Program Semarak Ramadan IKRAM Kemaman 1433H

Mari bersama-sama meningkatkan amalan dan memberikan sumbangan kepada mereka yang lebih memerlukan..

Infaq fi sabilillah

Dan kelak akan dijauhkan daripada neraka orang yang paling bertakwa iaitu orang yang menafkahkan hartanya untuk membersihkan dirinya... (QS Al-Lail : 17-20)

Suburkanlah iman

Jadikan Ramadan sebagai bulan madrasah jiwa dan ruhani..

Remaja Raikan Ramadan

Nantikan kemunculannya di lokaliti-lokaliti terpilih seluruh Kemaman!

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions..

Thursday, December 29, 2005

Cintailah Diri Sendiri

Teringat-ingat akan peringatan ini yang merupakan sabda Rasul s.a.w. :
Mafhumnya :
"Tidak beriman seorang daripada kamu sehinggalah dia cinta kepada saudaranya apa yang dicintai untuk dirinya sendiri"
(Muttafaqun'Alaih)
Puas juga kumenung dan kucari..akhirnya ketemu juga dengan sedikit kupasan Sheikh Dr Muhammad Ali al-Hashimi di dalam kitabnya "Syakhsiyyah al-Mar atul Muslimah" pagi tadi (secara tidak sengaja kuambil daripada koleksi pustaka keluarga)
Beliau juga mengingatkan kita akan ayat Allah SWT di dalam surah al-Hujurat :
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara..."
Apakah mungkin perkara ini hanya dapat kita praktiskan apabila ia sesuai dan menepati kehendak kita? Adakah adil untuk dipaksakan ke atas yang lain agar menerima perkara ini sedangkan yang jelas akan memperoleh keuntungan darinya adalah diri kita sebenarnya? Banyak lagi pedoman & penawar yang perlu kucari. Moga aku terus menghayati peringatan ini. Juga buat mereka yang membacanya. InshaAllah.

Saturday, December 17, 2005

SPR 2005..

Alhamdulillah selesai sudah satu tugasan yang bagiku cukup penting dan strategik demi menjayakan aktivisme dakwah remaja bersama JKPR pada tahun 2006 nanti iaitu Seminar Pembangunan Remaja JIM Terengganu petang tadi...penatnya cukup terasa hinggakan terpaksa mencuri utk lena sebentar semasa rakan peserta sibuk membincangkan strategi2 JKPR utk tahun 2006...

Meletihkan kerana dari ptg khamis hingga pagi jumaat bersama anak-anak remaja yang akan ke X-REK Pusat...bersama dgn sesi latihan terakhir di al-amin kerteh..

Muzakarah yg cukup bermakna buat diriku...moga Allah SWT teruskan permudahkan segala urusan..

Sunday, December 11, 2005

Catatan Kelana X-REK KRJ Ganu 2005

..kembali dari Kota Bharu dengan perasaan yang bercampur-campur. Namun, kehadiran anak usrahku iaitu akh Ammar, melegakan perasaan sendirian di dalam perjalanan. Beliau merupakan pelajar Tingkatan 4 SM Teknik Dungun yang tinggal kebetulan di DUN Pengkalan Pasir...keluarga beliau juga mula ku kenali sejak ziarah ke rumah beliau pada pertengahan bulan November yang lalu..malah keluarga beliau menghantar beliau ke KB Mall, tempat aku menjemput beliau untuk bersama berkelana ke Dungun, Terengganu untuk menyertai XPDC Remaja Kental (X-REK) anjuran KRJ Terengganu.

..sepanjang perjalanan KB-Dungun dalam hujan renyai2, ku lihat banjir mula melanda kawasan2 pesisiran sungai. Hujan begitu lebat sejak selepas pilihanraya kecil. Sempat juga aku berbalas2 sms dengan zaujah yang kini telah sampai ke Sg Petani untuk PPN JIM 2005. Nampak anak usrahku kurang selesa aku bersms sambil memandu...he he...dia belum kenal lagi naqibnya ni..

..alhamdulillah, ketibaan kami di SRIAAD telah disambut oleh ikhwah akhawat penganjur dan peserta program. akh Din kata so far dekat 30 orang sudah mendaftar..alhamdulillah. Banner X-REK menarik sekali dengan background Gunung Everest sewaktu winter! Hai..kalau ye pun jangan la ambil yg luar negara punyer...ini Bukit Bauk je..tapi aku pernah sebut pada sorang teman yang Bukit Bauk ni anggap je la mcm Gunung Fuji ke...rasala mcm mencabar sket!

..program X-REK 2005 selesai disempurnakan. Majlis penutup bersama SU JIM Terengganu, Ust Muzahar (juga perasmi pembukaan pd hari khamis lepas) berjalan lancar walaupun semua keletihan dengan XPDC mendaki Bukit Bauk yg terletak lebih kurang 5km dari SRIAAD. Perjalanan pulang cukup memenatkan kerana terpaksa 'menapak' dari kaki bukit ke SRIAAD di waktu tengahari (nasib baik cuaca mcm 'winter' je cuma tak hujan). Sempat post-mortem ngan semua AJK dan respons peserta dalam borang muhasabah cukup baik.

..selepas ini persediaan ke-2 sebagai persiapan ke X-REK Pusat pada 23-25 Dis ni..KRJ Ganu akan hantar sekurang2nya 1 pasukan iaitu 3 lelaki & 3 perempuan. So far, seramai lebih kurang 10-15 orang remaja Tingkatan 2-3 telah menyatakan minat mereka untuk hadir ke sesi latihan ke-2 di SRIAA Kerteh pula (kemungkinan nak ke Pusat Rekreasi Air Menderu pula) pada 15-16 Dis...do'akan moga dipermudahkan dan terus diberkati usaha2 tarbiah & dakwah remaja ini..

Temerloh (baru sampai dr Kerteh..of course dah terlena di R&R Gambang td)
11 Dis 2005

Friday, December 09, 2005

Usul 20 al-Banna

Prinsip pertama: Islam adalah sistem hidup syumul,mencakupi seluruh bidang kehidupan,iaitu: 1.Negara & tanah air @ kerajaan & umat. 2.Akhlaq & kekuatan @ rahmah & keadilan. 3.Kebudayaan & undang2 @ ilmu & kehakiman. 4.Meterial & kekayaan @ hasil usaha & kecukupan. 5.Jihad & dakwah @ tentera & fikrah. 6.Sepertimana ia adalah aqidah yang sebenar & ibadat yang sahih,sama sahaja tanpa ada perbezaan.

Prinsip kedua: Al-Qur'an al-Karim & al-Sunnah yang suci adalah sumber rujukkan bagi semua muslim untuk mengetahui hukum-hakam agama Islam.Al-Qur'an di fahami selari dengan kaedah bahasa Arab tanpa memberat-beratkan & membuta tuli serta memahami hadis yang suci bersumberkan perawi2 yang thiqah.

Prinsip ketiga: Pada iman yang benar & ibadat yang sahih serta mujahadah terdapat nur & kemanisan yang dicampakkan oleh Allah kedalam hati dikalangan hambaNya,menurut siapa yang dikehendaki.Namun,iham,lintasan hati,kasyaf (pandang tembus) & mimpi bukanlah dalil2 (hujah) bagi hukum syara'.Ia tidak diambil kira melainkan dengan syarat ia tidak bertembung dengan hukum-hakam agama & nas2nya.

Prinsip keempat: Tangkal azimat,jampi serapah,al-wad',al-ma'rifah,tukang tilik & dakwaan mengatahui perkara ghaib semuanya adalah perkara mungkar yang wajib diperangi kecuali ia mengandungi ayat al-Qur'an @ mentera yang ma'thur.

Prinsip kelima: Pandangan imam (pemerintah) @ timbalannya pada perkara yang tidak mengandungi nas,@ pada perkara yang boleh diandaikan beberapa wajah pendapat @ mengandungi "masalih mursalah" boleh dipraktikkan selagi tidak bertembung dengan kaedah syara'.Adakalanya ia berubah bergantung kepada keadaan,uruf & adat. Prinsip asal ibadat ialah ta'abbut tanpa menghiraukan makna2,& prinsip asal adat ialah melihat kepada rahsia2,hikmah & tujuannya.

Prinsip keenam: Pandangan setiap orang boleh diterima & ditolak kecuali Nabi yang maksum saw.Setiap apa yang datang dari salafussalih,yang selari dengan kitab & sunnah adalah diterima.Jika tidak maka kitab & sunnah adalah lebih utama diikuti.Kita tidak menyarankan sebarang tuduhan @ kecaman kepada peribadi tertentu pada masaalah yang diperselisihkan.Terserah pada niat mereka,apa yang mereka lakukan telah berlalu.

Prinsip ketujuh: Setiap muslim yang tidak mencapai tahap mampu meneliti dalil2 bagi hukum-hakam cabang hendaklah mengikuti imam (mujtahid) agama.Ada baiknya juga,disamping ikutan ini,ia berijtihad sekadar termampu untuk mengetahui dalil2 (hukum-hakam agama).Ia juga hendaklah menerima tunjuk ajar yang berserta dalil2,sekiranya pasti kebaikkan mereka & keilmuannya.Jika ia dari kalangan ilmuan maka hendaklah ia menampung segala kekurangan ilmiyyah sehingga ia mampu untuk sampai martabat mampu meneliti (hukum-hakam).

Prinsip kelapan: Perselisihan fiqh pada perkara cabang tidak seharusnya menjadi punca perpecahan dalam agama & mengheret kepada permusuhan & saling benci membenci.Setiap mujtahid mendapat ganjarannya.Tiada salahnya membuat penjelasan ilmiyyah pada masaalah perselisihan di bawah naungan rasa mahabbah kerana Allah SWT & saling tolong-bantu untuk mencapai hakikat (kebenaran) tanpa mengheret kepada perdebatan yang tercela & rasa ta'assub.

Prinsip kesembilan: Setiap permasaalahan yang tidak mendorong kepada amal,berkecimpung kedalamnya adalah antara perbuatan memberat-beratkan yang ditegah oleh syara'.Antaranya:Memperbanyakkan cabang2 hukum-hakam yang masih belum berlaku & melibatkan diri kepada makna2 ayat al-Qur'an yang masih belum tercapai oleh ilmu & membicarakan kelebihan antara para sahabat & perselisihan antara mereka.Setiap mereka mempunyai kelebihan mendampingi Rasul & menerima ganjaran niat mereka,(lebih2 lagi) terdapatnya banyak pandangan/pilihan dalam menta'wil (isu ini).

Prinsip kesepuluh: Mengenal Allah dan mentauhidkan dan mensucikanNya adalah kemuncak aqidah Islam.Kita mengimani ayat2 sifat dan hadis2 yang sahih serta apa2 tasyabuh (penyerupaan) yang layak bagi Allah sepertimana datangnya,tanpa menta'wil dan ta'til (menafikan).Kita tidak mendedahkan diri kepada sesuatu yang terdapat padanya perselisihan antara ulama'.Sudah cukup untuk kita dengan apa yang dicukupkan oleh Rasul.Allah SWT berfirman yang bermaksud:"Dan orang2 yang mendalam ilmunya berkata kami beriman dengan semuanya (ayat2 yang mutasyabihat) dari Tuhan kami". (Surah Ali-Imran 7).

Prinsip kesebelas: Setiap bid'ah yang ada dalam agama Allah yang tiada asal prinsip,manusia menganggapnya baik menurut hawa nafsu mereka,sama ada menambah atau mengurang,merupakan satu kesesatan yang wajib diperangi.Kita mesti menghapuskannya dengan cara terbaik yang tidak membawa kepada malapetaka yang lebih buruk.

Prinsip keduabelas: Bid'ah idhafiyyah,tarkiyyah dan beriltizam dengan ibadat yang mutlak merupakan perselisihan fiqh.Semuanya terdapat pandangan ulama' dan tidak mengapa kita mencari hakikat dengan dalil dan bukti.

Prinsip ketigabelas: Mengasihi,menghormati dan memuji orang salih lantaran amalan baik mereka adalah merupakan qurbah (menghampirkan) diri kepada Allah.Para auliya' ialah mereka yang dinyatakan pada Firman Allah:"Mereka yang beriman dan bertaqwa kepada Allah."Karamah mereka adalah thabit dengan syarat2 yang syarie.Disamping itu,kita beriktikad mereka tiada kuasa memberi manafaat dan mudarat kepada diri mereka sendiri sama ada semasa hidup atau selepas mereka mati.Lebih2 lagi untuk menghulurkan itu semua kepada orang lain.

Prinsip keempat belas: Menziarahi kubur walau bagaimana keadaan sekalipun adalah sunnah yang disyariatkan dengan cara yang ma'thur.Tetapi meminta pertolongan kepada ahli kubur-walau siapapun mereka- menyeru mereka kerana perkara tersebut,meminta hajat dari mereka sama ada dari jauh maupun dekat,bernazar kepada mereka,menutupinya,menerangi dengan lampu,menyusapnya,bersumpah dengan selain Allah dan apa jua yang disertai dengan bid'ah merupakan dosa besar yang wajib diperangi.Kita tidak menta'wil terhadap amalan2 tersebut demi menutup fitnah (kemungkaran) yang lebih parah.

Prinsip kelima belas: Berdoa kepada Allah disamping bertawasul dengan salah satunya makhluk adalah perselisihan cabang (furu') dalam cara berdoa yang tidak termasuk dalam masaalah aqidah.

Prinsip keenam belas: 'Uruf yang pincang tidak akan mengubah hakikat lafaz2 syara'.Bahkan wajib mengenal pasti batas2 makna yang dikehendaki dengannya dan berhenti pada sempadannya.Sepertimana wajib berwaspada dari tipu-daya lafaz pada setiap perkara agama dan dunia.Kita mengambil kira 'benda' yang dinamakan (musammayat) bukannya nama itu sendiri.

Prinsip ketujuh belas: 'Aqidah adalah asas amalan.'Amalan hati lebih utama berbanding amalan anggota.Mendapat kesempurnaan dengan keduanya adalah dituntut pada syara' sekalipun terdapat perbezaan mertabat tuntutan tersebut.

Prinsip kelapan belas: Islam membebaskan aqal dan menggesa untuk memerhatikan alam semesta,menjunjung martabat ilmu dan alim ulama',serta mengalu-alukan perkara yang baik lagi manafaat.Hikmah adalah barang yang hilang daripada orang mukmin,sesiapa yang menemuinya maka dialah yang paling berhak terhadapnya.

Prinsip kesembilan belas: Adakalanya penelitian syara' tidak meliputi penelitian aqal dan demikian jualah sebaliknya.Namun keduanya tidak berselisih pada perkara qati'e (muktamad).Hakikat ilmiyyah yang sahih tidak bercanggah dengan kaedah syara' yang thabit.Dan setiap perkara dzanni dari keduanya ditakwilkan agar sejajar dengan perkara qati'e.Sekiranya keduanya adalah perkara dzanni maka pandangan syara'lah yang lebih utama untuk diikuti sehinggalah pandangan aqal itu thabit (kebenarannya) atau ia gugur dengan sendirinya.

