Tuesday, September 11, 2012

Pelan Pembangunan Pendidikan (PPP) 2013-2025

Sebentar lagi PM Najib Razak bakal melancarkan bacaan pertama Pelan Pembangunan Pendidikan (PPP) 2013-2025. Timingnya nampak tergesa-gesa mungkin kerana pengumuman bacaan pertama sebegini bagus untuk iklim politik menghadapi PRU13. Hari ini sahaja sudah keluar di dada akhbar bahasa Melayu tentang pujian daripada pakar antarabangsa walaupun ucapan PM belum bermula.


Isu pendidikan adalah isu yang sangat dekat dengan rakyat kerana semuanya perlu kepada pendidikan asas pengajian rendah, menengah hingga ke pengajian tinggi. Isu pendidikan sangat besar kesannya terhadap sosio ekonomi dan politik negara. Selain untuk memastikan generasi yang berdaya saing dan kompetitif di peringkat global, ianya juga mesti berakar kepada nilai agama dan budaya tempatan.

Negara kita ingin memastikan rakyat di negara ini berpendapatan tinggi menjelang 2020. Jika tahap kesenangan hidup diukur dengan pendapatan per kapita rakyat, tanda aras yang disasarkan ialah dari USD8,000 (atau RM24,000) setahun hari ini ke tahap USD15,000 setahun (atau RM45,000). Cuma tahap kesenangan bukan hanya pada pendapatan. Banyak lagi aspek lain yang perlu dilihat - kadar jenayah, gejala tidak sihat di kalangan masyarakat, alam sekitar dan lain-lain lagi.

Buku Jingga Pakatan Rakyat yang dikeluarkan pada Disember 2009 meletakkan satu aspek yang perlu dimartabatkan ialah kedudukan tahap pendidikan negara yang agak terkebelakang berbanding negara-negara seperti Singapura, Taiwan dan Korea Selatan. Pastinya kerajaan hari ini juga terkesan dengan manifesto PR ini sehingga usaha-usaha transformasi pendidikan dimulakan sejak September 2011 yang lalu termasuklah sesi Dialog Nasional Pendidikan Negara (DNPN) bagi mendapatkan input daripada orang ramai.

Ketua Pengarah Pelajaran Dato Abd Ghafar Mahmud dipetik berkata kementerian bakal memasukkan Pemikiran Aras Tinggi (High Order Thinking Skill) dalam sistem pendidikan negara supaya pelajar akan lebih jelas mengenai apa yang ingin disampaikan bukan sekadar faham dan hafal untuk menjawab soalan peperiksaan sahaja.

Kemana arahnya blueprint pendidikan negara selepas ini?


0 comments:

Pages