Wednesday, October 19, 2005

Tazkirah...

bismillahirrahmanirrahim .. mulakan dgn ayat 153 Al-An’amSesungguhnya jalan Ku (Islam) yang btul dan lurus, maka hendaklah kamu menurutnya, dan jangnlah kamu menurut jalan2 (yang lain dari Islam) kerana jalan2 itu mencerai-beraikan kamu dari jalan ALLAH, demikian itulah Allah menyuruh kamu bertaqwa. Seperti orang yang sedang musafir yang perlukan bekalan dalam perjalanannya supaya dia dapat sampai menuju matlamatnya, begitulah bg kita yang berada di jalan dakwah... juga perlukan bekalan utk memelihara dr terpesong, terhalang, terhenti atau tergelincir di tgh jalan..Bekalan terbaik ialah keimanan yang kuat dan ketaqwaan kepada Allah. Firman Allah; al-An’am : 122..adakah sama orang yang mati (hatinya kufur) kemudian Kami hidupkan dia semula dengan hidayah dan Kami berikan petunjuk, Kami jadikan cahaya (iman) sehingga ia dapat membezakan antara yang benar dan salah.. ia berjalan dgn suluhan cahaya itu dalam masyrkt manusia...(adakah org yang demikian) sama keadaannya seperti yang tinggal tetap di dalam gelap gelita.....
Bekalan iman dan taqwa kepada Allah terpancar dari sumber yang baik di dalam jiwa ... akan melahirkan tenaga dan menaikkan semangat dan azam.
Pergerakan akan jadi mudah, tarikan pada dunia berkurangan, halangan dapat ditempuhi, liku2 blh diharungi.. dan petunjuk di sepanjang jalan jelas kelihatan.
Dari situ lahirlah kebenaran, keikhlasan, keazaman dan keteguhan
Perkara pertama yang kita perlukan di jalan dakwah ialah ma’iyatullah (merasakan diri sentiasa bersama Allah) dalam setiap langkah, dalam setiap gerak-geri dan diam .. bahkan setiap detik. Sesiapa yang Allah bersama dengannya, ia tidak akan rasa kehilangan sesuatu pun..Allah anuegerahkan ma’iyatullah ini kepada mu’min yang bertaqwa dan ihsan..
Al-Nahl : 127-128Wasbir wamaa sobruka illa billah, walaa tahzan ’alaihim walaa taku fii dhoikim mimma yamkuruun...Innallaha ma’allazinattaqau wallazina hum muhsinin
Dan bersabarlah (wahai Muhammad terhadap perbuatan dan telatah golongan yang ingkar itu); dan tiadalah berhasil kesabaranmu melainkan dengan (memohon perlindungan) Allah; dan janganlah engkau berdukacita dan bersempit dada disebabkan tipu daya mereka. Sesungguhnya Allah beserta orang2 yg bertaqwa dan org2 yang berusaha memperbaiki amalannya. dan sabar perlu beserta dengan taqwa..Di jalan dakwah ini kita sangat perlukan nur Illahi utk terangi jalan agar dapat diharungi dengan cara hikmah tanpa kegelinciran atau halangan2 yang membantutkan perjalanan... ini hanya dapat dilakukan dengan adanya bekalan taqwa dan iman Al-Hadid : 28…bertaqwalah kepada Allah dan beriman pada rasulNya supaya Allah berikan dua bahagian rahmatnya ; cahaya utk kamu berjalan dengannya , serta diampunkanNya dosa kamu….
Al-A’raf : 201…org2 yang bertaqwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan syaitan, mereka ingat (kepada Allah) maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar)
walaa tahinu walaa tahzanuu waantumul a’launa inkuntum mu’minin [Al-Imran : 139]
...janganlah kamu rasa lemah dan bersedih hati padahal kamulah orang2 tertinggi jika kamu bersungguh2 beriman.
Sepatutnya kita tidak sekali-kali rasa lemah dalam perjuangan menegakkan dan mempertahankan Islam .. juga tidak bersedih dengan apa yang menimpa di sepanjang jalan perjuangan ini .. kerana Allah telah janjikan; orang2 beriman itu sbgai golongan tertinggi yang bakal mengatasi musuh dan mencapai kemenangan .. insyaAllah. Janji Allah itu benar. Dalil2 lain;Al-Munafiqun : 8 – walillahil ’izzatu walirasuulihi walilmu’miniina walaakinnalmunafiqiina laa ya’lamuun.