Prinsip kedua puluh: Kita tidak mengkafirkan seorang Muslim yang mengucapkan dua kalimah syahadah dan beramal dengan segala tuntutannya,melaksanakan kefardhuan - dengan pandangan atau maksiat - melainkan: - Mengakui kalimah kufur. - Mengingkari perkara agama yang sedia dikatahui daruri. - Mendustakan Al-Qur'an yang jelas maknanya. - Menafsirkan menurut gambaran yang tidak sealiran dengan tata bahasa Arab pada semua keadaan. - Atau ia melakukan suatu amalan yang tidak dapat dianggapi (ditakwilkan) selain dari kufur.

Perkaya uslub dakwah

Uslub dakwah merupakan satu istilah yang tidak pernah lekang dari bibir setiap petugas dakwah. Boleh dikatakan setiap pendakwah mentafsirkan uslub dakwah menurut kacamata mereka masing-masing, sesuai dengan perkumpulan yang mereka wakili.

Justeru amat penting untuk kita merujuk kepada Al-Quran bagi menjamin seseorang pendakwah itu tidak menyeleweng daripada landasan penafsiran.

"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk." (Al-Nahl: 125)

Dari ayat di atas perkara pertama yang dapat kita fahami ialah perintah Allah swt kepada manusia untuk menyeru ke jalanNya. Persoalan uslub di dalam ayat di atas diletakkan selepas daripada seruan dakwah, ia menunjukkan bahawa uslub adalah perkara kedua.

Namun malangnya, apa yang berlaku dalam masyarakat hari ini ialah kecenderungan membincangkan uslub terlebih dahulu. Andai terus berselisih dalam persoalan uslub dakwah, bagaimana kita boleh bersatu dalam menjalankan tugas dakwah?

Usaha menentukan uslub siapa yang lebih betul sudah cukup membuang masa seseorang petugas Islam. Sedangkan Tuhan menyuruh kita memulakan tugas dakwah terlebih dahulu, kemudian dalam mengolah dakwah barulah timbul persoalan-persoalan itu.

Mungkin kita boleh merenung kembali petikan kata-kata Al-Maududi, sebagai panduan gerak kerja dakwah yang ideal;

Saudara-saudara yang mulia !
Di akhir ceramah ini, ingin saya sampaikan nasihat kepada saudara-saudara, iaitu janganlah saudara-saudara menjalankan kerja secara gerakan persatuan sulit (tanpa ada penyebaran umum dakwah) dan janganlah saudara-saudara menggunakan cara kekerasan senjata untuk mengubah suasana yang berlaku. Uslub ini termasuk dalam ertikata gopoh gapah yang tidak akan meninggalkan kesan yang baik.

Janganlah anda cuba-cuba untuk mencari jalan pendek, kerana uslub ini adalah lebih buruk akibatnya dan mendatangkan kemudaratan yang lebih besar daripada jalan yang lain. Sesungguhnya perubahan yang betul dan sihat yang telah dicapai di zaman dahulu, dan akan tercapai juga di zaman mendatang, ialah dengan kerja dakwah yang terus terang seterang matahari diwaktu tengah hari.

Oleh itu, anda mesti menyebar dakwah anda dengan cara terus terang. Anda mesti bangun bekerja memperbaiki jiwa dan akal fikiran manusia dengan kegiatan yang seluas mungkin.

Anda mesti menggunakan tenaga manusia untuk sampai kepada tujuan anda yang mulia itu dengan bersenjatakan akhlak yang menarik, nilai yang luhur, budi pekerti yang baik, nasihat yang bagus dan kebijaksanaan yang tinggi. Dan anda mesti menghadapi rintangan yang berbentuk ujian dan kesusahan sebagai pengadapan seorang pahlawan. Inilah jalan yang membolehkan kita melakukan perubahan secara radikal, yang kukuh asasnya, kuat umbinya dan besar pula faedahnya kepada umat yang lemah di hari ini. Riak gelombang semacam ini tidak dapat disekat oleh mana-mana kekuatan musuh.

Saya berani bertegas bahawa umat Islam yang kemudian ini tidak menjadi baik melainkan dengan mengamalkan ajaran yang telah diamalkan oleh umat Islam yang terdahulu. Adapun jika anda bergopoh gapah melakukan perubahan dengan menggunakan cara kekerasan, kemudian anda berjaya sedikit sebanyak dalam perubahan itu, maka kejayaan itu tak ubah seperti angin yang masuk melalui pintu dan keluar melalui jendela.

Nasihat ini saya sampaikan kepada setiap orang yang bekerja menyebar dakwah Islamiyyah, kerana ia adalah peringatan bagi orang yang mempunyai hati atau menggunakan pendengarannya sedang ia menyaksi.

Saya memohon kepada Allah supaya ia memperbetulkan kesalahan kita, mengilhamkan hidayah, taufik dan menolong kita dalam usaha meninggikan kalimahnya pada jalan yang Ia redai. Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik penolong.

Jelas, Al-Maududi menggariskan bagaimana teknik berdakwah secara hikmah, nasihat dan bertukar pandangan dengan cara yang baik merupakan jalan terbaik untuk menyeru manusia kepada Allah.

Justeru, gunakanlah sebaik-baik cara berhubung dengan tujuan untuk menjauhkan pendengar-pendengar yang didakwahkan daripada merasa bahawa pendakwah itu menyerang pegangan mereka. Perancangan cara begini adalah lebih kuat, berpengaruh dan berkesan. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka; dan katakanlah (kepada mereka) : Kami beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepada kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu; dan Tuhan kamu, juga Tuhan kamu, adalah Satu; dan kepadaNyalah, kami patuh dengan berserah diri." (Al-Ankabut: 46)

Inilah juga firman Allah s.w.t. kepada Nabi Musa a.s. dan saudaranya Harun a.s. ketika mereka diutuskan oleh Allah s.w.t. kepada Firaun yang sombong. Sungguhpun begitu, Allah s.w.t. memerintahkan mereka supaya berlemah-lembut. FirmanNya yang bermaksud:

"Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas dalam kekufurannya. Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut." (Taha: 43-44)

Apabila Allah s.w.t. menyatakan supaya dalam berbincang mestilah dengan cara yang baik, maka para da’i perlulah membuat persiapan terlebih dahulu dan segi hujah, latihan, teknik, berbincang yang terbaik, supaya lahir seorang da’i yang mempunyai karisma yang tinggi dalam berdiskusi.

Namun, sekiranya segala cara telah dilakukan namun mereka masih menolak dakwah maka para da’I tidak seharusnya dihantui oleh fikiran bahawa mereka telah gagal melaksanakan amanah melainkan meyakini soal hidayah adalah milik mutlak Allah!


Wednesday, November 30, 2005

Ke Pengkalan Pasir....

Pengkalan Pasir menjadi perhatian seluruh Malaysia...bertuahnya! Tempat yang dahulunya tidak menjadi tumpuan manusia, kini dikunjungi ribuan manusia. Untuk kerana kuasa! Terpulang kepada rakyat yang punya kuasa memilih dengan satu undi yang ada pada diri masing-masing. Undi yang menjadi penentu pada 6 Disember 2005 ini samada sayangkan Islam berkuasa atau tidak...ramai juga yang tidak ambil kisah. Lazimnya, antara 20-30% pengundi tidak akan keluar mengundi..dalam negara yang elemen demokrasinya hampir pupus, hak mengundi ini teramatlah penting. Jangan disia-siakan! Ingat lagi isteriku yang sarat bersalin anak yang ke-4, sanggup bersusah payah ke pusat mengundi di Kajang, tatkala suaminya meredah hangat kempen pilihanraya di Kuantan (November 1999). Berbaloi! Kelompok Islam menang dengan majoriti 32 undi! Di Pengkalan Pasir, majoriti undi pada calon yang menang pada pilihanraya 2004 yang lalu hanya sekitar 50 undi..

InshaAllah hari Isnin hingga Rabu depan, aku akan ke Pengkalan Pasir sekali lagi..sebelum ini telahpun kesana dan kebetulan anak didikku tinggal di sana..atas kemudahan urusan perniagaan yang baru dikurnia, alhamdulillah..kali ini bersama isteri tercinta...supaya kali ini kami dapat merasai bersama-sama kehangatan pilihanraya yang amat penting ini bagi masa depan negeri Kelantan Darul Naim!

Sunday, November 27, 2005

...Dakwah Remaja 02...Kg Labohan (sambungan)

Bukit Bauk 1

Seingatku tidak banyak gunung atau bukit yang kudaki sepanjang hidupku...kali pertama mountaneering ialah bersama sepasukan 15 orang yang menyertai program Duke of Edinburgh Award ketika di New College, Cardiff..aku bersama 2 rakan senior A-Levels serta 10 pelajar Welsh yang lain..dengan 3 guru pengiring telah membuat percubaan mendaki di 5 buah gunung selama 5 hari berturut2 di Lake District UK pada hujung bulan December 1987 ketika percutian Krismas...lebih kurang 3 bulan selepas aku mula menjejak kaki di bumi UK. Musim winter yang sejuk di kawasan pergunungan ini cukup mencabar jiwa, mental apatah lagi fizikal...badanpun masih dalam kategori fit n ideal weight ketika itu..orang muda 18 tahun katakan..masih lagi kekal di memoriku apabila kami mohon pada guru pengiring supaya berhenti berdekatan sebuah tasik kori yang menjadi ais...utk kami solat jamak qasar dengan memakai winter jacket n boot..diperhatikan oleh manusia2 yang tidak beriman itu..

Sebenarnya keseronokan ekspedisi seumpama ini hanya dapat dirasai apabila kita berjaya sampai ke puncak...apatah lagi puncak yang penuh salji yang putih saujana memandang..masih ku ingat aku mengumandangkan azan dan tasbih...tanda syukur dan takjub dengan kebesaran ALLAH!

Selepas itu...hampir tiada lagi aktiviti seumpama itu ku sertai melainkan trekking menerusi kawasan-kawasan bukit di UK semasa program Summer Training Camp setiap tahun..bila kembali ke Malaysia, peluang mendaki bukit telah berjaya ku sertai semula pada sekitar tahun 1997..ketika itu dua kali aku berjaya memanjat Gunung Angsi berdekatan Kuala Pilah, Negeri Sembilan..sekali bersama teman2 sepejabat dan sekali lagi bersama adik2 usrahku di UNITEN..kemudian percubaan mendaki ini hampir tiada kecuali bukit2 yang kami redahi dalam trekking kami di Batang Kali, Selangor sekitar tahun 1999-2003 bersama adik2 usrahku di KYPM Bangi dan KARISMA Zon 1..dan bila ada adik2ku berjaya ke Jepun, mereka sering menceritakan kehebatan Gunung Fuji dgn kata mereka yg sudah lali kudengar, "..akhi..bila lagi nak ke Jepun?"

26 November 2005...ketika musim tengkujuh sedang melanda...alhamdulillah sekali lagi berkesempatan mendaki sebuah bukit di Dungun...walaupun tidak setinggi mana..sekitar 1000 kaki sahaja....namun cukup memberikan kepuasan bila sampai ke puncaknya bagi pendaki pertengahan 30an sepertiku..itulah Bukit Bauk namanya..

Rindunya suasana tarbiah...

Alhamdulillah selesai menyertai mukhayyam dakhili (sepatutnya khariji...tapi tukar di saat akhir..kerana cuaca musim tengkujuh yang tak menentu)..berpeluang menemui para sahabat seperjuangan di dalam perhentian tarbiah jamaah ini sebelum meneruskan lagi agenda pengislahan bersama masyarakat luar sana...alhamdulillah..

Disiplin ketat yang dilaksanakan cukup memberikan peluang untuk jiwa ini terus dididik...berupa pengisian ruhi, fikri dan jasadi..qiamullail, tilawah 1 juzuk sehari, wirid mathurat kubra setiap pagi dan petang, riyadah jamaie..(main bola kapten..best!), diskusi, forum, tazkirah dan tak lupa juga pendakian Bukit Bauk...alhamdulillah summalhamdulillah.

Moga jiwa yang terisi akan terus bangkit memperkasakan agenda islah di hadapan...Ya Allah..berikan aku kekuatan sebagai hafazan al-Quran, surah Muhammad 63-68, kelmarin...ameen.

Thursday, November 24, 2005

Dakwah Remaja Lagi...

Selepas 'menziarahi' klien di PETLIN tadi, terus aku ke Masjid Kg Labohan yang terletak berdekatan worksyop STS untuk solat 'asar berjamaah...sempat la habis 2 mukasurat surah atTaubah sebelum azan berkumandang...dah lama aku tak solat di sini rupanya sejak berpindah ke Kerteh awal November 2004..malah program berbuka puasa yang sudah dua tahun berturut2 diadakan di masjid ini tidak dapat dilaksanakan pada Ramadhan kali...bertukar ke Masjid Tg Mizan, Kerteh pula..tapi bukan sekali...lima kali berbuka puasa..alhamdulillah. Masjid Jamek Kerteh yang juga berhampiran dengan worksyop STS kini menjadi kunjungan utama setiap waktu solat selain solat subuh dan isyak yang selalu ku laksanakan di Masjid Tg Mizan kerana berhampiran dengan rumah.

...Kunjungan kali ini agak istimewa. Lepas solat, aku nampak ada 5 orang remaja duduk sambil membaca kitab Fadhail 'Amaal..kitab taklim yang sering dibaca dan boleh didapati hampir di kebanyakan masjid dan surau....banyak sungguh pahala penulisnya iaitu Syeikh Maulana Muhammad Yusuf al-Kandahlavi yang bersama pengasas Gerakan Jamaah Tabligh iaitu Syeikh Muhammad Ilyas rahimahulLah..berpusat di Nizamuddin, New Delhi, India ini...ramai umat yang lalai kembali menyahut seruan iman untuk bersama beriltizam dengan Islam di seluruh dunia..walaupun hati kecilku berkata, alangkah baiknya buku-buku karya Syeikh Hassan al-Banna, Sayyid Qutb, Maulana Maududi sepatutnya juga menjadi rujukan-rujukan utama bacaan umat Islam hari ini..

...aku pun menghampiri mereka...sambil mereka meneruskan pembacaan..sempat aku sms pada zaujah tersayang yang aku sedang bersama mereka...doakan ye..

(bersambung....perkenalan...makan roti canai...bincang nak buat kem ibadah di masjid....ziarah Imam Masjid...)

Tuesday, November 22, 2005

Tanggungjawab makin bertambah….

Sabtu 19 November 2005...hadiri mesyuarat JIM Negeri Terengganu sesi 2005/2007 yang pertama di SRIAAD. Hadir lewat setengah jam kerana bersama isteri dan anak-anak yang sedang dibawa bercuti ke Awana Kijal…memang dirancang awal supaya mereka ada masa denganku…memandangkan tanggungjawab kerja dalam waktu terdekat ini yang semakin bertambah..tak pasti boleh bercuti lama lagi tidak selepas ini…tambahan lagi 20 Nov Ahad nak ke Kota Bharu…meeting Air Kelantan..satu lagi rezki perniagaan yang perlu dijayakan…mudah-mudahan permulaanku di Bandaraya Islam yang pertama di Malaysia itu..berjaya dan terus diberkati inshaAllah.

Bila ditanya oleh YDP Terengganu yang baru, Hj Abas Sahat, didalam mesyuarat tersebut“..enta nak pegang Biro apa akhi…ana bagi enta choice…Belia or Remaja?”….susah jugak nak jawab tu pasal kedua-duanya begitu dekat dihatiku…belia sudah ku dekati sejak aku kembali ke Malaysia mulai Januari 1995 dan diteruskan dengan Usrah Profesional Muda (ProMuda) dan KARISMA bersama JIM Dungun bila aku mula bertapak di Paka, Terengganu mulai Jun 2003.…remaja pula mula kudekati sejak bermula dengan kelas tuisyen Prinsip Akaun untuk 6 orang pelajar SM Seri Paka pada bulan Jun 2004..bertambah lagi dengan komitmen dakwah di SM Paka mulai Feb 2005 dan SM Teknik Dungun mulai Mei 2005…masih baru..

