Alhamdulillah, hari ini Selasa 11 October 2005 bersamaan 7 Ramadhan 1426H, bermulalah catatan ringkas ku untuk menjadi coretan pengalaman diriku dan mereka yang ingin mengenali diriku. Mudah-mudahan ianya menjadi satu penulisan yang menjadi bekalan amalan solehku di dunia ini untuk dijadikan bekalan nun di akhirat sana....bijak di dunia moga terus bijak di akhirat..
Masih di awal sepuluh hari pertama Ramadhan...aku terus mencari apa yang disebut oleh Nabiku Muhammad s.a.w. di dalam hadis : "awwaluhu rahmah..." asas untuk mendapatkan nikmat kedua dan ketiga selepasnya iaitu "...awsatuhu maghfirah.." dan "...wa akhiruhu itqun minnannar..". Ya Allah! Kurniakanlah kepadaku semuanya itu...moga Ramadhan kali ini lebih baik buatku..
Moga perkelanaan ku ini terus dirahmati dan diberkati Allah SWT...menjelang tahun ke-3 aku di pemusafiran di bumi Darul Iman ini..banyak telah ku tempuhi...namun masih banyak yang perlu aku tempuhi dan pelajari..kerana memenuhi misi peribadi dan jamaie...moga aku terus cekal..
Buat isteri tercinta dan anak-anak...moga kalian terus tabah..sentiasa dalam basahan lidah doaku pada mereka semua..buat mereka yang ingin mengenali diriku...kenalilah kerana Allah.
0 comments:
Post a Comment