Sunday, September 30, 2012

Kepemimpinan Ummah - Satu Penilaian Semula Oleh Dr Tariq Al-Suwaidan

Alhamdulillah penamat bulan September ini kami berpeluang mendengar satu ceramah yang sangat menarik tentang kepemimpinan organisasi oleh penceramah dunia Islam terkenal Dr Tareq al-Suwaidan. Program ini anjuran Unit Kajian Dasar IKRAM Pusat. Saya fikir tajuknya sepatutnya "Kepemimpinan Ummah - Satu Penilaian Semula" tajuk asal " yang dinyatakan Pengerusi Majlis Hj Arifin Hassan iaitu "The Arab Spring : Lessons For Leadership Of Islamic Movement". Olahan ini dibuat memandang mesej utama yang ingin disampaikan oleh beliau berkisar kepada isu kepemimpinan yang perlu dinilai semula pengertian dan pemahamannya agar boleh diterap di dalam budaya kepemimpinan organisasi Islam hari ini. Pengamatan ini dibuat oleh beliau berdasarkan kajian saintifik bersandarkan al-Quran dan as-Sunnah serta penglibatan beliau di dalam kepimpinan organisasi Islam selama lebih 40 tahun. Sebelum itu, Naib Presiden IKRAM Hj Syed Ibrahim Syed Noh turut memberikan kata-kata aluan beliau mewakili IKRAM.


Sebelum itu beliau memberikan satu analogi salad yang tidak baik (bad salad) yang dihasilkan walaupun setiap bahan salad tersebut adalah yang terbaik. Namun bila dikumpul bersama, ianya masih tidak mampu menghasilkan sebuah salad yang baik. Beliau menyatakan secara umumnya permasalahan yang berlaku di dalam organisasi Islam berkisar kepada empat faktor iaitu tarbiah, sistem pengurusan, organisasi dan kepemimpinan. Tetapi bagi beliau the crux of the problems is actually centered on the issue of leadership. Oleh itu beliau mengupas isu kepemimpinan atau leadership ini.

Beliau memberikan definisi leadership as the ability to move people towards (achieving desired) goals. Kepemimpinan ialah satu keupayaan atau kemampuan seseorang pemimpin untuk membawa manusia mencapai matlamat-matlamat yang diingini.

Apakah yang dimaksudkan dengan kemampuan memimpin atau ability to lead ? Adakah ianya sesuatu bakat kelahiran semulajadi (inborne) pada diri manusia ataupun boleh dipelajari dan dikuasai (acquired)? Menurut kajian, hanya 1% manusia mempunyai bakat memimpin semulajadi ini dan 98% pula boleh dipelajari dan dikuasai. Manakala 1% lagi memang tidak boleh menjadi pemimpin. Beliau memberikan contoh borne leaders di kalangan sahabat ialah seperti Amru Al-As r.a. dimana Rasulullah s.a.w. memberikan masuliyyah memimpin misi perang selepas lima bulan masuk Islam berbanding sahabat besar seperti Abu Zar r.a. yang berilmu dan paling awal masuk Islam tetapi tidak diberikan mandat memimpin.

Beliau seterusnya mengupas ENAM isu utama berkisar kepemimpinan yang merupakan budaya yang banyak juga berlaku kesilapan di dalam organisasi Islam iaitu :-

1- Do not link leadership to knowledge. Menjadi satu trend untuk kita memilih seseorang itu menjadi pemimpin organisasi kerana kedudukan ilmu seseorang seperti memiliki title Phd, Professor atau Ustaz. Beliau memberikan contoh sahabat seperti Khalid al-Walid r.a. yang diberikan amanah memimpin misi ketenteraan walaupun beliau dikenali di kalangan sahabat sebagai yang kurang menghafal al-Quran (tidak menghafal Juz Amma).

2- Do not link leadership to seniority. Memilih pemimpin organisasi Islam tidak seharusnya disandarkan kepada senioriti seseorang di dalam organisasi tersebut. Rasulullah s.a.w. berjaya mengenalpasti kekuatan seseorang sahabat dan memberi amanah untuk memimpin bukan berdasarkan berapa lama seseorang itu masuk Islam.

3- Do not link leadership to taqwa. Satu lagi trend memilih kepemimpinan di kalangan syaikh atau masyaikh di dalam organisasi kerana dilihat lebih bertaqwa daripada orang lain. Sebenarnya taqwa itu di hati bukan pada panjangnya atau berubannya janggut seseorang. Beliau ada menyebut tentang keutamaan memberikan kepemimpinan kepada seorang al-fajir yang kuat daripada seorang yang at-taqi tetapi lemah di sudut kepemimpinannya.

4- Do not link leadership to age. Adalah menjadi satu kesilapan sekiranya pemilihan kepemimpinan organisasi Islam disandarkan kepada tahap umur seseorang. Penetapan tahap umur tertentu ini bukanlah menjadi ukuran di dalam tradisi kepemimpinan di zaman Rasulullah s.a.w. dan para sahabat r.a. Beliau menyebut antara lain contoh ialah seperti pemilihan Usamah bin Zaid r.a. untuk memimpin misi perang menentang Rom dimana antara sahabat yang tidak bersetuju pelantikan beliau ialah Umar al-Khattab r.a. sendiri tetapi beliau tetap akur dan bersama di dalam misi perang tersebut hatta di zaman khalifah Abu Bakr as-Siddiq r.a.