Berat hati juga nak jawab kerana memikirkan tanggungjawab ini. Tetapi bila mengenangkan kehidupanku telahku wakafkan untuk dakwah, jawapanku pada beliau…”Bagi ana pegang remaja akhi…”. Tanpa lengah, terusku koordinasi bersama YDP JIM Kemaman & KT yang turut hadir di dalam mesyuarat serta sms kepada Pengurus KRJ Kemaman dan KT ….kita akan adakan Muzakarah Pembangunan Remaja JIM Tganu pada hari Sabtu 17 Disember 2005 ini inshaAllah…mesyuarat pertama JKPR pertama pada hari Sabtu 26 November 2005 ini akan memperincikan lagi muzakarah nanti…inilah cara biasa ku….perlu pantas menyusun demi tanggungjawab yang semakin bertambah…Ya Allah! Bantulah hamba-Mu ini mendapatkan syurga-Mu!

Monday, November 14, 2005

Dimana Tilawah al-Quran Selepas Ramadhan...

Hari ni dah 12 Syawal...mudah2an mampu ku habiskan puasa enam buat kesekian kalinya tahun ini inshaAllah...eleh...baru hari ke-2...takpe takpe cuba akhi (kataku pada diri sendiri)..

Tilawahku bagaimana...masih di juzuk ke-5...inshaAllah kena habis juz ke -6 hari ini jugak..otherwise sasaran minima untuk khatam sekali dalam 2 bulan akan tercabar..takpe takpe cuba akhi (kataku lagi)...nak usaha kejar sahabat2 yang mampu khatam setiap bulan..bukan hanya bulan Ramadhan sahaja..jealous aku pada yang sudah mampu..aku doakan aku juga berjaya...isteri & anakku juga berjaya..teman sahabatku juga berjaya...supaya al-Quran didampingi sebaik-baiknya.

Jom tanam azam...laksanakan!!

Tips al-Banna

1. UNTUK BADAN

Menjaga Kesihatan Setiap ahli usrah hendaklah melakukan pemeriksaan umumkesihatan dari semasa ke semasa. Jika kita berpenyakit, segeralah berubat.Selain itu, ambil berat tentang punca-punca kekuatan badan dan pemeliharaankekuatan itu dari segi kesihatan. Jauhkan diri kita daripadaperkara-perkara yang boleh melemahkan kesihatan badan.Menjaga Kebersihan Jagalah kebersihan dalam semua hal: dalam rumah tangga,pakaian, makan minum, tubuh badan, dan tempat bekerja. Agama Islam itudiasaskan di atas dasar "kebersihan".Minuman dan Rokok Janganlah minum kopi, teh dan minuman penyegar lainsecara berlebih-lebihan. Seboleh-bolehnya jangan sama sekali menghisaprokok.Minuman Keras Hindari diri daripada arak, sebarang minuman yang memabukkan,dan minuman yang boleh melemahkan kesihatan badan atau apa-apa jua minumanyang berbahaya.

2. UNTUK AKAL

Amalan Membaca Pastikan diri kita mampu membaca dan menulis dengan baik.Hendaklah kita sentiasa membaca bahan bacaan Islam, akhbar* dan majalahbermutu. Jika anda golongan iktisas dalam sesuatu bidang pengetahuan,usahakan sebuah perpustakaan khas peribadi, walaupun kecil, agar saudaraberpeluang mendalamkan ilmu pengetahuan. Timbalah pengalaman dalam urusanagama Islam sekira-kira membolehkan anda menggambarkan hakikat danmenimbang sama ada cocok atau tidak satu-satu perkara itu dengan tujuandakwah kita.Mendalami Pengetahuan Islam Hendaklah saudara dapat membaca Al-Qur'andengan betul; dan juga hendaklah saudara dapat mendengar serta memikirkanertinya. Juga saudara dikehendaki mempelajari sirah atau perjalananRasulullah s.a.w. dan sejarah angkatan salafus soleh atau yang sangatmustahak tentang asas-asas akidah, asas-asas bagaimana hukum-hukum itubercabang, dan juga rahsia-rahsia syariat Allah s.w.t.

3. UNTUK BUDI PEKERTI

Berketerampilan Hendaklah saudara sentiasa dalam keadaan segar mekar dancergas, berperasaan halus, mudah berkesan sama ada terhadap sesuatu yangbaik mahupun terhadap sesuatu yang baru; sama ada terhadapperkataan-perkataan mahupun terhadap perbuatan.Berkata Benar Hendaklah saudara sentiasa bercakap benar dan jangansekali-kali berdusta; hendaklah saudara kuat kemahuan dan janganlahteragak-agak dalam sesuatu perkara, yang benar dan hendaklah saudarasanggup menyimpan rahsia; berani mengaku kesilapan sendiri, sanggupmenyedari dan mengawasi diri sendiri ketika marah.Berani Hendaklah saudara bersikap berani; sanggup memikul bebanan; dansemulia-mulia keberanian itu ialah berani berterus terang dengan perkarayang benar dan hendaklah saudara menyimpan rahsia; berani mengaku kesilapansendiri, sanggup menyedari dan mengawal diri sendiri ketika marah.Serius Hendaklah saudara bersikap gagah dengan cara sentiasabersungguh-sungguh dalam sesuatu perkara. Kegagahan sikap seperti itutidaklah pula sampai menghalang saudara daripada bergurau dengan yang benardan ketawa dengan senyum dan dengan tidak mengada-ngada.Hindari Kejahatan Hendaklah saudara menjauhkan diri daripada rakan-rakanyang jahat dan daripada kawan-kawan yang rosak seperti mana saudara jugahendaklah menjauhkan diri daripada tempat maksiat dan dosa.

4. UNTUK SAKU

Bekerja Walaupun Sudah Kaya Hendaklah saudara membuat apa jua kerja yanghalal yang boleh mendatangkan rezeki sekalipun kalau saudara sudahkara-raya; dan juga hendaklah saudara memilih kerja yang bersungguh-sungguhdan mencubanya sedaya upaya walaupun kerja itu sukar; bahkan hendaklahsaudara bertekun sehingga berjaya dalam satu-satu kerja.Teruskan Kerja Janganlah saudara terlalu sibuk mencari kerja dipejabat-pejabat kerajaan, tetapi janganlah pula menolaknya jika adapeluang. Janganlah lepaskan kerja yang ada kecuali kerja itu benar-benarberlawanan dengan tugas-tugas gerakan dakwah kita.Jujur Hendaklah saudara sentiasa berjaga-jaga supaya dapat menunaikan tugassaudara dengan cukup amanah tentang kelicinan dan ketertiban pekerjaan itu;jangan sekali-kali menipu; bahkan hendaklah saudara menunaikan kewajipanitu dengan tepat pada waktunya dan tepat pada masa janjinya.Jangan Berjudi Hendaklah saudara menjauhkan diri daripada permainan judiwalaupun apa jua coraknya, dan walau apa pun jua tujuan yang ada disebaliknya. Hendaklah juga saudara menjauhkan diri daripada cara-carapenghasilan haram walaupun di sebaliknya itu terdapat keuntungan yangsegera.Hindari Riba Jauhilah diri kita daripada riba dalam semua muamalah jualbeli--bersihkan diri anda daripada sebarang bentuk riba.Menyimpan dan Berjimat Hendaklah saudara menyimpan sebahagian daripada wangsaudara untuk masa kecemasan walaupun simpanan itu sedikit sahaja, danjanganlah sekali-kali saudara terjerumus ke dalam perbelanjaan-perbelanjaanyang tidak mustahak.Hindari Maksiat Hendaklah saudara memerangi tempat-tempat permainan kotor;jangan menghampirinya, dan hendaklah saudara menjauhkan diri daripada carahidup bermewah-mewah, berlebih-lebihan dan membazir.Berhemat Hendaklah saudara menggunakan harta umum umat Islam itu kepadajalan-jalan yang menggalakkan perusahaan dan pembangunan ekonomi Islam.Hendaklah saudara berjaga-jaga supaya jangan sampai keciciran wang ituwalau sekupang sekalipun ke tangan pihak yang bukan Islam walau dalam apajua keadaan sekalipun. Hendaklah saudara jangan memakai melainkanbarang-barang buatan tanah air saudara sendiri.

5. UNTUK ORANG LAIN

Adil Hendaklah saudara berlaku adil dan benar dalam menjalankan sesuatuhukum walau apa pun jua perkaranya. Janganlah saudara lupakan kebaikanorang lain sebab saudara marah; dan sebaliknya pula, janganlah saudaramemejam mata daripada kejahatan-kejahatan mereka itu kerana saudaramenyayanginya. Budi baik orang lain hendaklah dikenang walaupun ketikadalam keadaan bermusuhan. Hendaklah saudara bercakap benar walaupunterhadap diri sendiri atau terhadap orang yang paling hampir dengan saudarasekali pun percakapan yang benar itu pahit dan maung akibatnya.Komited Hendaklah saudara cergas dan terlatih dalam membuat perkara-perkarakebajikan am. Kecerdasan ini dapat diukur dengan perasaan gembira saudaraketika saudara dapat memberi khidmat kepada orang lain untuk mencapaimaksud ini hendaklah saudara menziarahi orang-orang sakit, menolongorang-orang yang berhajat, menanggung bebanan orang-orang yang lemah danmelapangkan dada orang-orang yang ditimpa kemalangan atau bencana walaupunhanya sekadar dengan cakap-cakap yang melegakan hati. Tegasnya, hendaklahsaudara segera melakukan kebajikan walau apa jua pun coraknya.Belas Kasihan Hendaklah saudara bersifat belas kasihan dan bertolak ansur.Dalam hal ini hendaklah saudara memaafkan dan mengampun kesilapan-kesilapanorang lain. Belas kasihan ini bukan sahaja terhadap sesama manusia akantetapi juga terhadap makhluk haiwan. Hendaklah saudara bermuamalah denganorang lain secara yang baik; sentiasalah berkelakuan baik terhadap orangramai dan hendaklah saudara memelihara sopan santun secara Islam dalampergaulan sehari-hari--iaitu dengan cara menaruh perasaan belas kasihankepada yang kecil dan menghormati yang tua, melapangkan tempat ketika didalam mana-mana majlis perhimpunan ramai. Janganlah saudara mengintai ataumengumpat; jangan menceroboh bahkan hendaklah saudara terlebih dahulumeminta izin ketika hendak masuk ke sesuatu tempat dan begitu juga ketikahendak keluar daripada sesuatu tempat.Hak Hendaklah saudara meminta hak saudara dengan cara yang baik danhendaklah menunai hak orang lain dengan sepenuhnya dengan tidak payahdituntut dan dengan tidak lengah-lengah lagi.

6. UNTUK GERAKAN DAKWAH

Hindari Kumpulan yang Tidak Berfaedah Anda hendaklah melepaskan diridaripada berhubung dengan sebarang badan atau kumpulan yang tidak memberifaedah kepada gerakan dakwah kita.Tegakkan Kebiasaan Islam Berusahalah sedaya upaya menghidupkan kebiasaanyang bercorak Islam dan perangi adat dagang dalam semua lapangan hidup,termasuk cara memberi hormat, tutur kata, bahasa itu sendiri, sejarah,pakaian dan masa bekerja.Berhati-hati Bertindak Jangan menonjolkan diri dalam apa jua mahkamah bukanIslam; iaitu dengan jalan tidak berhakimkan kepadanya kecuali jikaterpaksa. Janganlah pergi ke kelab-kelab yang bukan Islam, akhbar-akhbar,kumpulan-kumpulan, sekolah-sekolah dan badan-badan sertaperbadanan-perbadanan yang menentang Islam. Pemulauan ini hendaklah saudaralakukan dengan cara yang bersungguh-sungguh. (Ulasan: Bagaimana jikaseorang naqib usrah sengaja mengeluarkan anaknya daripada taman asuhankanak-kanak Islam dan menghantar anak itu ke tadika Kristian? Beberapaorang ahli usrah kami juga meninggalkan sekolah kebangsaan danmenyekolahkan semua anak mereka di sekolah rendah berjenama Saint.)Berkenalan Kenalilah semua anggota cawangan sendiri. Perkenalkan dirisendiri kepada mereka dengan sejelas-jelasnya sambil menunjukkan bahawaanda benar-benar berasa kasih sayang, penghargaan, sanggupbertolong-tolongan dan buktikan bahawa anda mengutamakan kepentingan merekaberbanding dengan kepentingan diri sendiri.Sumbangkan Harta untuk Gerakan Sumbangkan sedikit daripada harta anda untukgerakan dakwah. Janganlah pula lupa mengeluarkan zakat yang wajib.Peruntukan sedikit harta untuk pengemis dan orang-orang yang terputusrezeki, walaupun pendapatan anda sangat kecil.Berdakwah dan Selalu Sedia Berusahalah menyiarkan seruan dakwah ke segenapteluk rantau. Corakkan rumah tangga, keluarga dan semua rakan taulan dengancorak keislaman. Laporkan suasana yang mengelilingi anda kepada pucukpimpinan. Hendaklah anda sentiasa berhubung rapat dengan pucuk pimpinandari segi jiwa dan amalan. Malah kita hendaklah meminta persetujuan merekaterlebih dahulu dalam setiap langkah yang penting di samping menganggapdiri kita sebagai askar yang sentiasa dalam keadaan siap sedia dan hanyamenunggu perintah untuk bertindak.

7. UNTUK TUHAN

Mengawasi Allah Janganlah saudara terputus daripada mengawasi Allah.Sentiasalah berniat ikhlas kerana Allah dalam sebarang pekerjaan.* Saudarahendaklah sentiasa beringat-ingat serta bersedia untuk ke akhirat; iaitudengan jalan beramal dengan ibadat sunat untuk menghampirkan diri kepadaAllah. Banyakkan zikrullah dalam semua hal serta berdoa dengan doa-doa yangma'thur yang pernah diamalkan oleh Rasulullah dalam setiap keadaan.*Terjemahan asal dua ayat ini dikekalkan.Amalkan Wirid Khas Amalkan wirid yang khas bagi Ikhwan Muslimin danjanganlah saudara mengecualikannya melainkan sesuatu situasi cemas danmemaksa.Bersih dan Kelalkan Wuduk Peliharalah kebersihan yang nyata dan yangmaknawi. Seboleh-bolehnya sentiasalah berada dalam keadaan berwuduk.Solat Dirikan solat dengan betul dan pada waktu-waktunya yang ditentukan.Seboleh-bolehnya selalulah ke masjid dan berjemaah di sana.Puasa Hendaklah saudara berpuasa pada bulan Ramadan dengan sebaik-baiknya.Haji Hendaklah saudara menunaikan fardu haji jika mampu. Jika belum mampu,bekerjalah untuknya sekarang juga.Beristighfar Hendaklah saudara sentiasa membaharui taubat dan istighfarmeminta ampun kepada Tuhan. Jauhkan diri daripada segala dosa besar dandosa kecil.Manfaatkan Masa Hendaklah saudara menjaga masa kerana masa itu adalah umursaudara; oleh itu hendaklah saudara menjauhkan diri daripadaperkara-perkara yang samar-samar hukumnya supaya dengan menjauhkan diridaripadanya saudara tidak terjatuh ke dalam perkara-perkara yang haram.Kawal Diri Lawan diri sendiri dengan sehebat-hebatnya agar mudah saudaramemimpin diri sendiri. Kawallah mata dan perasaan hati sendiri. Kuasailahdesakan kemahuan dalam diri dan halakanlah semuanya itu kepada perkara yanghalal lagi baik. Elakkan diri daripada apa jua perkara yang haram walau apapun jua coraknya.

