Tuesday, October 18, 2005

Haaza Huwa at-Thoriq - Bhg 1

bab yg abg nak share malam ini ialah drpd kitab "MA'ALIM FIT TORIQ" atau "Petunjuk Sepanjang Jalan" ialah bab yang terakhir iaitu bab 13 bertajuk "HAAZA HUWA AT-TORIQ" atau "INILAH JALANNYA". Penulis ialah asy-Syahid Syed Qutb rh dilahirkan sekitar tahun 1906 di Asyut, Mesir. Hafal al-Quran ketika umur 10 tahun, tamat pengajian dari Cairo Uni dan amat berminat dgn penulisan dan sastera sejak kecil. Mula keluar buku sendiri yg diterbitkan sewaktu beliau berumur 25 tahun! Beliau mula menjadi anggota IKHWANUL MUSLIMIN akhir tahun 40an..sangat terpengaruh dgn sheikh Hasan al-Banna yg syahid ditembak pd tahun 1948. syed qutb diamanahkan memimpin majalah ikhwan sehingga diharamkan oleh kerajaan mesir. tahun 1954, dihukum penjara selama 15 tahun...dituduh berkomplot membunuh Presiden Jamal Abdul Nasir....dibebaskan 1964 tetapi ditangkap semula dan dibicara oleh Mahkamah Khas Tentera.....dijatuhkan hukuman mati tahun 1966 bersama 2 rakan seperjuangannya..YUSUF HAWASY dan ABDUL FATTAH ISMAIL....bila ditanya ttg hukuman yg dijatuhkan ke atas beliau, beliau menjawab sambil mengukir senyuman : "MATI SYAHID" (ya allah, kerdilnya diri ini berbanding peribadi pejuang ini....alangkah kerdilnya kerja2 dakwah kami berbanding perjuangan mereka yg terdahulu...maka ampunilah dosa kami, tingkatkanlah amal dan istiqomah kami..sehingga kami juga mati syahid dijalan-Mu). Buku ini adalah hasil karya beliau yg terakhir..ditulis sebahagiannya di dalam penjara..sebab itu lah bg abg, buku ini amat berharga utk dijadikan bacaan ulangan para pejuang dakwah...atau yg sedang berusaha ke arah itu...malah inilah antara buku pertama yang meransang diri ini utk mengislahkan diri sejak 1987.....kubeli senaskah buku ini pd percutian summer 1988..yang selama ini kukagumi pemikiran & perjuangan beliau sejak di bangku tingkatan 2 tahun 1983..

0 comments:

Pages