Monday, October 24, 2005

Mendepani Tarbiah Generasi Baru 3

Generasi Pakcik Makcik dan Baru - Berbezakah?


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Dalam Siri ke 3 ini, ana akan cuba menyatakan beberapa pemerhatian bagaimana beza atau samanya generasi baru dengan generasi pakcik makcik di kalangan ikhwah sekelian. Hal ini perlu dikenalpasti kerana ana banyak mendengar kata-kata seperti ini:

- "Mereka nie kalau suruh datang program pun tak nak datang."
- "Kali ini datang usrah, minggu depan entah ke mana."
- "Kalau semua ilmu dah ade ok lah. Ini masih lagi malas nak mendalami."
- "Tarbiah mereka nie kurang. Itu sebab tak berdisiplin."
- "Ish Ish. Bersyukurlah sekarang semua senang. Dulu nak dapat buku agama bukannya susah."
- "Mengapa le mereka nie tak berminat dengan dakwah. Padahal dulu kecik2 asyik dibawa ke program2 kita juga."
- "Kena bayar sikit untuk program dan manfaat mereka pun tak nak. Takkan semua nak free."
- "Baca buku pun malas. Inikah yang akan menjadi da'i?"

Berbeza sangatkah makcik pakcik dengan generasi baru? Setelah memerhati pelbagai faktor, satu pemerhatian perbezaan yang dapat disimpulkan. Kecemasan dan kesusahan.

Manusia kembali pada-Nya apabila cemas dan susah
"[10.12] Dan apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan, merayulah ia ditimpa Kami (dalam segala keadaan), sama ada ia sedang berbaring atau duduk ataupun berdiri; dan manakala Kami hapuskan kesusahan itu daripadanya, ia terus membawa cara lamanya seolah-olah dia tidak pernah merayu kepada Kami memohon hapuskan sebarang kesusahan yang menimpanya (sebagaimana ia memandang eloknya bawaan itu) demikianlah diperelokkan pada pandangan orang-orang yang melampau apa yang mereka lakukan."

Tidak dinafikan bahawa ada yang ingat Allah ketika senang. Namun lebih ramai yang kembali pada Allah ketika susah. Susah di sini mencakup pelbagai perkara. Bukanlah golongan makcik pakcik berbeza sangat dengan generasi baru untuk menerima tarbiah dan melaksanakan dakwah. Tetapi hal kecemasan dan kesusahan ini agak berbeza yang menyebabkan usaha tarbiah generasi baru perlukan sedikit kelainan.

Jadi dalam siri ini, ana akan ketengahkan
1. ciri murabbi di kalangan ikhwah
2. ciri kecemasan dan kesusahan yang dialami makcik pakcik dan generasi baru
3. realiti generasi yang berbeza

Ciri murabbi di kalangan ikhwah
Usaha di kalangan ikhwah amat tidak ternilai dalam mencorak suasana yang ada sekarang. Namun perlu disedari bahawa dalam JIM ada gap generasi daripada umur kira-kira 25-35. Jika dilihat dengan masa penubuhan KARISMA dan kadar tokoh yang dihasilkan untuk melaksanakan syariat, 2020 perlu disemak semula. Mana mungkin memimpin negara apabila masih ramai mahasiswa tidak mampu mendapat tarbiah yang mantap. Padahal Nabi ada 313 orang (lelaki) pada tahun ke 2 Hijrah yang sanggup berkorban untuk menghadapi umat Madinah dan Mekah. Dan kini, kita bukan sahaja ingin menghadapi 25 juta orang Malaysia tetapi seluruh dunia kerana jika tidak, Mesir sudah lama berstatuskan negara Islam sebenar. Tidak 'negara Islam'nya Mesir kerana negara lain belum bersedia untuk menyambut pelaksanaan syariat. Pelaksanaan syariat memerlukan kesediaan seluruh dunia. Bagi kita di Malaysia, kita perlu mulakan di Malaysia. Masalahnya, setakat ini, belum ada 20 orang yang berpotensi yang boleh dikedepankan bagi memimpin di hadapan di kalangan kelompok 25-35 orang di Malaysia. Atau mungkin mereka sembunyi sebalik tabir?