8. UNTUK KESEMUANYA

Kekal Niat Jihad Hendaklah saudara sentiasa berada dalam keadaan niatberjihad dan untuk-Nya sedaya upaya.Muhasabah Sebelum tidur, peruntukkan masa selama satu jam untuk menyoaldiri sendiri tentang sejauh mana dan sebanyak mana saudara menunaikankewajipan ini. Jika didapati jawapannya baik, bersyukurlah kepada Allah;tetapi jika dapati kekurangan maka pintalah ampun kepada Allah danbertaubatlah. Hendaklah saudara pinta pertolongan daripada-Nya kerana Allahitu sebaik-baik Pengawal dan sebaik-baik Pembantu.

Aku Kenal Islam Sebelum Mengenal Muslim...

Tertarik membaca perkongsian Dr Hishamudin Alham dalam naqibnet tentang perkongsian beliau berdakwah kepada seorang pengusaha kedai cermin mata berbangsa Cina dan beragama Buddist. Jadi kita pun nak kongsi gak la...

Pagi subuh Ahad 13 November, sengaja aku ke Masjid al-Kauthar Seksyen 4 Bandar Baru Bangi, kerana ingin mendengar kuliah fajar yang selalunya disampaikan oleh penceramah yang menarik...kalau tidak kunjunganku biasanya ke surau-surau berdekatan rumahku. Sebelumnya, tarbiah ramadhan masih terasa untuk aku terus bangkit menjadi 'mustaghfireena bil ashar'..dan terus berpagi-pagi ke rumah Allah. Moga terus istiqomah. Alhamdulillah...pilihan ku memang tepat agaknya..kali ini kuliah fajar diganti dengan satu sesi istimewa...perkongsian seorang saudara baru, Bilal namanya (seperti yang diperkenalkan imam selepas selesai solat & wirid)..seorang berbangsa Perancis yang tidak pula disebut nama asalnya..yang sedang bercuti di Malaysia dan akan kembali pulang ke tanahair beliau pada 18 November nanti..bekerja sebagai pemandu lori DHL di sana. Dalam bahasa Inggeris, beliau menyatakan di permulaan ucapan yang beliau cukup senang sekali berada bersama masyarakat Muslim di Malaysia...kerana beliau berpengalaman berada di negara-negara umat Islam yang lain seperti di Afrika. Beliau yang mempunyai dua orang adik beradik itu berlatarbelakangkan keluarga beragama Kristian Katolik tetapi tidak pernah diajar tentang agama sedari kecil. Malah beliau sendiri tidak ambil kisah tentang tuhan. Sehinggalah ketika usia remaja beliau sekitar 16-20 tahun, beliau mula bertanyakan beberapa persoalan asas tentang kehidupan. Ketika umur beliau 20 tahun sekitar tahun 1996, beliau berkesempatan bercuti di sebuah negara umat Islam di Senegal dan pengalaman yang tidak beliau lupakan ialah apabila beliau dihampiri oleh seorang tua yang menghadiahkan beliau senaskah al-Quran terjemahan bahasa Perancis. Sejak itu sekembali beliau ke negaranya, beliau mula membelek2 dan membaca makna-makna al-Quran hampir setiap hari sehingga semakin tertarik dengan makna-makna yang memberikan jawapan kepada persoalan-persoalan tentang kehidupan yang selama ini dicari beliau. Namun tiada siapa yang mengajarnya tentang Islam. Beliau mula berpuasa di bulan Ramadhan...(dengan nada jenaka, beliau kata 'saya kenali Islam dengan puasa terlebih dahulu sebelum syahadah kerana tidak tahu perlu bersyahadah terlebih dahulu). Suatu hari seorang Muslim yang beliau kenal tidak beramal dengan Islam(tidak solat) menyatakan kepada beliau bahawa buat apa berpuasa kalau anda tidak sembahyang!...lantas dia mula belajar solat dengan mempelajari daripada buku cara-cara solat yang dibelinya kerana tiada siapa yang mengajarnya cara yang sebenar...sehinggalah pada sekitar tahun 2001 beliau berkenalan dengan seorang Muslim yang kini menjadi rakan baik beliau yang mengajar beliau tentang Islam dan akhirnya beliau mengucap syahadah pada tahun yang sama...Bayangkan kata beliau, "saya mengambil masa hampir 5 tahun mengenali Islam tanpa mana-mana bantuan orang Islam yang lain".

Ini mengingatkan kita juga sejauhmana kita berkongsi tentang Islam dengan orang-orang bukan Islam yang lain sedangkan kita setiap hari berinteraksi dengan mereka.

Beliau menambah lagi tentang satu pengalaman menarik di Perancis khususnya bilangan peningkatan yang masuk Islam di kalangan rakyat Perancis. Kata beliau, ada seorang padri Kristian pemilik sebuah kedai buku, telah cuba untuk berdakwah kepada seorang Islam yang mengunjungi kedai beliau. Apabila berlaku perkongsian maklumat diantara keduanya, dengan izin Allah, paderi itu yang tertarik kepada Islam dan akhirnya memeluk agama Islam. SubhanalLah! Moga kita doakan agar beliau mampu berdakwah kepada keluarga beliau yang masih tidak boleh menerima hakikat beliau sudah masuk Islam terutama sekali ibu beliau.

Sempat juga aku bertanyakan soalan kepada beliau (biasala orang Melayu....itulah the only soalan kepada beliau pagi tersebut) di penghujung sesi. Beliau merumuskan, mungkin kalau beliau mengenali orang Islam sebelum mengenali Islam, beliau tidak akan tertarik dengan Islam...dan ini kata beliau masalah yang begitu menebal yang menghalangi orang bukan Islam untuk tertarik kepada Islam!

Jom kita kongsikan Islam dengan yang lain yang menanti-nantikan sentuhan iman kita!!

Wednesday, November 09, 2005

Secebis Pengajaran Tiga Ghazwah di bulan Syawal

Marilah kembalikan ingatan dan selawat kita kepada Rasulullah s.a.w pagi ini. Moga kecintaan kita kepada baginda menjadikan kita sentiasa tsabat dan istiqomah di atas jalan dakwah ilaAllah...jalan yang kita ingin ittiba' atau ikuti sepanjang hayat..(ali-Imran:31)..moga dengannya Allah al-Ghafur ar-Rahim ampuni segala dosa kita.

Antara kitab Seerah yang pernah ku pelajari pernah menyebut supaya diajarkan kepada anak-anak(atau para remaja sekalian) akan ghazwah atau peperangan yang berlaku di zaman Rasulullah s.a.w. Dalam ingatanku, ada 3 buah ghazwah yang berlaku di bulan Syawal iaitu Perang Uhud, Perang Ahzab dan Perang Hunain. Ketiga-tiga ghazwah ini mempunyai latarbelakang dan peristiwa pengajarannya yang tersendiri.

Perang Uhud sekitar 3 Hijrah mengingatkan kita akan kekalahan umat Islam di pusingan pertama hasil kealpaan mereka yang cintakan dunia....melihat tinggalan perang yang mengabui mata sehingga melupakan pesanan baginda ar-Rasul s.a.w. untuk tetap bertahan di bukit Uhud. Kesannya begitu tinggi kepada perjuangan umat generasi pertama mendirikan negara nubuwwah. Syahidnya As'adullah, mujahid Sayyidina Hamzah dan juga murabbi Mus'ab bin Umair serta kecederaan yang dialami oleh Rasulullah s.a.w. sendiri cukup meninggalkan kesan kepada umat Islam. Maksud firman Allah dalam

ali-Imran:152 : "...diantara kamu ada yang mengkehendaki dunia dan diantara kamu (ada) pula yang mengkehendaki akhirat.."

ali-Imran:153 : (ingatlah) ketika kamu lari dan tidak menoleh kepada sesiapapun, sedang Rasul(muhammad) yang berada di antara(kawan-kawan)mu yang lain memanggil kamu(kelompok yang lari), kerana itu Allah menimpakan kepadamu kesedihan demi kesedihan...."

Begitu juga dengan Perang Hunain yang berlaku sekitar 8 Hijrah selepas Fathul Makkah...umat Islam hampir tewas di pusingan pertama dek kerana perasaan terlalu yakin dengan bilangan yang ramai iaitu sekitar 12,000 orang - peperangan pertama paling ramai disertai umat Islam..maka Allah jadikan sebagai satu tajribah tarbawiah buat umat...lihat surah Taubah:25 maksudnya :

"Sungguh, Allah telah menolong kamu (mukminin) di banyak medan perang, dan (ingatlah) Perang Hunain, ketika jumlahmu yang besar itu membanggakan kamu, tetapi (jumlah yang banyak itu) sama sekali tidak berguna bagimu, dan bumi yang luas itu terasa sempit bagimu, kemudian kamu berbalik ke belakang dan lari tunggang langgang."

Untuk melayakkan kita mendapat kemenangan daripada Allah SWT bukan hanya dengan kekuatan bilangan dan harta benda tetapi perlulah memenuhi syarat utama kejayaan iaitu keimanan dan ketaqwaan yang sebenar-benarnya kepada Allah SWT.

Ini mengingatkan kita juga dengan kebimbangan Umar al-Khattab r.a. apabila beliau menasihati batalion tentera umat Islam ketika percubaan membuka bumi Mesir dimana beliau menyatakan, "Yang aku bimbang bukannya musuh-musuh kamu tetapi kekalahan disebabkan maksiat-maksiat yang dilakukan oleh kamu sendiri."

Perang Ahzab pula atau juga dikenali sebagai Perang Khandak yang berlaku pada awal Syawal 5 Hijrah dan berlanjutan hingga ke bulan Zulkaeddah memperlihatkan kemenangan yang cukup strategik umat Islam berdepan tentera bersekutu kafir Quraisy dibantu kaum Yahudi yang telah diusir daripada bumi Madinah. Strategi ketenteraan yang diilhamkan oleh Salman al-Farisi r.a. ini cukup unik sekali sehingga tidak terjangkau oleh kafir bersekutu Quraisy...walaupun jumlah kecederaan dan kematian hanya sedikit, tetapi impak nya cukup besar apabila tentera bersekutu kafir diporakperanda oleh strategi licik umat Islam dan bantuan Allah SWT..hingga mereka terus mundur dari berperang (lihat al-Ahzab:25). Kemenangan ini jugalah menyebabkan dakwah Islam tersebar luas ke serata tanah Arab dengan misi-misi dakwah yang diutus oleh Nabi s.a.w. khususnya selepas berlakunya Perjanjian Damai Hudaibiah di tahun ke-6 Hijrah.

Kerana itulah....kita juga bersama-sama tadabbur tentang bait-bait takbir hari raya di 1 Syawal.

...Allahu Akbar Allahu Akbar walilLahilHamd.

Kerteh, 7 Syawal 1426H.

Sunday, November 06, 2005

Graduan Menganggur?

Nov 4, 2005
60,000 Malaysian graduates unemployed
Survey finds most are Malays, with poor English language skills, irrelevant degrees
By Leslie Lau
Malaysia Correspondent

KUALA LUMPUR - NEARLY 60,000 Malaysian graduates are unemployed, a government survey has revealed.
It also confirmed what has long been known: Most of the unemployed are Malays from lower-income families who lack command of the English language. Also, their qualifications are mostly not in demand.
These results emerged last month from a project initiated by the Economic Planning Unit of the Prime Minister's Department, where the unemployed were asked to sign up for jobs.
The project was initiated to gauge the extent of the problem and to enable the government to fine-tune its job creation policies.
As many as 59,250 graduates signed up, a New Straits Times report said.
Many of the participants were Malays with degrees in business studies or information technology from public universities, where courses are taught in Malay.
Earlier estimates had put the number of jobless in the country at between 18,000 and 82,000.
The latest results also showed that 71 per cent of the unemployed were female, 61 per cent were from poor families, and 80 per cent were educated with government loans from the National Higher Education Fund (PTPTN).
Those surveyed cited the lack of job experience, poor command of the English language with inadequate communication skills, and the possession of qualifications that are not relevant to the job market as reasons for not being able to find suitable employment.
'Most have been jobless for more than a year,' Malaysia's Human Resources Minister Datuk Dr Fong Chan Onn was quoted as saying.
The results have led to some introspection. There are concerns that there could be many more degree-holders on the list of 400,000 individuals who are currently unemployed.
The results of the survey will also likely give a boost to the government's ongoing efforts to promote English usage in schools and to encourage Malays to take up relevant degree courses.
'We have highly qualified graduates coming here who cannot construct a proper sentence in English. They lack confidence and it is not difficult to imagine why they are jobless,' Ms Geraldine Fernandes, the operator of a private college, told The Straits Times.
Over the past two years, colleges and schools like the one run by her have been helping to retrain unemployed graduates to make them more marketable.
The Human Resources Ministry had spent up to RM100 million (S$45 million) during the past few years on such programmes.
Still, the country's public universities, where many of the unemployed graduates studied, continue producing students with poor English-language skills and qualifications that are irrelevant to available jobs.
'Universities must ensure their graduates are marketable,' Dr Fong said.
'It is sad when, after their studies, they cannot find jobs because they lack the required disciplines, skills, language and experience.'
Standards in Malaysian universities have been slipping in recent years.
A recent survey found that Universiti Malaya, the country's premier university, has slipped in the rankings. From being among the top 100 universities in the world, it is now ranked below 150.
The government has taken steps to address falling standards in universities and schools, by gradually re-introducing the use of English in schools. The language is now being used to teach science and mathematics in primary schools.
Eventually, English could replace Malay as the language of instruction for these two subjects, right up to tertiary level.
TYPICAL JOBLESS GRAD:Malay, most likely female, from a poor background, studied in a public university majoring in business studies or IT, took a study loan from the National Higher Education Fund.

Thursday, November 03, 2005

Malam 1 Syawal 1426H…

Seronok berbuka puasa bersama abah mak dan adik beradik serta anak2…alhamdulillah..Sempat solat isyak dan sunat tasbih di masjid diimamkan oleh abah..selesai solat…semua jamaah masjid datang ke rumah utk bertakbir dan bertahlil.. Sempat juga ku khatamkan al-Quran 30 juzuk sekitar pukul 2.00 pagi berserta doa…alhamdulillahi rabbil ‘alamin..

Akan terus ku isi dengan tahajjud, takbir, tahmid dan tahlil......Ya Allah ampunilah segala dosaku..tetapkanlah aku, isteri, anak-anakku serta teman seperjuangan di atas jalan dakwah-Mu...masukkan kami ke dalam syurga-Mu..

