Program Semarak Ramadan IKRAM Kemaman 1433H

Mari bersama-sama meningkatkan amalan dan memberikan sumbangan kepada mereka yang lebih memerlukan..

Friday, August 11, 2006

Catatan pinggir Jakarta 02

Salam, Alhamdulillah selesai sudah urusan kerja ana di Jakarta semalam bersama PETRONAS HSE Forum di Hotel Mulia. Banyak networking yang dibina, baik urusan niaga maupun urusan dakwah. Hari Ahad yang lepas, usai pertemuan dengan Pak Prie, kami berdua menyertai demontrasi sejuta umat menentang kezaliman Israel di jalanraya utama di Jakarta sehingga ke Kedutaan Amerika. Demo yg digerakkan oleh ikhwah PKS dengan kerjasama semua pihak berjalan dengan aman dan berjaya sekali. Satu pengalaman yang cukup menarik dan terharu melihat ribuan anak muda dan...

Catatan pinggir Jakarta 01

Salam, Alhamdulillah, mula menjejak kaki ke Jakarta semalam di Soekarno-Hatta Airport untuk urusan kerja setelah dihantar isteri tercinta serta anak-anak di LCC dengan penerbangan AirAsia. Cuma anak pertama, Maryam sahaja yang tidak dapat bersama. Sempat juga menjenguk anak sulung ana ini menyertai perkhemahan bulanan di tapak SRI Al Amin Bangi semalam...tengok anak-anak ditarbiah memasak oleh mu'alimah dengan kadar amat sederhana..moga mengajar anak2 ini hidup sedikit susah. Inilah kali pertama ana sampai di Jakarta. Sesampai di Hotel Mulia (hotel...

Friday, March 03, 2006

Setelah empat bulan....lazimilah wahai diriku..

Hari ini 3 Safar 1427H, aku berjaya menamatkan tilawah al-quran sejak berakhirnya Ramadhan yang lalu...mmm...belum berjaya melepasi sasaran untuk khatam 2 bulan sekali...namun azam perlu diteruskan...hari ini setelah empat bulan berlalu, diharap mampu ku islahkan kualiti kearah sasaran asal...Ya Allah, berilah kekuatan kepada hamba-Mu ini....doa-doa khatam al-Quran yang kubaca selepas solat asar di surau tadi daripada al-Quran kecil yang dihadiahkan oleh temanku amat bermakna dan mendalam sekali maksud2nya..Moga hari esok lebih baik daripada hari...

Thursday, February 02, 2006

Catatan 2 Muharam 1427H

Banyak perkara di dalam fikiranku sejak beberapa minggu ini…hinggakan hampir tak ku sedari telahpun memasuki tahun baru hijrah…tak sempat nak buat apa2 tazkirah sempena hijrah buat diriku, isteri, anak-anak dan mereka yang mendapat tempat di dalam perkiraan hidupku..cuba sebentar selepas solat maghrib-isyak berjamaah di hari pertama tahun baru sebagai tanda ingat buat semua..Cabaran di pejabat semakin mencabar…kadang2 peristiwa yang tidak menyenangkan hati menyebabkan hilang sabar dibuatnya…Cuma bila ia berlaku, aku tertanya-tanya adakah aku telah...

Sunday, January 22, 2006

Menjelang Permulaan & Penghujung Tahun

22 Januari 2006...22 Zulhijjah 1426...permulaan dan penghujung untuk dua tahun....kiraan syamsiah dan qamariah...yang penting kehidupan yang sementara ini perlu dimanfaatkan sepenuhnya dengan amal-amal soleh...Merenung pencapaian setahun yang berlalu....sudah pasti memotivasi diri untuk terus lebih maju..bab kata buku yang terdampar di lantai bilik ini...La Tahzan...Jangan Bersedih..Don't Be Sad..."semangat dan azam untuk hidup hari ini tanpa kesedihan, tanpa keresahan, tanpa kemarahan, tanpa kedengkian dan tanpa kebencian".Oh lupa...Gong Xi Fa...