Ana bawakan perkara di atas kerana ikhwah yang sepatutnya menjadi murabbi perlulah meliputi pelbagai peringkat umur. Ikhwah 35 tahun ke atas adalah terhad. Apatah lagi, had ini ditambah dengan senario begini:

-cadangnya urusan tarbiah difikirkan selepas balik dari pejabat 5 ptg.
-sampai rumah, cadangnya tarbiah difikirkan selepas minum dan mandi
-selepas minum dan mandi, cadangnya fikir selepas solat di masjid
-selepas solat di masjid, cadangnya fikir selepas makan malam
- selepas makan malam, cadangnya fikir selepas main dengan anak-anak
- selepas main dengan anak-anak, dah penat. Cadang besok sahajalah....

Apakah kesan kepada perkara ini?
- urusan tarbiah hanya boleh difikir hujung minggu
- urusan tarbiah/ usrah boleh dilaksanakan 2-3 jam sahaja sehari (malah ada yang 2 3 jam seminggu atau 2,3 jam sebulan) kalau weekdays
- kalau ada program atau acara lain pada hujung minggu, apa yang sepatutnya difikir minggu ini, bawakan sahajalah ke minggu depan.

Apakah kesan daripada perkara tersebut?
- perkara yang sepatutnya selesai hari ini, akan selesai sebulan lagi
- usrah dah bahan yang perlu selesai 1 semester, menjadi 3 semester kerana usrah dan tarbiah banyak clash dengan program lain

Apakah kesan daripada perkara di atas?
- Akan bertelagahlah kumpulan yang melihat 'ada yang isti'jal (nak cepat) dalam dakwah' dan ada yang 'lambat sangat dalam dakwah.'
- Mengapa perkara ini terjadi? Siapa yang benar?

Inilah ciri naqib atau murabbi yang perlu diperhati pada generasi baru. Generasi makcik pakcik dahulu mantap kerana ada kumpulan yang fokus pada tarbiah. Mungkin mereka itu pelajar PhD, pelajar master, bekerja di universiti, engineer dan sebagainya. Mereka berada di sekeliling ikhwah. Kalau mereka tidak selalu bersama pun, mereka accessible banyak masa. Mereka merancang sesuatu untuk tarbiah. Tetapi dalam konteks sekarang, dalam usaha untuk mengelola satu negara - masih banyak lagi part-timer pada urusan tarbiah dan dakwah. Seriuskah kita untuk pelaksanaan syariat? Dimanakah usrah dan meeting perancangan yang dibuat 1 atau 2 pagi orang-orang terdahulu?

Bukanlah semua orang perlu berhenti kerja. Tetapi perlu ada murabbi sepenuh masa, atau lagak Ustaz Alias dan Abu Urwah suatu masa dahulu dan banyak tokoh lain yang bergerak ke seluruh negara dan melaksanakan tugas. Dari satu lokasi ke lokasi yang lain....

Ciri kecemasan dan kesusahan yang dialami makcik pakcik dan generasi baru,
Yang pasti, ciri kecemasan dan kesusahan melatari penghargaan kepada Islam yang mengandungi tarbiah dan dakwah. Jika dalam sub-topik di atas, semacam ikhwah yang bertanggungjawab, marilah sama-sama diperhatikan realiti generasi yang menjadikan Islam paling atas dan akan menjadi pegangan yang takkan dilepaskan.

Yang dimaksudkan dengan kecemasan ialah sesuatu yang sukar dalam tempoh masa sekejap. Kesusahan adalah kesukaran dalam masa yang lebih lama.(MP = generasi makcik pakcik dan GB = generasi baru)

Kecemasan dan kesusahan fizikal

MP:
1. Bagi yang ke luar negara, sampai di luar negara, ikhwah nak rumah, makanan dan sebagainya. Ditolong oleh orang yang baik agamanya, kita terpikat.
2. Apabila terlampau sejuk atau panas, ada nasihat. Kita terpikat pada yang memberi nasihat kerana baik agamanya.
3. Sering keputusan duit dan susah nak minta parent. Kita ingat Tuhan
4. Makan tak semua boleh ambil. Susah nak dapatkan. Bila lapar, ingat Tuhan.
5. Nak pergi program, tak cukup duit, kerja.Tidak bergantung pada ibu bapa dan biasiswa sahaja.
6. Hidup mana yang ada. Tak perlu lebih-lebih.
7. Sanggup makan maggi atau ikat perut untuk hidup dan pergi program