29 Ramadhan….al-Quranku masih ketinggalan

Alhamdulillah menjelang Ramadhan abg sekeluarga bersiap ke Muar….isteri abang telah pun bersiap dengan kelengkapan barang2 sepanjang cuti hari raya…plan kali ini ialah untuk berhariraya di Temerloh dan kembali ke Muar pada hari kedua dan selanjutnya…so ambil kesempatan berbuka puasa di Muar dahulu…lagipun nak ambil Maryam dan Hafsa yang telah pulang dua hari lebih awal mengikuti tok mak depa….

Pagi2 lagi dapat call daripada seorang kawan…dengan nada sedih dan lain macam pulak kali ni..dia kata..”…Hj…aku tak tahu kat siapa nak mengadu…baru hilang RM2000 semalam selepas keluar daripada bank..letak duit atas tempat duduk…tak sedar cermin pintu tak tutup…habis kena kebas…semua tu untuk belanja raya keluarga aku…memang cuai aku…”. Ini juga kawan yang selalu marah2 abg dan kakitangan abg…hot-tempered betul style dia ni..mentang2 kita kontraktor dia..abg jawab, “Don’t worry my friend….give me your account no. I will help you.” Mengetahui latar belakang dia, sempat kunasihati dia..”Musibah yang kita terima ini ialah supaya kita kembali ingat Allah dan kembali untuk taat kepada perintah Allah..”. Cepat dia jawab sms ku..”Betul hj…terima kasih atas nasihat..”. Puas juga abg cari bank ..sebab hari ni cuti umum Deepavali dan tak banyak cawangan Maybank yg ada ATM Deposit machine..

Sampai di Muar, mertua dan anak-anak sudah menunggu…selesai solat jamak qasar bersama isteri, terus abg capai al-Quran…masih di juzuk 24..jauh lagi ni…tanya isteri…alhamdulillah beliau dah masuk juz 26..tak pe boleh catch up lagi..

Malam 29 Ramadhan….beriktikaf di Masjid Jamek Bandar Muar…masjid yang sering ku kunjungi untuk beriktikaf setiap kali di hujung Ramadhan ketika berada di Muar…masjid yang diselenggara dengan baik dan bersih….bersahur dengan makanan yang dibekali oleh isteri…(kali pertama sejak sepanjang 10 mlm terakhir di Kerteh)…kemudian sempat mendengar kuliah subuh berhubung aqidah Islam..menarik sekali isi dan penyampaiannya….kata beliau, untuk ubat hati ada 6 cara :-
Membaca dan tadabbur al-Quran
Melakukan solat tahajjud
Berlapar dengan berpuasa
Memohon ampun di waktu sahur
Bergaul dengan orang-orang soleh
(tak sempat pula beliau habiskan…)

Lepas solat Duha, solat hajat dan istikharah serta khidmat diri, abg terus habiskan al-Quran hingga ke juzuk 26….aduh banyak lagi…sempat ke ni? Esok dah nak raya….

Pagi ni kami sekeluarga bermusafir ke Temerloh…untuk berhari raya..isteri dan anak-anak sibuk juga menghabiskan tilawah al-Quran mereka….alhamdulillah…walaupun penat memandu tetapi gembira isteri dan anak-anak sentiasa mendekati al-Quran.

Sampai di kampong….bersalam2an dengan semua…abah mak dan adik beradik…kami terus solat…lepas mathurat..terus sambung tilawah…isteriku berjaya khatam sekitar pukul 5.15 ptg….abg pula tamat juz 29 pukul 6.50 ptg….sambil berdoa…”Ya Allah ketemukan kami semula dengan bulan-Mu yang mulia dan penuh barakah ini…”

28 Ramadhan….musafir

Menjelang 28 Ramadhan, abg masih disibukkan dengan kerja-kerja terakhir sebelum cuti yang perlu dibereskan…pada 31 Oktober 2005..setelah bersembang dengan seorang teman rapat abg, abg terus ke pejabat VCMSB untuk satu mesyuarat khas bersama pengurusan tertinggi VCM berhubung bagi kerja Heat Exchanger Inspection E1503B yang perlu terus dilaksanakan sehingga hari raya keempat..mudah2an dapat dilaksanakan dengan selamat….alhamdulillah semalam mendapat pujian daripada pengurusan PETLIN di atas pengendalian kerja-kerja chemical cleaning untuk Heat Exchanger E-101…petikan sms belia”..job well done..”

Juga memastikan sebutharga untuk TNB Kenyir untuk kerja2 chemical cleaning GAC di Janakuasa Hidro Kenyir diselesaikan sebelum balik raya..kalau tidak tak beraya la nampaknya tahun ni..alhamdulillah juga disiapkan…mudah2an berjaya percubaan pertama abg kali ini..

Tugas memastikan para pekerja mendapatkan ganjaran gaji dan sumbangan hari raya juga mesti ditunaikan…alhamdulillah…moga semuanya bergembira di hari raya nanti..sempat juga mengumpulkan semua pekerja tetap untuk diberikan nasihat dan sumbagan hari raya buat mereka…Pastikan juga agar keselamatan pejabat dan workshop dalam keadaan yang baik sepanjang cuti ini..

Jam pukul 4.15 ptg…terus abg bergegas pulang ke Bangi…mudah2an perjalanan selamat…doa isteri dan teman2 mengiringi..nampak gayanya terawih tengah jalan la ni…Cuma yang pasti abg memang tidak berapa kuat untuk travel malam2 begini…Memang benar…lepas berbuka dlm kereta dan solat di tol Kuantan…tak sempat lama…terpaksa melabuhkan badan di kerusi empuk Camry di R & R Temerloh sekitar kul 9.30 mlm..sedar2 dah kul 4.30 pagi…tengok ada sms dari isteri tercinta…”abg dah sampai mana ni?”..

Terus abg gunakan sisa2 malam Ramadhan dengan beriktikaf di surau R&R..sempat teraweh dan tahajjud sebelum bersahur di gerai makan yang disediakan…alhamdulillah selepas solat subuh berjamaah..terus ke Bangi…sampai kul 7.30pagi..

Monday, October 31, 2005

Bekalan dakwah...27 Ramadhan

Kita sama-sama telah faham dan merasai bagaimana jalan dakwah itu penuh dengan godaan, tentangan dan duri; bukannya jalan yang ditaburi bunga-bungaan, bukan jalan yang mudah..

Tapi kita yakini jalan ini berpenghujung pada kebaikan; kemenangan dan kemantapan dunia, kenikmatan, kebahagiaan dan selamat dari siksa Allah di akhirat.

Daripada perkongsian2 terdahulu, kita sedar terhadap pentingnya bekalan utk menempuh perjalanan ini; pentingnya iman dan taqwa utk membentengi diri dan atasi segala halangan tanpa penyimpangan.

Kita juga dah berkongsi bagaimana pentingnya berbekal dengan Al-Quran juga amalan2 fardhu utk menguatkan iman dan taqwa.

Di samping itu perlu juga kita lihat bagaimana di dalam amalan2 sunat juga terdapat bekalan yang amat penting utk menguatkan hubungan kita dengan Allah swt.. dan antaranya ialah qiamullail, zikir dan doa.

As-Sajdah 16-17
Tatajafa junoobuhum AAani almadajiAAi yadAAoona rabbahum khawfan watamaAAan wamimma razaqnahum yunfiqoona

Fala taAAlamu nafsun ma okhfiya lahum min qurrati aAAyunin jazaan bima kanoo yaAAmaloona

Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur (sedikit sgt tidur kerana tahajud dan amal2 salih); sentiasa berdoa kpd Tuhan dgn perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dgn perasaan ingin (keredhaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian apa yang Kami beri kepadanya..
Tiada seorang pun yang mengetahui persediaan yang telah Kami sediakan utk mereka (dari segala nikmat) yang amat indah dipandang dan menggembirakan, sebagai balasan amal2 salih yang telah mereka kerjakan.

Suasana malam itu sendiri penuh dengan ketenangan dan keheningan.. di mana di saat2 begitu hati sangat bersih dan penuh tumpuan. Ketika itu juga kebanyakan manusia lain sedang lena dalam tidurnya;.. dalam suasana seperti itu kita dapat jauhi riya.

Malam ..saat paling tepat utk bersunyi-sunyian di samping Allah; pada waktu itu ada ruang untuk kita hampirkan diri denganNya; merasakan kemesraan bermunajat denganNya.

Kita sedia maklum solat itu sendiri adalah bekal.. apabila ia dilakukan di keheningan malam, maka ia semakin menambah bekal...

Bagaimana seperti orang2 yang diamuk cinta selalu merindukan malam.. apatah lg orang yang biasa bertahajud lebih lagilah kerinduannya, sebab orang2 beriman lebih besar cintanya kepada Allah ... mengisi malam2nya dengan rukuk, sujud, zikir, tasbih, bertadarus al-Quran, bertaubat, istighfar, berdoa dan menangis kerana takut kepada Allah.

Itu semua merupakan bekal yang amat bernilai ..
Wamina allayli faosjud lahu wasabbihhu laylan taweelan (Al-Insan : 26)

Orang2 di dalam medan dakwah lebih memerlukan qiamullail kerana ia boleh menambah bekalan yang melimpah ruah. Sebb itulah pada saat permulaan dakwah Allah menganjurkan rasulNya melakukan qiyamullail; agar ia bersedia menerima amanah dakwah yang amat berat seperti firman Allah swt dalam surah Al-Muzammil : 1-6 ;

Ya ayyuha almuzzammilu . Qumi allayla illa qaleelan . Nisfahu awi nqus minhu qaleelan . Aw zid AAalayhi warattili alqurana tarteelan . Inna sanulqee AAalayka qawlan thaqeelan . Inna nashiata allayli hiya ashaddu watan waaqwamu qeelan .

”Wahai orang yang berselimut! Bangunlah tahajud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yg tidk dapat utk berehat), Iaitu separuh daripada waktu malam, atau kurangkan atau lebih sedikit daripda separuh itu, Dan bacalah Al-Quran dengan tartil. Begitulah engkau dan pengikut2mu membiasakan diri dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu kerana Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah2) yang berat (kpd orang2 yang tidak bersedia menyempurnakannya). Sesungguhnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya.”

Bangun malam merupakan mujahadah utk kuatkan tekad dan azam; mengalahkan syaitan dan melatih jiwa utk tunduk kepada Allah. Orang yang tinggalkan tidur, tilam yang empuk serta istirehatnya lalu bangun dan bersuci – lantaran mengutamakan ibadah utk bertaqarrub dengan Tuhannya.. ini benar2 menjadi bekal dan persiapan bagi kita utk memikul tugas dakwah yang berat ini.

Bangun waktu malam, ketika manusia lain lena; adalah ketulusan, kemurniaan, keikhlasan pada Allah dan terbebasnya hati dari pengaruh riya. KeIKHLASan adalah hal yang paling diperlukan oleh aktivis dakwah kerana tanpanya amalan jadi tidak berguna.

Dalam Al-Quran juga byk anjuran melakukan qiyamullail juga kebaikan khusus utk golongan yang melaksanakannya;

QS Al-Furqan: 63-63 – hamba2 yang diredhai; bjln di bumi dengan sopan santun; mengerjakan ibadat pd mlm hari dgn sujud dan berdiri

QS Al-Furqan: 75 – mereka dibalas dgn mndpt tempat yg tinggi di syurga disebabkan kesabaran mereka …

Qs Az-Zumar: 9 – (engkaukah yg lebih baik) atau orang yang taat mengerjakan ibadat pada waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan azab serta harapkan rahmat ….

Orang2 yang tidak dapat tidur malam kerana memikirkan akhirat (azab, hisab, pembalasan nikmat dan seksa) … kerananya ia dapat memadukan takut dan harap dalam sujud dan berdirinya… bekal yang dapat membantu utk bersemangat dlm beramal dan mempersiapkan diri.

Zikir kepada Allah dan tasbih di waktu malam adalah santapan rohani dan bekal bagi ruh serta hati.. dimana orang yang merasakannya akan lebih prihatin terhadapnya seperti firman Allah swt dalam surah Al-Insan : 26;

QS At-Thur 48-49 - ..bersabarlah; bertasbih semasa engkau bangun, dan juga waktu malam, dan ketika subuh..

QS Qaff 39-40 - ..bersabarlah akan apa yang diperkatakan mereka; bertasbihlah terutama sebelum matahari terbit dab terbenam, serta bertasbihlah pd malam hari dan sesudah solat.

Kita semua banyak melakukan dosa dan sememangnya tidak sempurna dalam melakukan kewajipan .. sewajarnya kita mengetuk pintu keampunan Allah di penghujung malam selain meminta rahmatNya.. sebab di waktu itu doa sangat makbul. Allah swt memuji orang2 yang beristighfar di penghujung malam.. seperti firmanNya dalam surah Al-Imran : 15-17, Az-Zaariyat : 15-18.

Doa waktu malam adalah ibadah paling afdal dan menyenangkan; di tgh malam yang hening seorang hamba merendahkan diri utk meminta kepada Tuhannya; Al-Aaraf : 55-56 – ”...berdoalah dgn merendah diri; Allah tidak suka kepada orang2 yg melampaui batas.. rahmat Allah dekat kepada org2 yang memperbaiki amalannya”

Dari Umamah ra ;
Seseorang bertanya; ”Wahai Rasulullah, doa apakah yang paling didengar?” Baginda menjawab; ”Doa di malam yang terakhir dan di setiap selesai solat wajib”
(Hadith riwayat Al-Tirmizi)

Dari Jabir ra ;
Rasulullah saw bersabda; ”Pada waktu malam ada satu waktu, bila seorang Muslim memohon kepada Allah akan kebaikan dunia dan akhirat, maka Allah pasti akan mengabulkannya; Dan hal itu ada pada setiap malam”
(Hadith riwayat Muslim)

Doa ketika sujud itu sangat penting... sebab waktu itulah detik kita paling hampir dengan Allah..

Dari Abu Hurairah ra ;
Rasulullah saw bersabda; ”Sedekat-dekat hamba kepada Tuhannya adalah ketika ia bersujud, jadi perbanyakkanlah doa”
(Hadith riwayat Muslim, Abu Daud dan Nasa’i)

Jadi tepatlah bg kita para da’i bila mendapati gangguan dan perancangan musuh memohon bantuan taqdir di waktu sahur..

“Ya Allah, kami berlindung denganMu ketika di leher para musuh dan orang2 yang sombong. Serta kami berlindung kepadaMu dari kejahatan mereka”

“Wahai Tuhan Kami, janganlah engkau jadikan kami sasaran fitnah bagi orang2 zalim dan selamatkanlah kami dengan rahmatMu dari kaum kafirin”

“Ya Allah, kalahkanlah musuh-musuhMu; musuh2 agamaMu dan berilah kami kemenangan yang gemilang atas mereka, hingga dapat memuaskan hati kami dan menghilangkan kemarahan di hati kami”


Dari Abu Hurairah ra
Rasulullah saw bersabda; “Ketika malam sudah mencecah sepertiga yang terakhir, Allah turun ke langit dunia lalu berkata; sesiapa yang berdoa kepadaKu akan Aku sahut, siapa yang memohon kepadaKu akan Aku perkenankan, dan siapa yang memohon ampunan kepadaKu akan Aku ampuni.”
(Riwayat Al-Bukhari, Muslim dan Malik)

Patutkan kita menunda-nunda dan bermalas-malas setelah mengetahui janji2 Allah ni?

