibir setiap petugas dakwah. Boleh dikatakan setiap pendakwah mentafsirkan uslub dakwah menurut kacamata mereka masing-masing, sesuai dengan perkumpulan yang mereka wakili.

Justeru amat penting untuk kita merujuk kepada Al-Quran bagi menjamin seseorang pendakwah itu tidak menyeleweng daripada landasan penafsiran.

"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk." (Al-Nahl: 125)

Dari ayat di atas perkara pertama yang dapat kita fahami ialah perintah Allah swt kepada manusia untuk menyeru ke jalanNya. Persoalan uslub di dalam ayat di atas diletakkan selepas daripada seruan dakwah, ia menunjukkan bahawa uslub adalah perkara kedua.

Namun malangnya, apa yang berlaku dalam masyarakat hari ini ialah kecenderungan membincangkan uslub terlebih dahulu. Andai terus berselisih dalam persoalan uslub dakwah, bagaimana kita boleh bersatu dalam menjalankan tugas dakwah?

Usaha menentukan uslub siapa yang lebih betul sudah cukup membuang masa seseorang petugas Islam. Sedangkan Tuhan menyuruh kita memulakan tugas dakwah terlebih dahulu, kemudian dalam mengolah dakwah barulah timbul persoalan-persoalan itu.

Mungkin kita boleh merenung kembali petikan kata-kata Al-Maududi, sebagai panduan gerak kerja dakwah yang ideal;

Saudara-saudara yang mulia !
Di akhir ceramah ini, ingin saya sampaikan nasihat kepada saudara-saudara, iaitu janganlah saudara-saudara menjalankan kerja secara gerakan persatuan sulit (tanpa ada penyebaran umum dakwah) dan janganlah saudara-saudara menggunakan cara kekerasan senjata untuk mengubah suasana yang berlaku. Uslub ini termasuk dalam ertikata gopoh gapah yang tidak akan meninggalkan kesan yang baik.

Janganlah anda cuba-cuba untuk mencari jalan pendek, kerana uslub ini adalah lebih buruk akibatnya dan mendatangkan kemudaratan yang lebih besar daripada jalan yang lain. Sesungguhnya perubahan yang betul dan sihat yang telah dicapai di zaman dahulu, dan akan tercapai juga di zaman mendatang, ialah dengan kerja dakwah yang terus terang seterang matahari diwaktu tengah hari.

Oleh itu, anda mesti menyebar dakwah anda dengan cara terus terang. Anda mesti bangun bekerja memperbaiki jiwa dan akal fikiran manusia dengan kegiatan yang seluas mungkin.

Anda mesti menggunakan tenaga manusia untuk sampai kepada tujuan anda yang mulia itu dengan bersenjatakan akhlak yang menarik, nilai yang luhur, budi pekerti yang baik, nasihat yang bagus dan kebijaksanaan yang tinggi. Dan anda mesti menghadapi rintangan yang berbentuk ujian dan kesusahan sebagai pengadapan seorang pahlawan. Inilah jalan yang membolehkan kita melakukan perubahan secara radikal, yang kukuh asasnya, kuat umbinya dan besar pula faedahnya kepada umat yang lemah di hari ini. Riak gelombang semacam ini tidak dapat disekat oleh mana-mana kekuatan musuh.

Saya berani bertegas bahawa umat Islam yang kemudian ini tidak menjadi baik melainkan dengan mengamalkan ajaran yang telah diamalkan oleh umat Islam yang terdahulu. Adapun jika anda bergopoh gapah melakukan perubahan dengan menggunakan cara kekerasan, kemudian anda berjaya sedikit sebanyak dalam perubahan itu, maka kejayaan itu tak ubah seperti angin yang masuk melalui pintu dan keluar melalui jendela.

Nasihat ini saya sampaikan kepada setiap orang yang bekerja menyebar dakwah Islamiyyah, kerana ia adalah peringatan bagi orang yang mempunyai hati atau menggunakan pendengarannya sedang ia menyaksi.

Saya memohon kepada Allah supaya ia memperbetulkan kesalahan kita, mengilhamkan hidayah, taufik dan menolong kita dalam usaha meninggikan kalimahnya pada jalan yang Ia redai. Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik penolong.

Jelas, Al-Maududi menggariskan bagaimana teknik berdakwah secara hikmah, nasihat dan bertukar pandangan dengan cara yang baik merupakan jalan terbaik untuk menyeru manusia kepada Allah.

Justeru, gunakanlah sebaik-baik cara berhubung dengan tujuan untuk menjauhkan pendengar-pendengar yang didakwahkan daripada merasa bahawa pendakwah itu menyerang pegangan mereka. Perancangan cara begini adalah lebih kuat, berpengaruh dan berkesan. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka; dan katakanlah (kepada mereka) : Kami beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepada kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu; dan Tuhan kamu, juga Tuhan kamu, adalah Satu; dan kepadaNyalah, kami patuh dengan berserah diri." (Al-Ankabut: 46)

Inilah juga firman Allah s.w.t. kepada Nabi Musa a.s. dan saudaranya Harun a.s. ketika mereka diutuskan oleh Allah s.w.t. kepada Firaun yang sombong. Sungguhpun begitu, Allah s.w.t. memerintahkan mereka supaya berlemah-lembut. FirmanNya yang bermaksud:

"Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas dalam kekufurannya. Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut." (Taha: 43-44)

Apabila Allah s.w.t. menyatakan supaya dalam berbincang mestilah dengan cara yang baik, maka para da’i perlulah membuat persiapan terlebih dahulu dan segi hujah, latihan, teknik, berbincang yang terbaik, supaya lahir seorang da’i yang mempunyai karisma yang tinggi dalam berdiskusi.

Namun, sekiranya segala cara telah dilakukan namun mereka masih menolak dakwah maka para da’I tidak seharusnya dihantui oleh fikiran bahawa mereka telah gagal melaksanakan amanah melainkan meyakini soal hidayah adalah milik mutlak Allah!


Pages