Sunday, August 05, 2012

PSR 4 - Berbuka Puasa Dengan Warga Kuala Kemaman

PSR kali keempat telah diadakan untuk warga Kuala Kemaman pada 3 Ogos 2012 bersamaan 14 Ramadan 1433H. Program ini diadakan di perkarangan Masjid Kuala Kemaman yang menghadap terus Laut Cina Selatan. Ianya berhampiran perkampungan nelayan Kuala Kemaman, Kg Geliga, Kg Geliga Pantai dan Kg Rumah Murah.



Majlis gotong royong memasak telah diadakan sebelah paginya sebelum majlis tazkirah ramadan dan penyampaian sumbangan ramadan pada sebelah petangnya. Wanita IKRAM Kemaman diketuai Ketua Wanita Puan Saidah Hairan telah bersama bertungkus lumus membantu menjayakan persediaan jamuan berbuka puasa.



Majlis tazkirah ramadan telah disampaikan oleh YDP IKRAM Kemaman, Ustaz Hj Mazlan Ahmad. Turut hadir ialah ADUN Chukai YB Hj Mohamed bin Awang Tera. Seramai 86 orang miskin dan ibu tunggal menerima pek makanan dan 35 orang anak yatim menerima sumbangan duit ramadan.

0 comments:

Pages