Al-Imran : 110 – kuntum khaira ummatin ukhrijat linnas...amat perlu sekali di atas jalan dakwah ni,kita relakan diri utk jihad dan berkorban dgn seluruh apa yang ada dari jiwa, harta, tenaga, fikiran dan waktu tanpa sedikit pun teragak-agak......dan ia tidak dapat dilakukan melainkan dengan bekalan IMAN yang menyebabkan diri kita mengutamakan apa yang disisi Allah ..
...merasakan segala yang mahal sebagai suatu yang murah di jalan Allah.
An-Nisa :76 – allaziina aamanu yuqo-tiluuna fii sabiillah...At-Taubah : 111 – innallahasytaraa minalmu’minin....
Dalam jalan dakwah ini juga kita alami pelbagai kesakitan dan ujian ...ini sunnatullah dalam dakwah : Al-Imran : 186... jadi kita amat perlukan kepada keteguhan dan ketetapan daripada Allah supaya tidak ada rasa teragak-agak atau syak.
yusabbitullahullaziina aamanuu bilqaulissabiti filhayaati dunnya wafill akhiratQS Ibrahim : 27Allah tetapkan pendirian org2 beriman dengan kalimah yang teguh dunia akhirat
selain itu ..dalam jalan dakwah ini jga kita perlukan kepada sokongan ikatan ukhuwwah dan kasih sayang kerana Allah agar kerjasama dan kesefahaman utk kepentingan dakwah dpt terbtk dgn mudah. Pertemuan yang dekat dan erat adalah dengan sebab kasih sayang dan ukhuwwah ini.. ketulusannya yang berterusan tidak dapat direalisasikan melainkan antara mu’minin. disalh ertikan bila tidak dijaga atau tidak dianjurkan ikut syariat. At-Taubah : 71 – walmu’minuuna walmu’minatu ba’duhum auliyaa’uba’dhinn.....org2 beriman lelaki dan perempuan adalah penolong di antara satu sama lain ...
Al-Hujurat : 10 – innamal mu’minuuna ikhwatun faaslihu baina akhawaikum, wattaqullaha la’allakum turhamuun.Org2 beriman itu bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yg bertelingkah) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat ..
Sabda rasulullah saw:Laa yu’minu ahadukum hatta yuhibbal akhi himaa yuhibbu linafsihi..
Kita juga ada waktunya didatangi perasaan lemah semangat dikhuatiri kalau ini berterusan akan menyebabkan ia berehat dari beramal ..sebab tu pentingnya mukmin saling berpesan-pesan Wajib bagi setiap mu’min utk mengingatkan saudaranya apabila ia terlupa, membantunya apabila ia sedar atau ingat, memberitahu keburukannya dan membantu untuk menghilangkan keburukan itu. sbb itulah kita kena bekalkan diri dengan iman dan taqwa . Da’i di jalan Allah juga sering berhadapan dengan situasi atau pendirian yang mendukacitakan, meyusahkan atau meragukan ….Masa ni kita perlu tentukan pendirian yang bersesuaian dengan islam ..perlu buat pertimbangan yang tepat dengan perspektif islam dan kemukakan pandangan yang benar; sekalipun terpaksa menghadapi tentangan dan merasai keperitan
sikap ini tidak boleh dilaksanakan sedikitpun dan tidak ada yang dapat membantunya MELAINKAN IMAN DAN TAQWAAt-Talaq : 2-3 – wamayyattaqillahu yajja’allahu makhrajaa….
Dalam jalan dakwah juga kita perlu utamakan syariat Allah, bersungguh2 utk satukan saf dan tidak memecah belahkan ..Al-Ahzab : 36 – Al-Imran : 103 – wa’tasimuu bihablillahi jami’aawwalaatafraku..
Selain itu kita perlukan ilmu yang bermanfaat .. tidak memadai dgn membanyakkan pembacaan sahaja ttp mestilah juga meningkatkan ketaqwaan dan keikhlasan kepada Allah agar Dia limpahkan ilmu, nur dan taufiq.Al-Baqarah : 282… hendaklah kamu bertaqwa dan Allah (dengan keterangan ini) mengajar kamu…
itulah tadi antara perkara2 yang kita perlukan sepanjang jalan dakwah .. selain pertolongan Allah. Al-Rum:47 dan akhir sekali sentiasa setia pada janji...tidak mungkir dan mengubahnya .sehinggalah bertemu ALlah. Al-Imran ; 76....kesimpulannya kita tidak akan terdaya utk melangkah walaupun selangkah ataupun melakukan kebaikan dan beramal tanpa bekalan iman dan taqwa..perlu sentiasa pastikan ia ada dalam diri..sentiasa tingkatkan dan perbaharui jangan biarkan ia berkurangan sehingga kehabisan..beramal utk menambahkannya

0 comments:

Pages