GB:
1. Tidak ada atau agak minimum keperluan fizikal seperti cari rumah, makan dsb.
2. Tidak janggal dengan cuaca dan persekitaran
3. Ramai yang sudah kaya. Apatah lagi kalau diberikan apa sahaja yang diminta dan si bapa menyatakan, 'kau tak payahlah susah macam ayah emak dahulu.'
4. Makanan merata-rata.
5. Tak boleh kerja (jarang). So harapkan PTPTN. Kalau bukan PTPTN atau biasiswa, harapkan emak. Kalau tak de, tak payah pergi program. Mengapa batalkan program? Duit.
6. Kalau boleh nak dapatkan apa sahaja pasal sudah ada duit.
7. Sanggup habiskan RM 30 untuk top up tetapi kalau beli buku atau program, 'Maaflah. Kami tak de duit'.

Kecemasan dan kesusahan emosi

MP:
1.Tidak biasa dengan suasana baru. Jumpa bro sis Muslim , kita terpikat.
2. Jauh dari keluarga
3. Susah nak masuk agama dan bangsa lain. Bro sis Islamlah yang rapat.
4. Berdepan dengan kesusahan dan nampak kesan bahawa tanpa Islam, jiwa tidak tenang
5. Hubungan dengan Allah lebih disebabkan internet dan telefon diguna sewajarnya.

GB:
1. Dah biasa suasana sedia ada. Semuanya Islam pula.
2. Boleh balik setiap minggu. Ada yang parent datang melawat membawa makanan sedap2.
3. Sama je muka semua. Rapat dengan orang 'agama' atau 'kurang agama' lebih kurang je.
4. Jiwa tetap OK kerana duit, keluarga dan apa yang dikehendaki dapat.
5. Ada handset setiap orang satu. Internet boleh diguna setiap masa untuk komunikasi dan hiburan. Jadi hubungan dengan manusia melebihi hubungan dengan Allah.

Kecemasan dan kesusahan spirituil

MP:
1. Tengok agama lain, mazhab lain dalam akidah, kita cemas dan tertanya. MP mengkaji dan serius.
2. Jelas dah tenang memang dengan Allah. Dekati agama. Hadiri program walaupun panjang.
3. Jumpa pelbagai bangsa seIslam, kita persoalkan amalan dan kepercayaan kita kerana kekadang lain.
4. Bahan agama tak banyak. Kalau jumpa atau diajari oleh orang asing, kita makin terpikat Kita 'bising' pasal kita bertemu kebenaran dan nak sebarkan.
5. Pergi program untuk menenangkan jiwa dan spiritual. Dirasakan wajib pergi untuk dapat ketenangan.
6. Tarbiah berbentuk mujahadah.
7. Sanggup korban duit, masa untuk menjirus spirituil dengan buku, program, derma dsb.

GB:
1. Lebih kurang je amalan agama. Tak rasa beza dan kritikal
2. Tenang atau suka dengan hiburan atau program yang menghiburkan. Bersama kawan lagi best untuk buat apa sahaja. Waktu program tak bebas.
3. Tak perlu persoalkan sangat. Menyusahkan sahaja hidup dalam negara aman.
4. Bahan agama di mana-mana. Datang pun dari sekolah agama. Tengok cikgu pun selamba sahaja. So tak perlulah bising-bising. Diam pun ok. 'Soleh' pada pandangan Melayu.
5. Tak payah pergi program pun tak pe. Tak nampak beza pun pergi atau tak pergi. Malah ada yang meraskan makin membebankan.
6. Tarbiah banyak di chalet, pusat peranginan atau kawasan yang lengkap prasarananya.
7. Berkorban adalah sesuatu yang dipandang wajar bila mencecah umur 40 50 an.


Begitulah beberapa penyataan yang berlaku dalam menerangkan MP dan GB. Tidak semestinya generasi dulu itu MP dan mahasiswa kini GB. Tetapi itu adalah beberapa sifat bagaimana untuk menghargai kehidupan dan mendalami tarbiah Islam. Kesannya? Tarbiah dicari bukan sekadar menunggu.Kesan dari usaha itulah, ikhwah sekelian masih sudi membaca artikel ini dan berkobar untuk melaksanakan tindakan selepas ini.