Dari Abu Hurairah ra;
Rasulullah saw bersabda; ”Semoga Allah merahmati seorang lelaki yang bangun malam, lalu melakukan solat dan mengejutkan isterinya. Bila isterinya enggan, maka ia memercikkan air di mukanya. Semoga Allah merahmati seorang wanita yang bangun malam, lalu melakukan solat dan membangunkan suaminya. Jika suaminya enggan, maka ia memercikkan air di wajahnya”
(Hadith riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih)

Solat sunat paling afdal adalah qiamullail seperti sabda Rasulullah saw;
”Solat yang paling afdal setelah solat wajib adalah qiyamullail”
(Riwayat Muslim)

Antara hal yang dapat bantu kita kerjakan qiamullail ialah keikhlasan niat, kuat tekad, mmperbaharui taubat, jauhi maksiat siang hari, tidur awal, qailulah (tidur sekejap waktu siang) bila berkesempatan, dan memohon bantuan Allah swt. Kita mesti membiasakan solat malam dan menambah bekal diri..
Dari Abdullah bin Amr bin Al-Ash, Rasulullah saw bersabda; ”Wahai Abdullah, janganlah kamu menjadi seperti si fulan; ia bangun malam tetapi tidak melakukan solat malam”

Dalam Risalah al-Munajat; Imam Al-Syahid Hassan Al-Banna memberi dorongan agar pada pendakwah melakukan qiyamullail; Wahai saudaraku, boleh jadi waktu terbaik utk bermunajat adalah; engkau berkhalwat dengan Tuhanmu di saat orang2 sedang tidur nyenyak dan seluruh alam menjadi hening; pada ketika malam melabuhkan tirainya dan bintang2 menghilang; engkau mengingati Tuhanmu, mengakui kelemahanmu dan keagungan Tuhanmu. Itu semua membuatkanmu merasai kemesraan dihadapanNya, hatimu tenang dengan mengingatiNya, engkau gembira dengan kurnia dan rahmatNya, menangis kerana takut kepadaNya dan menyedari pengawasanNya, tidak pernah jemu berdoa kepadaNya dgn sungguh2 beristighfar, mengadu seluruh keperluan kepada Zat yang tdk pernah lemah oeleh sesuatu pun dan tidak dilekakan oleh segala sesuatu..

Bermohon kepadaNya utk kepentingan dunia kita, akhirat kita, jihad kita, dakwah kita, cita-cita dan harapan kita, tanah air kita, keluarga kita dan diri kita sendiri juga saudara-saudara kita...

”... dan kemenangan itu hanyalah dari Allah yang Maha Perkasa lagi Bijaksana..”
Al-Imran : 126

Kenikmatan jiwa saat qiyamullail dan munajat akan melupakan kita pada keletihan..
Rasulullah solat sehingga bengkak, tidak sedikit pun rasa sakit kerana tenggelam dalam kemesraan bertaqarrub dengn Allah.

Tidak ada suatu waktu di dunia yang menyamai kenikmatan akhirat kecuali waktu yang didahului oleh ahli tahajud yang merasakan lazatnya munajat.. Jom nikmati kelazatannya!

..jom kita bangun waktu malam sebagai sorang hamba yang fakir dan lemah yang menundukkan diri pada Tuhannya; berdiri di depan pintunya dalam rendah diri, dgn rasa lemah, mengakui kelalaian dan dosa2, sgt perlukan keampunanNya, rindukan redhaNya, serta menaruh harapan besar utk rahmat dan syurgaNya..

..jom isi malam2 dgn solat yg khusyuk, sujud yang panjang, doa yang tulus, tasbih ... dan titisan air mata .. yakinlah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa2... juga utk kemenangan dan kekuasaan bg agamaNya...juga utk saudara2 kita

Hai jiwaku bertasbihlah dan bersalatlah!
….saat urusan-urusan berat-berat menyerangmu
Apabila hati sudah merasa letih
…dari beban kehidupan yang melelahkan
Alirkan air mata, wahai jiwa
...lalu tumpahlah ia dalah solat
Sesungguhnya Tuhan seluruh alam semesata mendengar
..tangisan jiwa memohon kasihNya ....

moga jadi peringatan dan semangat bagi diri utk terus istiqomah menghidupkan malam dengan qiyamullail utk mendapatkan kekuatan di jalanNya

Sunday, October 30, 2005

Sibuknya dengan dunia...26 Ramadhan

Malam 26 Ramadhan mengingatkan abg dengan Ramadhan tahun sudah...sibuk berada di plant menyiapkan kerja2 piping di Petronas Penapisan Terengganu...tahun ni lain pula...sehingga kul 2.00pagi masih di PETLIN memastikan kerja2 preparation for chemical cleaning berjalan lancar kerana esok abg akan 1 hari di Kenyir..

Sempat solat dengan 2 orang akh, umair n khairudin, berjamaah maghrib dan isyak di ofis...alhamdulillah...walaupun iftar berbekalkan air mineral dan sekeping roti dikongsi tiga...menyuap nasi selepas solat isyak di worksyop...anyway..kerja mesti diselesaikan dgn cara yang terbaik..

alhamdulillah dpt juga meneruskan ibadah iktikaf di masjid...sekitar kul 2.45pgi...terus dengan solat teraweh fardi 8 rakaat...sambung lena..sambung qiam bila terdengar alarm clock handphone yang disisi..sekitar kul 4..

Kul 6 lepas solat subuh di masjid, terus ke destinasi kami iaitu TNB Tasik Kenyir...empangan hidro elektrik yang terkenal...buat pertama kali dlm hidup abg....sempat ambil few shots lepas selesai meeting n site visit...subhanallah..cantiknya bumi Malaysia...

Malam ni iftar di asrama sekolah menengah paka...dpt undangan sms dr PKHEM Cikgu Wan Adnan..sekitar kul 12.00 tengahari td...inshaAllah

Friday, October 28, 2005

Mimbar Jumaat Terakhir....25 Ramadhan

Nak share dari mimbar masjid tg mizan, kerteh hari ini :

Daripada A'ishah r.a. bahawa Nabi s.a.w. sentiasa memperbanyakkan do'a ini ketika di hari-hari terakhir Ramadhan :

" allahumainnaka 'afuwwun tuhibbul 'afwa fa'fuanna.." (Ibnu Majah)

24 Ramadhan...kembali bersama remaja

...selepas iftar di Kuantan, terus ke SM Teknik Kemaman..alhamdulillah berkenalan dgn PKHEM Cikgu Helmi bersama 500 org pelajar..ceramah hj zameran, ydp JIM Kemaman, qiam bersama Ust Mazlan dan kuliah subuh oleh Ust Idris...ikhwah fasi dr Poli/Uitm seramai 8 orang turut menyusul...dpt juga sms dari akhawat Poli.."sorry akhi...tak dpt dtg, banyak assignment nak disiapkan.." 'Ala kulli haal, program perlu diteruskan..sehingga ke pagi..dan abg org yang terakhir keluar surau lps solat duha n tidur sebentar..sebab kul 9 ada site visit di KANEKA dan lepas tu jumpa Mgr di Polyplastics...menarik sekali kalau2 dua2 projek ni ON..doakan.

...tengahari lepas jumaat dpt sms dari sorang adik SMTK...dia perkenalkan diri :

1....akum, abg fakhrul sye najwa slh sorg peljr teknik kmn, sye nk ucpkn ribuan trima ksih krn klab KRJ sudi bsama2 mjayakn qiamulai.

2....Sye nk tnye, ade ke program tuk pljr2 SPM dlm mse tdkt ni..

3....Ape die..skang abg ade kt ane?

4....Nme sye Najwa Afiqah Kamarul Asri..kerteh kat ane, abg tggl kt ane, sye kt pake

5....Sronk sgt..sblm ni pn sye ade ikut program lain,smbg2 IPT pn sye ikuti gk, klu blh abg dtg la lg sklh ni sblm sye abis SPM..

6. K la..sye akn cbe..tp kene byrn ke?

....mudah2an perjalanan dakwah remaja terus berkembang mekar....jom para hawariyyun..

Ptg sebelum buka di masjid, habiskan masa di ofis....siapkan tender Kaneka & Polyplastics....dan update kerje2 heat exchanger retubing di VCMSB...sempat ke siap b4 raya??

23 Ramadhan....what a day!

..penat sungguh hari ni...penuh dengan macam2...semua nak kena layan....pertamanya nak confirmkan permintaan cikgu wan aishah dr SM Teknik Kemaman tentang program mlm nanti...alhamdulillah semua penceramah settle...

...berkejar2 ke sana ke mari hari ni...lps masuk PETLIN, terus siapkan kerja2 di ofis..sebab ptg dah janji nak jumpa client KANEKA di gebeng...ada opportunities di sana..cuma mana engineer aku ni??..then settlekan pasal plan ke TNB Kenyir..site visit ahad ni...pasal chemical cleaning..Dpt urgent call dr PETLIN, mintak quotation for chemical cleaning of heat exchanger....actually nak jadikan citer, hari isnin lepas on my way to kerteh from KL, hantar sms pada semua clients yg ada dlm list hp..."Dear Clients, our Chemical Cleaning Services for piping, boiler, heat exchanger etc are available for any request. Look forward to attending your queries. Thanks."...so hasilnya KANEKA dan PETLIN responded...one after another..alhamdulillah..so terus ke PETLIN, bincang2 and finally secured for this urgent job at around 1.50pm....then siap2 ke rumah jumpa akh Anuar...baru balik dr offshore...sempat tanya.."everything ok?"..."ok" jawabnya..

...dalam hujan2 terus ke gebeng...around 2.30pm...meeting at 3.30pm...wush..dlm hati kata sempat ke ni...terus call akh umair utk get ready for the meeting...ada kerja2 pigging services (ie gas pipe cleaning)....actually dalam kepala ni masih mencari2 apa nak cakap depan engineer ni pasal this job...anyway..redah je la..tawakkal je...lepas discuss ngan my QC kat ofis td pasal our last similar project di BASF in june05.

...around 3.25pm...call Kaneka..."sorry En Fazillah...bit late..boleh rescheduled to 4pm?"...dia kata "ok"...legaaaa. Sampai di kaneka, umair dah tunggu depan gate. Yang jadi terkejut, ingatkan meeting ngan sorang je tapi habis semua KANEKA top management attended the meeting...(dlm hati..."whaattttttttt? apa nak goreng ni?")..ada 3 japanese..Nomimura san (senior manager), Tsubouchi san(MD), apa lagi san ntah, all the technical & maintenance mgrs n engineers...Semua mata pandang kat Mr Regional Director ni...(kalaulah depa tahu tahu abg bukan Engineer, mesti depa hilang respek padaku)...so lepas hulur company profile, abg explained our experienced with our last job at BASF...siap depa suruh draw kat whiteboard lagi..
finally...abg rasa depa puas hati with my explanations..(perasan ke ni..?)..then i told my recipe to Umair..."..akhi, bila kita berdepan dgn clients, kita kena show our confidence in whatever we want to say.."

...habis meeting around 5.45pm terus ke ofis kuantan. Then ke Kabana Resort...Umair dah arranged buka posa dengan staffs BASF & Polyplastics..biasalakan...entertaining clients..foster good ties...tapi mesti ada yang tak suka bila abg buat statements sebegini..anyway.

...habis iftar, siap2 nak jumpa 'clients' lain pula di Kemaman...500 orang.

23 Ramadhan....adik-adik remajaku 3

..alhamdulillah selesai post-mortem program 3R - Remaja Ra'ikan Ramadhan - anjuran KRJ Dungun di SRIAAD...setelah iftar di SMTD, abg bergegas ke SRIAAD bertemu ikhwah yang telah iftar di sana...akh Hafiz dan Zulkarnain tak dpt datang..akhawat Poli/UiTM semua tak boleh datang..selepas kami habis mathurat, baru kak hjh ribuan dtg..alhamdulillah program 3R tersebut telah dihadiri 43 orang remaja daripada 9 buah sekolah menengah di sekitar Dungun (dan Kemaman)..daripada borang muhasabah, muhasabah yg diterima ialah :

1. "....tambah lagi bilangan hari.."
2. "....LDK best especially LDK2 Pohon Suci.."(sebab ada presentation la tuh..)
3. "....fasi ikhwah best..fasi akhawat tak friendly..."
4. "....jemput lebih ramai peserta drpd sekolah yang berlainan.."
5. "....kami suka program2 outdoor.."
6. "...ceramah jelas...ceramah boring.." (macam-macam budak2 nih..)
7. "....multimedia presentation tu singkat sangat.."(memang menarik Perang Badar di olah dengan bantuan multimedia...)

...mlmnyer ku isi dengan solat tasbih berjamaah di masjid..kebetulan ada pulak jamaah malam ni..Quran masih struggle di juz 21..balik bersahur...adalagi bekal lemang...perabis je la..

Thursday, October 27, 2005

22 Ramadhan....adik-adik remajaku 2

...alhamdulillah program hampir setiap minggu berusrah bersama adik2 remaja SMTD ini berjaya dilangsungkan ke hari ini 26 Oktober 2005...setelah 6 bulan. Abg berkongsi dengan mereka harapan abg untuk manfaatkan baki ramadhan yang paling istimewa ini dan cuti persekolahan yang bakal menjelang..dicadangkan supaya adik2 abg seramai lebih kurang 35 orang ini menyertai program2 musim cuti sekolah anjuran KRJ Daerah mahupun di peringkat nasional :

1) XPDC Mendaki Gunung Tebu, Besut 17-18 Nov (KARISMA/KRJ Dungun)
2) X-REK (Ekspedisi Remaja Kental), 23-26 Dis (KRJ Pusat)
3) Perkhemahan Remaja KRJ-KERSANI di Segamat
4) Madrasatul Hayaah KRJ-KERSANI di Segamat

Mudah2an semangat awal mereka ini berterusan hingga ke penyertaan ke salah satu program2 yang disediakan..inshaAllah. Kak Jah, guru penasihat, juga menambahkan dengan kata2 motivasi beliau supaya mereka akan menggunakan segala ilmu dan didikan yang dipelajari utk membimbing rakan2 tingkatan 4 yg baru di permulaan sesi persekolahan 2006 nanti..bagi yang lepasan SPM 2005 pula, teruskan bersama KRJ-KARISMA!

Sempat juga kuedarkan brosur KRJ bersama borang keahlian KRJ..."nanti dapatkan sokongan mak ayah, then pulangkan semula pada abg.." kataku pada mereka.

Pertemuanku diakhiri dengan majlis iftar bersama mereka di dewan sekolah...ustaz dan guru2 warden telahpun menungguku....makan nasi ayam kali ni..YES!

p/s lepas ni ke SM Teknik Kemaman pula...dijemput malam ini utk mengisi program qiamullail mereka inshaAllah...500 org pelajar menunggu..terima kasih Ust Idris, Ustaz Mazlan dan Hj Zameran kerana sudi bersamaku dan akh khairudin...jumpa di sana!

Huzaifah....23 Oktober!

Lupala nak post dalam blog...Happy Belated Birthday Huzaifah!....comelku dah masuk 2 tahun...moga ditarbiah menjadi pejuang agama Allah!

22 Ramadhan....adik-adik remajaku 1

Petang 22 Ramadhan kututupi dengan majlis usrah mingguanku yang tergendala sejak mula Ramadhan lalu bersama adik-adik usrahku di Sekolah Menengah Teknik Dungun...sebelumnya abg telah maklumkan pd akh adik Alif (adik usrahku Tingkatan 5 yg datang ke program 3R) minggu lepas yang abang ingin bertemu semua ahli usrah sebelum mereka mula bercuti(mulai Isnin depan) atau menduduki SPM(mulai 14 November).

