Program Semarak Ramadan IKRAM Kemaman 1433H

Mari bersama-sama meningkatkan amalan dan memberikan sumbangan kepada mereka yang lebih memerlukan..

Sunday, July 29, 2012

Sumbangan PSR di Pejabat-pejabat

Alhamdulillah kita sudah memasuki minggu kedua Ramadan. Semoga momentum peningkatan taqwa diteruskan dengan melipatganda amal-amal soleh di bulan yang mulia ini. Di antara amal soleh yang sangat dituntut ialah menginfakkan sebahagian harta untuk tujuan memberikan makan orang yang berpuasa dan sedekah kepada fakir miskin dan anak-anak yatim. Bagi tujuan menambah dana sumbangan...

Saturday, July 28, 2012

PSR 2 - Program Bersama Ibu Tunggal DUN Kemasik Meriah

Alhamdulillah PSR kedua di Kemaman telah diadakan di Surau Kg Telaga Papan, Kerteh pada 27 Julai 2012 bersamaan 7 Ramadan 1433H. Ianya juga dibuat dengan kerjasama Kelab Ibu Tunggal DUN Kemasik yang dipengerusikan oleh Puan Hjh Rokiah Awang bagi meraikan ibu-ibu tunggal di sekitar DUN Kemasik yang dianggarkan sekitar 500 orang ini. Program gotong royong memasak turut...

PSR 1 - Majlis Sumbangan & Berbuka Puasa di Masjid Kg Seberang Tayor

Alhamdulillah program PSR 2012 Peringkat Daerah Kemaman membuka tirai dengan majlis penyampaian sumbangan ramadan dan berbuka puasa bersama masyarakat Kg Seberang Tayur Hulu dan Kg Seberang Tayur Hilir di Masjid Kg Seberang Tayur pada 26 Julai 2012 bersamaan 6 Ramadan 1433H. Program dimulakan dengan ucapan aluan Pengerusi Masjid Kg Seberang Tayur iaitu Hj Kamaludin Mamat...

Friday, July 20, 2012

Antara 10 Lokasi PSR Di Daerah Kemaman

Alhamdulillah saat bertemu Ramadhan hampir tiba. Mudah-mudahan kita dapat bersama melalui bulan ini dengan amalan yang terbaik (ahsanu 'amala). Moga segala dosa kita diampunkan Allah SWT. Moga kita meraih pahala yang berlipat kali ganda. Moga kita bertemu malam Qadr yang sangat istimewa itu. Moga kita mendampingi al-Quran secara lebih intensif dan menyegarkan jiwa. Moga kita...

Thursday, July 19, 2012

Majlis Pelancaran Projek Semarak Ramadhan Peringkat Daerah Kemaman selamat disempurnakan

Alhamdulillah majlis perasmian pelancaran Projek Semarak Ramadhan Peringkat Daerah Kemaman telah selamat disempurnakan oleh Tuan Kadhi Daerah Kemaman, Ustaz Hj Zulkefli Othman di Masjid Kg Pengkalan Pandan malam tadi. Lebih daripada 200 orang hadir ke majlis yang bermula selepas solat Maghrib ini. Program ini adalah anjuran bersama Pejabat Agama Daerah Kemaman, Pertubuhan...

PSR - Berbuka Puasa di Masjid Kg Ibok

InshaAllah program berbuka puasa sedang dirancang pada 3 Ogos 2012 untuk masyarakat Kg Ibok dekat Kemaman. Pengesahan akan dibuat oleh Pengerusi Masjid Encik Ngah dalam pertemuan di rumah beliau semalam. Masjid Kg Ibok adalah antara masjid baru dibina semula menggantikan yang lama. Kawasan perkampungan Ibok ini menarik juga. Antara tarikannya ialah melihat kelip-kelip...

Wednesday, July 18, 2012

PSR - Berbuka Puasa di Masjid Kg Pasir Gajah

Tengahari tadi telah diadakan satu pertemuan dengan Pengerusi Masjid Kg Pasir Gajah, Encik Mustafa Muda di kedai makan beliau di kampung ini. Kg Pasir Gajah adalah di bawah DUN Air Putih yang mempunyai jumlah rumah sekitar 500 buah. Program berbuka puasa akan diadakan di Masjid Kg Pasir Gajah yang cantik dan tersergam indah ini pada 10 Ogos 2012 bersamaan 21 Ramadhan 1433H....

PSR - Program 3R di Felda Kerteh 5

Satu perbincangan telah dibuat dengan Ketua Peneroka Felda Kerteh 5 Encik Rashid Muhamad di depan kediaman beliau di felda tersebut. Ianya bertujuan bagi merangka satu program Remaja Raikan Ramadhan (3R) yang bakal diadakan di Masjid Felda Kerteh 5 pada 3-4 Ogos 2012. Program 3R ini ditumpukan kepada para remaja berusia 15 hingga 19 tahun yang bersekolah di dua buah sekolah...

PSR - Masjid Kg Ranggon Estate

Kg Ranggon Estate ialah sebuah perkampungan pekerja-pekerja ladang kelapa sawit milik syarikat Yee Seng sejak awal 1980an lagi. Ianya meliputi kawasan seluas 5000 ekar berhampiran Pekan Kerteh dengan bilangan penduduk sekitar 200 orang. Kehidupan di sini agak terkebelakang di sudut pembangunan infrastrukturnya, namun sudah masuk generasi kedua yang menetap dan bekerja di ladang...

Pages