Monday, November 14, 2005

Aku Kenal Islam Sebelum Mengenal Muslim...

Tertarik membaca perkongsian Dr Hishamudin Alham dalam naqibnet tentang perkongsian beliau berdakwah kepada seorang pengusaha kedai cermin mata berbangsa Cina dan beragama Buddist. Jadi kita pun nak kongsi gak la...

Pagi subuh Ahad 13 November, sengaja aku ke Masjid al-Kauthar Seksyen 4 Bandar Baru Bangi, kerana ingin mendengar kuliah fajar yang selalunya disampaikan oleh penceramah yang menarik...kalau tidak kunjunganku biasanya ke surau-surau berdekatan rumahku. Sebelumnya, tarbiah ramadhan masih terasa untuk aku terus bangkit menjadi 'mustaghfireena bil ashar'..dan terus berpagi-pagi ke rumah Allah. Moga terus istiqomah. Alhamdulillah...pilihan ku memang tepat agaknya..kali ini kuliah fajar diganti dengan satu sesi istimewa...perkongsian seorang saudara baru, Bilal namanya (seperti yang diperkenalkan imam selepas selesai solat & wirid)..seorang berbangsa Perancis yang tidak pula disebut nama asalnya..yang sedang bercuti di Malaysia dan akan kembali pulang ke tanahair beliau pada 18 November nanti..bekerja sebagai pemandu lori DHL di sana. Dalam bahasa Inggeris, beliau menyatakan di permulaan ucapan yang beliau cukup senang sekali berada bersama masyarakat Muslim di Malaysia...kerana beliau berpengalaman berada di negara-negara umat Islam yang lain seperti di Afrika. Beliau yang mempunyai dua orang adik beradik itu berlatarbelakangkan keluarga beragama Kristian Katolik tetapi tidak pernah diajar tentang agama sedari kecil. Malah beliau sendiri tidak ambil kisah tentang tuhan. Sehinggalah ketika usia remaja beliau sekitar 16-20 tahun, beliau mula bertanyakan beberapa persoalan asas tentang kehidupan. Ketika umur beliau 20 tahun sekitar tahun 1996, beliau berkesempatan bercuti di sebuah negara umat Islam di Senegal dan pengalaman yang tidak beliau lupakan ialah apabila beliau dihampiri oleh seorang tua yang menghadiahkan beliau senaskah al-Quran terjemahan bahasa Perancis. Sejak itu sekembali beliau ke negaranya, beliau mula membelek2 dan membaca makna-makna al-Quran hampir setiap hari sehingga semakin tertarik dengan makna-makna yang memberikan jawapan kepada persoalan-persoalan tentang kehidupan yang selama ini dicari beliau. Namun tiada siapa yang mengajarnya tentang Islam. Beliau mula berpuasa di bulan Ramadhan...(dengan nada jenaka, beliau kata 'saya kenali Islam dengan puasa terlebih dahulu sebelum syahadah kerana tidak tahu perlu bersyahadah terlebih dahulu). Suatu hari seorang Muslim yang beliau kenal tidak beramal dengan Islam(tidak solat) menyatakan kepada beliau bahawa buat apa berpuasa kalau anda tidak sembahyang!...lantas dia mula belajar solat dengan mempelajari daripada buku cara-cara solat yang dibelinya kerana tiada siapa yang mengajarnya cara yang sebenar...sehinggalah pada sekitar tahun 2001 beliau berkenalan dengan seorang Muslim yang kini menjadi rakan baik beliau yang mengajar beliau tentang Islam dan akhirnya beliau mengucap syahadah pada tahun yang sama...Bayangkan kata beliau, "saya mengambil masa hampir 5 tahun mengenali Islam tanpa mana-mana bantuan orang Islam yang lain".

Ini mengingatkan kita juga sejauhmana kita berkongsi tentang Islam dengan orang-orang bukan Islam yang lain sedangkan kita setiap hari berinteraksi dengan mereka.

Beliau menambah lagi tentang satu pengalaman menarik di Perancis khususnya bilangan peningkatan yang masuk Islam di kalangan rakyat Perancis. Kata beliau, ada seorang padri Kristian pemilik sebuah kedai buku, telah cuba untuk berdakwah kepada seorang Islam yang mengunjungi kedai beliau. Apabila berlaku perkongsian maklumat diantara keduanya, dengan izin Allah, paderi itu yang tertarik kepada Islam dan akhirnya memeluk agama Islam. SubhanalLah! Moga kita doakan agar beliau mampu berdakwah kepada keluarga beliau yang masih tidak boleh menerima hakikat beliau sudah masuk Islam terutama sekali ibu beliau.

Sempat juga aku bertanyakan soalan kepada beliau (biasala orang Melayu....itulah the only soalan kepada beliau pagi tersebut) di penghujung sesi. Beliau merumuskan, mungkin kalau beliau mengenali orang Islam sebelum mengenali Islam, beliau tidak akan tertarik dengan Islam...dan ini kata beliau masalah yang begitu menebal yang menghalangi orang bukan Islam untuk tertarik kepada Islam!

Jom kita kongsikan Islam dengan yang lain yang menanti-nantikan sentuhan iman kita!!

0 comments:

Pages