..kesibukan di pejabat melayari sesawang....jejak beberapa profil syarikat yang berkaitan NGV...follow-up daripada mesyuarat dgn Petronas NGV officials minggu lepas(rabu 19 nov)...menyebabkan terleka sedikit. Pesan pd akh khairudin untuk copy 50 helai borang KRJ yang akan dibawa sekali ke SMTD nanti..akh Din juga tunjukkan sebeban bahan2 khazanah peninggalan KRJ Terengganu yg diserahkan akh Hj Hanafiah kepada akh Anuar..sempat membelek2 koleksi gambar2 program remaja yang dikendali sekitar tahun 1995-2002..beruntung sungguh ikhwah akhawat ketika itu...antum punya tenaga penggerak sekitar sebaya yang ramai menjayakan program2....tapi malangnya antum tidak berupaya meninggalkan pelapis penggerak yang dinamik untuk berganding dengan ku yang terkontang kanting ini meneruskan kerja2 dakwah remaja utk sesi 2005 selanjutnya...tapi usaha perlu diteruskan..alhamdulillah adik2 KARISMA mengubat perasaan tidak puas hatiku..

..selepas solat asar di masjid jame' kerteh, aku terus ke rumah bersiap2....oh rupa2nya baju2 yang dibasuh semalam belum disidai lagi...nasib baik sahabat serumah sempat membilasnya..sebelumnya telefon akh Alif yang abg mungkin sampai sekitar kul 5-5.30ptg...tak sempat ni kata hati kecilku..harap2 mereka masih sanggup menunggu abg..

..delegate kan akh khairudin utk kendalikan iftar bersama fasi2 3R di SRIADD ptg ni...sebab Ustaz Abdullah, warden SMTD sms ajak iftar bersama beliau dan pelajar di dewan makan sekolah..tak tahulah berapa ramai fasi yang boleh hadir...terutamanya akhawat. semalam kak jah, naqibah mereka, sms menyatakan kesangsian beliau tentang kehadiran depa ni...akhawat uitm pula sms menyatakan tidak boleh hadir pula...semalam kata nak datang! malam ni kami rancang untuk buat post-mortem 3R...kak ribuan dah confirmed nak dtg lepas berbuka..

..alhamdulillah...Allah SWT ketemukan ku dgn akh khairudin (22 tahun), akh anuar(26 tahun) dan akh zulkarnain(25 tahun)...moga2 juga satu persatu adik2 KARISMA yang akan grad dari Politeknik Dungun dan UiTM Dungun...stay di terengganu bagi membantu ku..sebenarnya mereka juga perlu bimbingan..moga istiqomah...mudah2an institusi perniagaanku ini terus maju demi menempatkan mereka terus di terengganu...Ya ALLAH...kabulkan do'a hamba-Mu ini..

..alhamdulillah adik2 remaja ku setia menunggu...kelihatan satu persatu mereka muncul bila abg keluar daripada kereta di perkarangan SMTD...nampak riak muka tanda rindu...ukhuwwah sudah mula terbina..alhamdulillah..adik akh ammar sambutku..bersama adik2 ikhwah yang lain bersalaman...terus ke kelas...adik2 akhawat juga telahpun menanti...eh mcm cikgu pulak nak kena bangun bila abg masuk kelas!! Jam dah menunjukkan kul 5.50ptg...antara perkara pertama keluar daripada mulutku...isteri abang berkirim salam kepada kalian semua...td dapat sms..mereka semua tersenyum..Ya ALLAH..eratkanlah ukhuwwah sesama kami...

22 Ramadhan...26 Oktober

Happy Birthday MARYAM!! Moga terus menjadi anak yang solehah!

Wednesday, October 26, 2005

22 Ramadhan ....ke Qatarkah aku?

Kepenatan berjaga malam mula terasa di hari ke-21..kesannya menyebabkan abg terpaksa "take a nap" lepas teraweeh...sempat juga sembang dengan akh manaf, akh syukri dan akh fahrul..bertanya2kan perancangan masa depan selepas grad mac 2006 nanti...semangat betul adik2 abg ni..mudah2an kami semua istiqomah di atas jalan dakwah..masing2 dah booked utk jadikan ana "personal consultant" utk baitul muslim mereka...moga abg dapat menunaikan hasrat mereka sebaiknya..

akhirnya terlena juga..sempat juga minta 'wake-up call' just in case tak bangun...cadang nak ke masjid semula kul 1 pagi...alhamdulillah 'alarm clock' handphone menjadi pembantu peribadi dan alhamdulillah sempat beriktikaf di masjid mulai kul 2.45 pg..selepas tahiyyatul masjid, terus belek2 al-quran..Quran dgn terjemahan ini 'handy' sekali...mudah2an mampu ku khatamkan satu bulan al-quran di ramadhan kali ini..sempat juga sms isteri tercinta agar sama2 menikmati malam2 terakhir ramadhan..

...kembali ke rumah bersahur...bercadang bersahur dgn 'cornflakes' ...rupa2nya lemang yg kubeli di kijal 2 hari lepas masih ada bakinya...itulah sajian sahur ku bersama rendang yg dibeli bersama...alhamdulillah...teman2 serumah kali ni liat betul nak bangun...takpela..jgn miss subuh sudah..

...terus ke masjid utk solat fajar...imam mengalunkan permulaan surah al-kahfi...syahdu sekali bila tadabbur ayat-ayat yang dibaca....surah ini cukup signifikan kepada ku...nantilah...ada masa abg cerita..

...lepas mathurat, buka web-site iptc..conference di qatar 21-23 nov ni...belum pasti utk daftar tp melihatkan aturcaranya yg padat n menarik....bermotivasi kembali utk meneruskan misi perniagaan di sana..Ya Allah, berilah kekuatan kepada hamba-Mu ini.

Tuesday, October 25, 2005

Tahniah anak-anakku..& ummi of course!

Gembira sungguh anakku Mujahid menceritakan kejayaan beliau mendapat nombor paling atas dalam kelas (mudah2an keseluruhan kelas) semalam..baru kelmarin ku tanya beliau.."mujahid rasa dapat nombor berapa?"..jawab beliau ringkas tetapi penuh yakin.."nombor 1"..alhamdulillah aku beritahu mujahid bahawa kejayaan ini bukan kita yang tentukan tetapi Allah..jadi kepada-Nyalah kita harus kembalikan kesyukuran.

Mujahid juga ceritakan kejayaan kakaknya Maryam yang memperolehi nombor 8 dalam kelas. Alhamdulillah...lebih baik daripada sebelumnya. Tunggulah abah pulang untuk ucapkan tahniah dan kiriman hadiah buat kalian..ya sayang!

Buat ummi! kaulah isteri dan ibu yang tabah dan penyayang....gauli, kasihi dan didiklah mereka dengan tarbiah islami...moga mereka semua menjadi insan pejuang agama ini.

21 Ramadhan : 0-0

Malam ke-21 Ramadhan....aku terus dgn permohonan maghfirah-Mu..moga2 malam-malam terakhir yang paling istimewa setiap tahun ini ku kecapi di bawah naungan rahmah dan keampunan-Mu...ku teruskan sujud di rumah-Mu, dengan tangis yang bertalu-talu...aku juga mohon kemaafan pada semua insan yang telah ku guriskan hati & perasaan mereka..moga hari esok lebih baik daripada hari ini..

Tazkirah si-alim selepas solat fajar ini turut memberikan ransangan semangat buatku...Ya..inilah jalan yang sebenar...haza huwa tareeq..jangan lagi kau terpesong...teruskan perjalanan buat mencari redha Ilahi. Kalaupun aku punya kekuatan, gunakanlah kekuatan ini untuk terus membimbing diri dan mereka meneruskan perjuangan hakiki..

Ya ALLAH...pandanglah hambamu ini dengan pandangan rahmat dan maghfirah-Mu..selamatkan kami daripada api neraka-Mu.

Pengajaran dari Al-Buruj - Ghulamuddakwah

Refer recent post on Al-Buruj

kata as-syahid SQ :
"sgt mustahak direnungi dan diperhati oleh org yang beriman yg menghayati dakwah ke jalan Allah....di segenap tempat dan generasi."

Kisah ini sebenarmnya merupakan kisah kemurnian iman satu golongan manusia yg rela menerima ujian drpd pihak musuh mereka yg zalim dan garang..

IMAN yg hidup menyala dlm hati golongan ini telah berhasil MENGALAHKAN...
ujian itu dan memenangkan pilihan AQIDAH ke atas mereka yg menjadikan DUNIA sbg matlamat semata2

HATI mereka....bebas dr belengu dunia..hati yg hidup...hati yg tidak boleh dipermainkan oleh syaithan..hati yg rela menerima kedatangan maut
hati yang memilih aqidah dari segala yg lain

mereka berhadapan dgn kelompok manusia yg ganas, keras spt batu. sanggup menyaksikan dan mengazab hidup2 org2 yg beriman....mereka bersorak, ketawa menggila penuh dendam dan benci. PEMBUNUHAN beramai2 ini menyeramkan bulu roma....masih berlaku hingga ke hari ini..oleh manusia2 yg durjana....yg tidak kenal erti kemanusian yg menghambakan diri kpd yang Esa

...peristiwa ini juga memperlihatkan betapa tenangnya RUH org yang beriman..naik ke syurga mengadap Tuhan-Nya. sekali pandang, kita akan rasa hampa, kecewa kan...
..bila baca peristiwa ni

aspek lain..ialah bila terasa mcm kisah ngeri ini berlalu begitu shj

sebenarnya, kata as-syahid lagi...
al-Quran mengajarkan satu hakikat iaitu hakikat NILAI yg menjadi neraca pertimbangan
dan hakikat PERJUANGAN yg pasti ditempuh oleh org2 yg beriman

kehidupan dunia lahiriah bukanlah faktor yg menentukan MENANG atau KALAH, untung atau rugi...itu bukan kemenangan hakiki
bukan hanya pandangan mata kasar
sesungguhnya NILAI yg paling berharga dsisi neraca Allah ialah NILAI AQIDAH,
NILAI IMAN
perjuangan kita bukan utk dunia semata2 tetapi akhirat jualah kesudahannya
inilah pandangan yg cuba dibawa oleh al-Quran....membawa KETENANGAN HATI yg sebenar sbg suatu janji Allah utk org yg beriman

rujuk surah ar-Ra'd: 28
rujuk surah Maryam:96

Kisah penggali parit atau PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI ini juga...
memberi garis panduan mengenai tabiat jalan dakwah.....dan tentang tugas dan peranan pendakwah itu sendiri. sejarah dakwah yg boleh kita tadabbur drpd al-quran juga penuh dgn peristiwa umat2 nabi yg terdahulu. menyaksikan bentuk kesudahan dan hasil usaha dakwah di sepanjang zaman. ada yg dibalas di dunia lg..(lihat sejarah umat nabi hud, salleh, luth etc). tetapi balasan yg sebenar ialah di akhirat kelak'

Para pendakwah perlu yakin bhw jalan dakwah ini penuh dgn RISIKO....(pinjam sket kata2 masa reformasi..KALAU TAKUT PADA RISIKO JGN BICARA PASAL PERJUANGAN)...serta kesusahan dan kepayahan di jalan dakwah....

"Mereka tidak menyeksa orang-orang mukmin itu melainkan orang-orang mukmin itu beriman kepada Allah yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji yang mempunyai kerajaan langit dan bumi. Allah Maha Menyaksikan segala sesuatu"

Kisah ini juga menyorot ttg kepentingan ISTIQOMAH...betapa ramai yg futur...tetapi hanya yg penuhi ujian dgn kesabaran dpt melaluinya dgn tenangg yg perlu ditanam dlm jiwa pendakwah ialah bersikap jujur terhadap Allah di dalam NIAT dan AMAL

...SERAH pada Allah ketentuan BERJAYA atau GAGALnya. konsep TAWAKKAL dlm dakwah. walaubagaimanapun, pendakwah yg ikhlas pasti mendapat GANJARAN Allah

bentuk ganjaran yg pertama dengan melaksanakan tugasan ini ialah KETENANGAN HATI dan PERASAAN. BEBAS dr rasa takut dan gentar d dlm semua urusan....(termasuk akademik, perniagaan dll...abg rasa la)

ganjaran yg kedua ialah SANJUNGAN DAN SEBUTAN oleh penghuni langit iaitu para malaikat. ...dan ganjaran di AKHIRAT iaitu....nikmat hisab yg mudah dan kesenangan yg melimpah ruah

yg paling utama...dan terbesar...ganjaran mendapat KEREDHAAN ALLAH

sebenarnya ayat2 ini menenteramkan jiwa generasi islam yg pertama di bwh tarbiah Rasulullah s.a.w...
rujuk kisah janji Rasulullah s.a.w. kpd keluarga YASIR
"...bersabarlah wahai keluarga Yasir...kamu beroleh janji syurga..."

kisah ini juga membentuk JIWA PENDAKWAH supaya KENTAL...TAHAN LASAK
utk layak memikul amanah ini...supaya bila hati sudah bulat..tekad...sanggup hadapi segala bagi menunaikan janjinya kepada Allah

akhir sekali :
pertarungan dan pertembungan yg berlaku ini...diantara org2 yg beriman dan musuh mereka..pd hakikatnya ialah PERTARUNGAN AQIDAH...bukan nya atas dasar politik, ekonomi mahupun perkauman

(ingat lagi tawaran kafir Quraisy kpd Rasulullah s.a.w.?)...kedudukan, wanita dan harta
...supaya nabi menghentikan perjuangan aqidah

musuh2 islam sentiasa berusaha menukar sbb2 pertembungan kepada faktor2 lain selain AQIDAH...supaya obor aqidah dan jihad lari drpd jiwa org yg beriman

...itulah ringkasan serba sedikit bab yg terakhir ini
boleh juga diolah seperti cerita GHULAMUDDAKWAH
spt yg dikupas oleh Ust Hisham Saqr ..

Monday, October 24, 2005

Motivation123 Idea-Kit ... part 1

Quick and Easy Tips to Help You Change and AchieveYou can achieve everything you have ever wanted to have, experience, or become. The power has and always will bewithin you, but nothing will happen until you get motivatedto make something happen. The following tips and ideas will help you to get and stay motivated to change your life andachieve your desires.

----------------------------------------------
1. Let Go of the Past
----------------------------------------------

Before you can create a better future, you must let go ofthe pains in your past. Failing once does not mean you willfail forever. Learn from your history, but don't let it stand as an obstacle between you and your dreams.

----------------------------------------------
2. Remember Success
----------------------------------------------

Just as important as learning from and overcoming past failure is recalling past success. It doesn't matter whoyou are, you have succeeded at something at sometime inyour past. Don't gloss over these moments. Use them to remind you that you can in fact achieve your goals.

----------------------------------------------
3. Realize the Possibilities
----------------------------------------------

It's possible. The dreams you hold in your heart but pushto the back of your mind are within your reach. Accept thefact that you can create a better life. This will serve asthe springboard of belief you need to succeed.

Mendepani Tarbiah Generasi Baru 3

Generasi Pakcik Makcik dan Baru - Berbezakah?