5- Do not link leadership to physical size. Kajian saintifik yang beliau lakukan menunjukkan tahap fizikal seperti tinggi rendah seseorang bukan ukuran kepada keupayaan seseorang untuk memimpin.

6- Do not link leadership to gender. Tahap keupayaan memimpin tidak seharusnya disandarkan kepada jantina seseorang. Beliau menyebut berdasarkan kajian, wanita mampu memimpin dengan lebih baik daripada lelaki kerana mereka 25% lebih kreatif daripada lelaki, memandang jauh ke depan terutama di dalam pendidikan anak-anak dan lebih suka untuk meminta pandangan orang lain (consultation) daripada lelaki dengan mengambil contoh kepemimpinan Ratu Balqis di dalam al-Quran.

Bagaimana mengenalpasti borne leaders di kalangan organisasi Islam? Ini penting bagi mengelakkan organisasi Islam menenggelamkan potensi ahli-ahli mereka untuk memimpin organisasi. Beliau meletakkan  EMPAT petanda borne leaders iaitu :-

1- mampu menganalisa (part of being smart) dan tinggi tahap curiosity.
2- mempunyai kemahuan tinggi di sudut menyampaikan idea, kritikan dan out-spoken.
3- mempunyai cita-cita tinggi (ambitious) adalah mereka yang mahu melakukan perubahan.
4- persekitaran kepemimpinan (leadership environment) seperti menjadi anak kepada pemimpin, keluarga yang kaya dan anak-anak yatim yang kematian bapa.

Bagaimana pula untuk menggerakkan manusia (termasuk ahli organisasi) mencapai visi dan matlamat? Beliau mengatakan tidak semestinya ahli perlu mengetahui matlamat yang ingin dicapai oleh sesebuah organisasi. Menurut kajian, manusia juga boleh digerakkan walaupun matlamat yang dicapai itu tidak baik. Dan sesebuah organisasi Islam sebenarnya mempunyai sumber dan keupayaan yang terhad. Tetapi di dalam meletakkan matlamat, mereka ingin buat semua perkara bagi mencapai visi. Ini banyak berlaku terutama bila organisasi Islam melakukan perancangan strategik. Ini berlaku mungkin kerana pemimpin organisasi beranggapan kesyumulan Islam itu menyebabkan mereka perlu berfikir untuk multiple-focused dan berusaha melakukan semua perkara sedangkan pada hakikatnya mereka tidak mempunyai sumber dan kekuatan untuk melakukan semua perkara. Sepatutnya tugas utama organisasi Islam ialah untuk melahirkan dan melatih pemimpin dan berikan empowerment kepada ahli untuk memimpin di bidang pengkhususan masing-masing.

Beliau juga mengajak kita berfikir dalam konteks kita adalah sebuah kerajaan dan bukannya kita sebagai sebuah organisasi. Dengan Tayyib Erdogan menjadi Presiden Turki berjaya menyelamatkan Turki sebanyak RM20 bilion setahun sebagai contoh di atas keupayaan kepemimpinannya.

Bagaimana seorang pemimpin mampu menggerakkan ahli-ahliya? Beliau menyebut ada LIMA keadaan dimana sekiranya seorang pemimpin itu memilikinya, maka beliau mampu menggerakkan orang lain iaitu :-

1- memberikan manfaat (benefits) kepada ahli untuk bergerak bersama. Beliau memberikan contoh selepas Fathul Makkah, ada dua orang yang tidak masuk Islam iaitu Ikrimah bin Abu Jahal dan Safwan bin Uyainah. Rasulullah s.a.w berusaha untuk memenangi hati Safwan dengan memberikan ganjaran ketika mereka bersama menyertai Perang Hunain walaupun masih kafir. Selepas perang yang menghasilkan ghanimah yang cukup banyak itu, Nabi s.a.w. memberikan ganjaran yang cukup besar kepada beliau dan diulangi sebanyak tiga kali sehingga akhirnya mereka masuk Islam.

2- memberikan ancaman akan kehilangan sesuatu untuk mendapatkan sokongan.

3- keupayaan pengucapan awam yang baik

4- kemampuan persuasive yang tinggi.

5- role model yang baik

Beliau juga mengaitkan semua perkara di atas dengan apa yang berlaku pada peristiwa Arab Springs dimana di dalam semua keadaan, organisasi Islam gagal pada peringkat awal untuk membuat keputusan yang bijak untuk memimpin dengan membiarkan orang lain ke hadapan.

Beliau berhenti dan tidak sempat mengulas LAPAN bentuk pengikut yang berbeza menurut situasi dengan mengambil antara lain contoh perbezaan di antara Saidina Abu Bakar r.a. dan Saidina Umar al-Khattab r.a.

Bagi yang hadir ke program ini mungkin boleh memahami lebih mendalam tentang apa yang ditulis di atas. Semalam di Masjid UPM Serdang sebahagian daripada kami juga sempat menekuni penyampaian beliau bertajuk " Strategic Change For The Muslim Ummah - Ideas For Today And Tomorrow " (dilampirkan pembentangan tersebut untuk rujukan) yang menggariskan pelan strategik lima fasa ke arah mewujudkan konfederasi negara-negara Islam menjelang tahun 2030. Ramai juga yang hadir termasuk para pelajar luar negara. Program ini dianjurkan IKRAM Daerah Sepang.



Kami tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan beliau. Boleh juga rujuk biodata beliau yang resourceful dan cemerlang di dalam wikipedia.


Semoga kita bertemu lagi di dalam sesi yang lain pula bersama beliau inshaAllah.
















0 comments:

Pages