Tuesday, October 11, 2005

...untuk anak-anakku...

..sempena perkongsian taaruf pertamaku bersama krj-aktivis@yahoogroups.com :

Salam,

Moga terus diberkati.

Nama : Fakhrul Anuar bin Zulkawi
Perkerjaan : Pengurus/Pengarah Syarikat Kontraktor Minyak & Gas
Status : Penggerak remaja belia Daerah Dungun (AJK JIM Daerah Dungun)
Nama isteri : Roohaida Othman (Prof Madya Dr)
Bil anak : 4 orang

Pengalaman aktiviti bersama remaja hingga sekarang (baru mencebur diri...sebelum ini solid 100% bersama belia IPT)
1. Naqib Usrah Pelajar Tingkatan 4&5 Sekolah Menengah Teknik Dungun, setiap petang Rabu (mulai April 2005) seramai 30 orang
2. Siri Kuliah Motivasi Maghrib, setiap Selasa mlm Rabu di asrama Sek Men Paka (mulai Feb 2005)
3. Siri Kuliah Motivasi Maghrib, setiap Rabu mlm Khamis, di Sek Men Teknik Dungun
4. Guru Tuisyen Prinsip Akaun, Sek Men Seri Paka (Jul-Nov 2004) - 6 orang pelajar
5. Moderator Forum Sembang-Sembang IPT di sekolah-sekolah menengah sekitar Dungun dan Kemaman
6. Moderator Roadshow Remaja & Tsunami di sekolah-sekolah menengah sekitar Dungun dan Kemaman
7. Pengendali Program Pelajar Berisiko Tinggi SM Seri Paka (30 Ogos - 1 Sep 2005) anjuran pihak Sekolah
8. Bermain badminton bersama PK HEM & guru-guru lelaki SM Paka, setiap Selasa mlm Rabu (mulai Mac 2005)
9. Pengarah Program Remaja Raikan Ramadhan JIM Dungun (20-21 Oktober 2005)
10. Penceramah undangan ke sekolah-sekolah menengah sekitar Dungun dan Kemaman

Misi :"....moga usahaku akan menatijahkan generasi du'at lain yang akan membimbing anak-anakku kelak.."

Mohon diberikan lebih panduan membimbing remaja...satu medan yang baru saja diceburi..Jazakumullahu khairan.

Semarakkan ramadhan..
Fakhrul
Kerteh, Terengganu

0 comments:

Pages