Thursday, January 19, 2006

Mohon Petunjuk

Antara doa yang kuamalkan sepanjang aku mengenali dakwah di UK hingga ke hari ini ialah doa mohon petunjuk iaitu selepas solat istikharah dua rakaat :"Ya Allah, sesungguhnya aku meminta pilihan yang tepat kepada-Mu dengan ilmu-Mu dan aku memohon kekuatan (untuk menyelesaikan permasalahanku) dengan kekuasaan-Mu. Aku memohon kepada-Mu anugerah-Mu yang Maha Agung, sesungguhnya Engkau berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa. Engkau mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui, dan Engkau Maha Mengetahui perkara-perkara yang ghaib."Ya Allah, jika Engkau...

Friday, January 13, 2006

Ikhlaskanlah Dirimu Dalam Perjuangan

Di pagi jumaat ini, teringat aku kepada sebuah pengisian yang diberikan oleh salah seorang murabbi utamaku ketika di England iaitu akh Abu Iman, di program tamrin siswazah rantau London & Selatan yang aku sendiri ketika itu menjadi Pengarah Programnya, sekitar tahun 1991. Peringatan beliau tentang pesanan al-Banna itu cukup mengesani diriku sehingga mengalirkan airmata dan menghidupkan jiwa anak muda berumur 22 tahun ketika itu, sehingga ianya masih lekat dibenak hatiku, mudah2an terus menjadi obor perjuangan dakwahku, inshaAllah. Pesanan itu...

Friday, January 06, 2006

Erti pengorbanan

Sejak mula masuk 1 Zulhijjah lagi aku banyak merenung makna dan erti pengorbanan... alhamdulillah telah kutempah bahagian korbanku kali ini bersama kariah Surau Bangi Perdana..Erti pengorbanan ini ditunjukkan kepada kita dengan kisah Nabi Ibrahim a.s. dengan kedua-dua isterinya Sarah dan Hajar.. Ibrahim a.s. kekasih Allah menerima wahyu untuk menghantar isteri mudanya Hajar bersama anaknya Ismail a.s. ke satu kawasan padang pasir yang kering kontang...dengan penuh keberatan...kembali berada bersama Sarah yang akhirnya juga dikurniakan oleh Allah...

Pelajarilah lagi erti kesabaran

Pagi ini akan kuteruskan agenda dakwah remaja seperti dirancang. Bila ikhwah sebut yang kita kena ada modul pembangunan remaja semasa SPR 2005 baru-baru ini, terdetik di hati kecil ku siapa pula yang akan 'take-up the challenge' melainkan yang diberikan amanah Pengerusi JKPRN sendiri..dalam banyak hal dalam memimpin dakwah ini, kita seringkali sendirian kerana ramainya yang bersikap suka kepada sesuatu keadaan tetapi tidak berusaha mendapatkannya atau 'wishful thinking'..yang penting dalam memimpin, kita perlu mulakan yang 'belum terfikir untuk...

Wednesday, January 04, 2006

Terokailah dunia ini wahai anak-anakku sayang...

Hari ini merupakan hari pertama persekolahan buat anak-anakku..Maryam, Mujahid dan Hafsa...bagi Maryam tahun ini merupakan tahun ujian besar yang pertama buat beliau..UPSR (teringat pulak kepada peperiksaan Penilaian Darjah 5 yang kududuki di tahun 1980 dahulu..ini cerita lain kali)...ku bisik kepada Maryam pagi tadi kata-kata perangsang dariku dan kukucup pipi dan dahinya...begitu juga kepada Mujahid..kutambahi semangat kepada mereka agar terus mengekalkan kecemerlangan..bukan sahaja akademik, malah juga akhlak..."baca al-Quran selalu2 ye sayang.."....

Pages