Program Semarak Ramadan IKRAM Kemaman 1433H

Mari bersama-sama meningkatkan amalan dan memberikan sumbangan kepada mereka yang lebih memerlukan..

Sunday, September 30, 2012

Kepemimpinan Ummah - Satu Penilaian Semula Oleh Dr Tariq Al-Suwaidan

Alhamdulillah penamat bulan September ini kami berpeluang mendengar satu ceramah yang sangat menarik tentang kepemimpinan organisasi oleh penceramah dunia Islam terkenal Dr Tareq al-Suwaidan. Program ini anjuran Unit Kajian Dasar IKRAM Pusat. Saya fikir tajuknya sepatutnya "Kepemimpinan Ummah - Satu Penilaian Semula" tajuk asal " yang dinyatakan Pengerusi Majlis Hj Arifin...

Dakwah Kepada Belum Islam Bersama Ustaz Mohd Farhan Abdullah Al-Hafiz

Alhamdulillah selepas solat subuh di Surau Bangi Perdana pagi tadi 30 September 2012, kami ahli qariah berkesempatan mendengar satu kuliah subuh yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Farhan Abdullah al-Hafiz. Beliau pernah menjadi Pastor sebuah gereja di Kota Belud, Sabah dikenali sebagai Pastor Yohannes dan dilatih menjadi missionari Kristian sebelum memeluk agama Islam. Beliau...

Saturday, September 22, 2012

3MIT berjaya kumpul hampir 200 orang

Alhamdulillah Muzakarah Masyarakat Madani IKRAM Terengganu 2012 (3MIT) telah berjaya diadakan pada 21 September 2012 bersamaan 5 Zulkaedah 1433 di Dewan SRI Al-Amin Kerteh. Program anjuran Jawatankuasa Masyarakat Madani Negeri ini telah dirasmikan oleh Presiden IKRAM, Ust Dr Mohd Parid Sheikh Hj Ahmad. Beliau menyampaikan satu ucaptama bertajuk "Memimpin Ummah Memimpin Masyarakat"...

Wednesday, September 19, 2012

Muzakarah Masyarakat Madani IKRAM Terengganu (3MIT)

InshaAllah program julung-julung kali ini akan diadakan pada hari Jumaat 21 September 2012 di SRI Al-Amin Kerteh, Kemaman, Terengganu. Jemput semua hadir beramai-ramai...

Friday, September 14, 2012

Syawal Peluang Merapatkan Ukhuwah

Alhamdulillah sepanjang bulan Syawal ini banyak betul majlis jamuan hari raya. Memandangkan PRU13 hanpir tiba, inilah antara peluang terakhir untuk mendekati masyarakat dengan majlis-majlis seumpama ini. Saya sempat mengunjungi majlis jamuan hari raya di dua lokasi yang berbeza pada tarikh yang sama pada hari Sabtu 7 September yang lalu. Majlis yang pertama anjuran PAS DUN...

PSR 2012 Eratkan Kerjasama Agensi & NGO Islam, Bakal Diperluas Ke Seluruh Negeri

Pejabat Agama Daerah Kemaman dan Pertubuhan IKRAM Daerah Kemaman telah berjaya mengadakan majlis perasmian penutup Projek Semarak Ramadan 2012 (PSR 2012) di Dewan Pejabat Agama pada 12 September 2012 yang lalu. Program yang julung-julung kalinya diadakan di peringkat daerah Kemaman ini telah berjaya mengumpul sekitar RM70 ribu dan telah diagihkan dalam bentuk majlis berbuka puasa...

Wednesday, September 12, 2012

Majlis Perasmian Penutup PSR 2012

Dijemput semua hadir ke majlis ini bermula jam 10 pagi diikuti jamuan hari raya sehingga jam 2 petang di Dewan Besar Pejabat Agama Daerah Kemaman. ...

Tuesday, September 11, 2012

Pelan Pembangunan Pendidikan (PPP) 2013-2025

Sebentar lagi PM Najib Razak bakal melancarkan bacaan pertama Pelan Pembangunan Pendidikan (PPP) 2013-2025. Timingnya nampak tergesa-gesa mungkin kerana pengumuman bacaan pertama sebegini bagus untuk iklim politik menghadapi PRU13. Hari ini sahaja sudah keluar di dada akhbar bahasa Melayu tentang pujian daripada pakar antarabangsa walaupun ucapan PM belum bermula. Isu...

Monday, September 10, 2012

Ziarah Raya Ke Pejabat Agama Daerah Kemaman

Alhamdulillah pada 30 Ogos 2012 yang lalu saya berkesempatan membawa sahabat saya Ustaz Muzahar Hitam yang baru pulang dari misi ke Gaza, Palestin menziarahi Ustaz Hj Zulkefli Othman, Pegawai Agama Daerah Kemaman di pejabat beliau. Sejak kerjasama Pejabat Agama dengan IKRAM Kemaman di dalam Projek Semarak Ramadan 1433H Peringkat Daerah Kemaman (PSR 2012) yang lalu, perhubungan...

Pages