Realiti generasi baru yang berbeza

Tidak dinafikan, generasi kini ada perbezaan sedikit dari generasi makcik pakcik:

1. Generasi kini adalah generasi multimedia

Maka mereka suka TV, media, radio. Sesuatu yang berbunyi dan bergambar. Maka tarbiah perlu mencabar semua perkara ini sehingga mereka merasakan ada sesuatu yang lebih seronok berbanding TV dan radio. Salah satunya, penyampaian murabbi perlu bersifat audio (pelbagai ekspresi emosi dan suara) dan visual (bayangan) yang akan menyebabkan GB tidak lagi merasakan 'bosan' atau 'tidak bermaya'. Plot penyampaian perlu lebih hebat dari filem : satu adegan diselangi adegan lain di lokasi lain. Perlu ada integrasi ilmu yang menyebabkan fikiran tercabar dan timbul 'eureka, aha atau yang lebih penting Subhanallah! dalam benak.

2. Banyak bahan agama di sekitar

Bahan agama yang akan menarik perhatian GB ialah bahan yang dirasakan kritikal dan perlu untuk mereka. Semua yang ada ini sama dengan dahulu. Tetapi apabila diwujudkan cabaran apa yang sedia ada, ia akan menyebabkan mereka perlu mencari. Sebagai contoh, soalan berikut ditanyakan kepada ahli dalam usrah pada awalnya:

1) kalau tak de usrah tak boleh ke?
2) wajib semua ikut usrah ke?
3) usrah perlu dipimpin guru mursyid ke?
4) guru mursyid kena belajar Quran ke? kalau dia tak pernah belajar bahasa Arab....

Bukan mereka yang bertanya. Biarlah ikhwah yang bertanya kerana apa yang disudukan oleh TV ialah pertanyaaan dan sesuatu yang mencabar minda penonton. Bukan lagi dokumentari dan 'lunyai'. Dengan itu, GB yang terdiri daripada orang muda akan sentiasa rasa tenaga mereka sesuai digunakan ke usrah.

3. Mewah adalah environment GB

Suasana hidup perlu dipandu agar tidak mewah. Ini memerlkukan tugas sinergi pelbagai pihak. Kalau pun tak boleh tangani semua, kita perlu tangani di peringkat tarbiah. Beberapa aspek yang perlu diambil kira apabila mengendalikan program yang mengelakkan mewah:

1) masa - makin panjang, makin kurang 'mewah' bersama keluarga
2) makanan - makin sikit makan atau puasa, makin kurang 'mewah' untuk makanan fizikal
3) penyampaian - makin banyak soalan dan cabaran, akan makin kurang 'mewah' suduan yang diberikan
4) kekerapan - makin kerap program, makin kurang 'mewah' masa senggang dan membazir
5) tugasan - makin banyak tugasan dan projek realistik, makin kurang 'mewah' berpuas dengan teori sahaja
6) lokasi - makin minimum kemudahan yang ada, makin kurang 'mewah' hidup mereka sehingga bersedia menghadapi pelbagai kemungkinan kehidupan
7) kumpulan sasaran - makin ramai dan pelbagai jenis orang bersama, makin kurang 'mewah' untuk seronok duduk sesama geng kenal sahaja.
8) pergaulan - makin diasingkan program lelaki perempuan, makin kurang 'mewah' belaian dan difahami oleh jantina berlainan

Jika perkara di atas diambil kira dalam program, ana yakin mutu tarbiah akan meningkat kerana ia datang bukan dari teori tetapi wujud dalam praktikal . Ini dibuktikan dalam program Madrasat-ul-Hayaah tahun ini walaupun banyak lagi kelemahan.

Kesimpulan

Semoga dengan analisa ringkas di atas akan membuka perspektif kepada semua ikhwah bahawa urusan tarbiah yang akan dijalankan perlu mengambil kira semua faktor 'mengapa dahulu menjadi' dan 'realiti generasi baru yang banyak tak jadi' untuk disekalikan dalam proses ini.Jika ia diambil kira, usaha tarbiah akan menjadi lebih realistik dan 'realiti. Makcik pakcik (MP) juga akan bersifat GB jika apa jua kecemasan dan kesusahan yang dialami dulu diganti dengan kemewahan dan kesenangan dalam kehidupan sekarang. Moga kita terus istiqamah atas jalan ini.

Segamat Johor

0 comments:

Pages