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Dalam Siri ke 3 ini, ana akan cuba menyatakan beberapa pemerhatian bagaimana beza atau samanya generasi baru dengan generasi pakcik makcik di kalangan ikhwah sekelian. Hal ini perlu dikenalpasti kerana ana banyak mendengar kata-kata seperti ini:

- "Mereka nie kalau suruh datang program pun tak nak datang."
- "Kali ini datang usrah, minggu depan entah ke mana."
- "Kalau semua ilmu dah ade ok lah. Ini masih lagi malas nak mendalami."
- "Tarbiah mereka nie kurang. Itu sebab tak berdisiplin."
- "Ish Ish. Bersyukurlah sekarang semua senang. Dulu nak dapat buku agama bukannya susah."
- "Mengapa le mereka nie tak berminat dengan dakwah. Padahal dulu kecik2 asyik dibawa ke program2 kita juga."
- "Kena bayar sikit untuk program dan manfaat mereka pun tak nak. Takkan semua nak free."
- "Baca buku pun malas. Inikah yang akan menjadi da'i?"

Berbeza sangatkah makcik pakcik dengan generasi baru? Setelah memerhati pelbagai faktor, satu pemerhatian perbezaan yang dapat disimpulkan. Kecemasan dan kesusahan.

Manusia kembali pada-Nya apabila cemas dan susah
"[10.12] Dan apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan, merayulah ia ditimpa Kami (dalam segala keadaan), sama ada ia sedang berbaring atau duduk ataupun berdiri; dan manakala Kami hapuskan kesusahan itu daripadanya, ia terus membawa cara lamanya seolah-olah dia tidak pernah merayu kepada Kami memohon hapuskan sebarang kesusahan yang menimpanya (sebagaimana ia memandang eloknya bawaan itu) demikianlah diperelokkan pada pandangan orang-orang yang melampau apa yang mereka lakukan."

Tidak dinafikan bahawa ada yang ingat Allah ketika senang. Namun lebih ramai yang kembali pada Allah ketika susah. Susah di sini mencakup pelbagai perkara. Bukanlah golongan makcik pakcik berbeza sangat dengan generasi baru untuk menerima tarbiah dan melaksanakan dakwah. Tetapi hal kecemasan dan kesusahan ini agak berbeza yang menyebabkan usaha tarbiah generasi baru perlukan sedikit kelainan.

Jadi dalam siri ini, ana akan ketengahkan
1. ciri murabbi di kalangan ikhwah
2. ciri kecemasan dan kesusahan yang dialami makcik pakcik dan generasi baru
3. realiti generasi yang berbeza

Ciri murabbi di kalangan ikhwah
Usaha di kalangan ikhwah amat tidak ternilai dalam mencorak suasana yang ada sekarang. Namun perlu disedari bahawa dalam JIM ada gap generasi daripada umur kira-kira 25-35. Jika dilihat dengan masa penubuhan KARISMA dan kadar tokoh yang dihasilkan untuk melaksanakan syariat, 2020 perlu disemak semula. Mana mungkin memimpin negara apabila masih ramai mahasiswa tidak mampu mendapat tarbiah yang mantap. Padahal Nabi ada 313 orang (lelaki) pada tahun ke 2 Hijrah yang sanggup berkorban untuk menghadapi umat Madinah dan Mekah. Dan kini, kita bukan sahaja ingin menghadapi 25 juta orang Malaysia tetapi seluruh dunia kerana jika tidak, Mesir sudah lama berstatuskan negara Islam sebenar. Tidak 'negara Islam'nya Mesir kerana negara lain belum bersedia untuk menyambut pelaksanaan syariat. Pelaksanaan syariat memerlukan kesediaan seluruh dunia. Bagi kita di Malaysia, kita perlu mulakan di Malaysia. Masalahnya, setakat ini, belum ada 20 orang yang berpotensi yang boleh dikedepankan bagi memimpin di hadapan di kalangan kelompok 25-35 orang di Malaysia. Atau mungkin mereka sembunyi sebalik tabir?

Ana bawakan perkara di atas kerana ikhwah yang sepatutnya menjadi murabbi perlulah meliputi pelbagai peringkat umur. Ikhwah 35 tahun ke atas adalah terhad. Apatah lagi, had ini ditambah dengan senario begini:

-cadangnya urusan tarbiah difikirkan selepas balik dari pejabat 5 ptg.
-sampai rumah, cadangnya tarbiah difikirkan selepas minum dan mandi
-selepas minum dan mandi, cadangnya fikir selepas solat di masjid
-selepas solat di masjid, cadangnya fikir selepas makan malam
- selepas makan malam, cadangnya fikir selepas main dengan anak-anak
- selepas main dengan anak-anak, dah penat. Cadang besok sahajalah....

Apakah kesan kepada perkara ini?
- urusan tarbiah hanya boleh difikir hujung minggu
- urusan tarbiah/ usrah boleh dilaksanakan 2-3 jam sahaja sehari (malah ada yang 2 3 jam seminggu atau 2,3 jam sebulan) kalau weekdays
- kalau ada program atau acara lain pada hujung minggu, apa yang sepatutnya difikir minggu ini, bawakan sahajalah ke minggu depan.

Apakah kesan daripada perkara tersebut?
- perkara yang sepatutnya selesai hari ini, akan selesai sebulan lagi
- usrah dah bahan yang perlu selesai 1 semester, menjadi 3 semester kerana usrah dan tarbiah banyak clash dengan program lain

Apakah kesan daripada perkara di atas?
- Akan bertelagahlah kumpulan yang melihat 'ada yang isti'jal (nak cepat) dalam dakwah' dan ada yang 'lambat sangat dalam dakwah.'
- Mengapa perkara ini terjadi? Siapa yang benar?

Inilah ciri naqib atau murabbi yang perlu diperhati pada generasi baru. Generasi makcik pakcik dahulu mantap kerana ada kumpulan yang fokus pada tarbiah. Mungkin mereka itu pelajar PhD, pelajar master, bekerja di universiti, engineer dan sebagainya. Mereka berada di sekeliling ikhwah. Kalau mereka tidak selalu bersama pun, mereka accessible banyak masa. Mereka merancang sesuatu untuk tarbiah. Tetapi dalam konteks sekarang, dalam usaha untuk mengelola satu negara - masih banyak lagi part-timer pada urusan tarbiah dan dakwah. Seriuskah kita untuk pelaksanaan syariat? Dimanakah usrah dan meeting perancangan yang dibuat 1 atau 2 pagi orang-orang terdahulu?

Bukanlah semua orang perlu berhenti kerja. Tetapi perlu ada murabbi sepenuh masa, atau lagak Ustaz Alias dan Abu Urwah suatu masa dahulu dan banyak tokoh lain yang bergerak ke seluruh negara dan melaksanakan tugas. Dari satu lokasi ke lokasi yang lain....

Ciri kecemasan dan kesusahan yang dialami makcik pakcik dan generasi baru,
Yang pasti, ciri kecemasan dan kesusahan melatari penghargaan kepada Islam yang mengandungi tarbiah dan dakwah. Jika dalam sub-topik di atas, semacam ikhwah yang bertanggungjawab, marilah sama-sama diperhatikan realiti generasi yang menjadikan Islam paling atas dan akan menjadi pegangan yang takkan dilepaskan.

Yang dimaksudkan dengan kecemasan ialah sesuatu yang sukar dalam tempoh masa sekejap. Kesusahan adalah kesukaran dalam masa yang lebih lama.(MP = generasi makcik pakcik dan GB = generasi baru)

Kecemasan dan kesusahan fizikal

MP:
1. Bagi yang ke luar negara, sampai di luar negara, ikhwah nak rumah, makanan dan sebagainya. Ditolong oleh orang yang baik agamanya, kita terpikat.
2. Apabila terlampau sejuk atau panas, ada nasihat. Kita terpikat pada yang memberi nasihat kerana baik agamanya.
3. Sering keputusan duit dan susah nak minta parent. Kita ingat Tuhan
4. Makan tak semua boleh ambil. Susah nak dapatkan. Bila lapar, ingat Tuhan.
5. Nak pergi program, tak cukup duit, kerja.Tidak bergantung pada ibu bapa dan biasiswa sahaja.
6. Hidup mana yang ada. Tak perlu lebih-lebih.
7. Sanggup makan maggi atau ikat perut untuk hidup dan pergi program

GB:
1. Tidak ada atau agak minimum keperluan fizikal seperti cari rumah, makan dsb.
2. Tidak janggal dengan cuaca dan persekitaran
3. Ramai yang sudah kaya. Apatah lagi kalau diberikan apa sahaja yang diminta dan si bapa menyatakan, 'kau tak payahlah susah macam ayah emak dahulu.'
4. Makanan merata-rata.
5. Tak boleh kerja (jarang). So harapkan PTPTN. Kalau bukan PTPTN atau biasiswa, harapkan emak. Kalau tak de, tak payah pergi program. Mengapa batalkan program? Duit.
6. Kalau boleh nak dapatkan apa sahaja pasal sudah ada duit.
7. Sanggup habiskan RM 30 untuk top up tetapi kalau beli buku atau program, 'Maaflah. Kami tak de duit'.

Kecemasan dan kesusahan emosi

MP:
1.Tidak biasa dengan suasana baru. Jumpa bro sis Muslim , kita terpikat.
2. Jauh dari keluarga
3. Susah nak masuk agama dan bangsa lain. Bro sis Islamlah yang rapat.
4. Berdepan dengan kesusahan dan nampak kesan bahawa tanpa Islam, jiwa tidak tenang
5. Hubungan dengan Allah lebih disebabkan internet dan telefon diguna sewajarnya.

GB:
1. Dah biasa suasana sedia ada. Semuanya Islam pula.
2. Boleh balik setiap minggu. Ada yang parent datang melawat membawa makanan sedap2.
3. Sama je muka semua. Rapat dengan orang 'agama' atau 'kurang agama' lebih kurang je.
4. Jiwa tetap OK kerana duit, keluarga dan apa yang dikehendaki dapat.
5. Ada handset setiap orang satu. Internet boleh diguna setiap masa untuk komunikasi dan hiburan. Jadi hubungan dengan manusia melebihi hubungan dengan Allah.

Kecemasan dan kesusahan spirituil

MP:
1. Tengok agama lain, mazhab lain dalam akidah, kita cemas dan tertanya. MP mengkaji dan serius.
2. Jelas dah tenang memang dengan Allah. Dekati agama. Hadiri program walaupun panjang.
3. Jumpa pelbagai bangsa seIslam, kita persoalkan amalan dan kepercayaan kita kerana kekadang lain.
4. Bahan agama tak banyak. Kalau jumpa atau diajari oleh orang asing, kita makin terpikat Kita 'bising' pasal kita bertemu kebenaran dan nak sebarkan.
5. Pergi program untuk menenangkan jiwa dan spiritual. Dirasakan wajib pergi untuk dapat ketenangan.
6. Tarbiah berbentuk mujahadah.
7. Sanggup korban duit, masa untuk menjirus spirituil dengan buku, program, derma dsb.

GB:
1. Lebih kurang je amalan agama. Tak rasa beza dan kritikal
2. Tenang atau suka dengan hiburan atau program yang menghiburkan. Bersama kawan lagi best untuk buat apa sahaja. Waktu program tak bebas.
3. Tak perlu persoalkan sangat. Menyusahkan sahaja hidup dalam negara aman.
4. Bahan agama di mana-mana. Datang pun dari sekolah agama. Tengok cikgu pun selamba sahaja. So tak perlulah bising-bising. Diam pun ok. 'Soleh' pada pandangan Melayu.
5. Tak payah pergi program pun tak pe. Tak nampak beza pun pergi atau tak pergi. Malah ada yang meraskan makin membebankan.
6. Tarbiah banyak di chalet, pusat peranginan atau kawasan yang lengkap prasarananya.
7. Berkorban adalah sesuatu yang dipandang wajar bila mencecah umur 40 50 an.


Begitulah beberapa penyataan yang berlaku dalam menerangkan MP dan GB. Tidak semestinya generasi dulu itu MP dan mahasiswa kini GB. Tetapi itu adalah beberapa sifat bagaimana untuk menghargai kehidupan dan mendalami tarbiah Islam. Kesannya? Tarbiah dicari bukan sekadar menunggu.Kesan dari usaha itulah, ikhwah sekelian masih sudi membaca artikel ini dan berkobar untuk melaksanakan tindakan selepas ini.

Realiti generasi baru yang berbeza

Tidak dinafikan, generasi kini ada perbezaan sedikit dari generasi makcik pakcik:

1. Generasi kini adalah generasi multimedia

Maka mereka suka TV, media, radio. Sesuatu yang berbunyi dan bergambar. Maka tarbiah perlu mencabar semua perkara ini sehingga mereka merasakan ada sesuatu yang lebih seronok berbanding TV dan radio. Salah satunya, penyampaian murabbi perlu bersifat audio (pelbagai ekspresi emosi dan suara) dan visual (bayangan) yang akan menyebabkan GB tidak lagi merasakan 'bosan' atau 'tidak bermaya'. Plot penyampaian perlu lebih hebat dari filem : satu adegan diselangi adegan lain di lokasi lain. Perlu ada integrasi ilmu yang menyebabkan fikiran tercabar dan timbul 'eureka, aha atau yang lebih penting Subhanallah! dalam benak.

2. Banyak bahan agama di sekitar

Bahan agama yang akan menarik perhatian GB ialah bahan yang dirasakan kritikal dan perlu untuk mereka. Semua yang ada ini sama dengan dahulu. Tetapi apabila diwujudkan cabaran apa yang sedia ada, ia akan menyebabkan mereka perlu mencari. Sebagai contoh, soalan berikut ditanyakan kepada ahli dalam usrah pada awalnya:

1) kalau tak de usrah tak boleh ke?
2) wajib semua ikut usrah ke?
3) usrah perlu dipimpin guru mursyid ke?
4) guru mursyid kena belajar Quran ke? kalau dia tak pernah belajar bahasa Arab....

Bukan mereka yang bertanya. Biarlah ikhwah yang bertanya kerana apa yang disudukan oleh TV ialah pertanyaaan dan sesuatu yang mencabar minda penonton. Bukan lagi dokumentari dan 'lunyai'. Dengan itu, GB yang terdiri daripada orang muda akan sentiasa rasa tenaga mereka sesuai digunakan ke usrah.

3. Mewah adalah environment GB

Suasana hidup perlu dipandu agar tidak mewah. Ini memerlkukan tugas sinergi pelbagai pihak. Kalau pun tak boleh tangani semua, kita perlu tangani di peringkat tarbiah. Beberapa aspek yang perlu diambil kira apabila mengendalikan program yang mengelakkan mewah:

1) masa - makin panjang, makin kurang 'mewah' bersama keluarga
2) makanan - makin sikit makan atau puasa, makin kurang 'mewah' untuk makanan fizikal
3) penyampaian - makin banyak soalan dan cabaran, akan makin kurang 'mewah' suduan yang diberikan
4) kekerapan - makin kerap program, makin kurang 'mewah' masa senggang dan membazir
5) tugasan - makin banyak tugasan dan projek realistik, makin kurang 'mewah' berpuas dengan teori sahaja
6) lokasi - makin minimum kemudahan yang ada, makin kurang 'mewah' hidup mereka sehingga bersedia menghadapi pelbagai kemungkinan kehidupan
7) kumpulan sasaran - makin ramai dan pelbagai jenis orang bersama, makin kurang 'mewah' untuk seronok duduk sesama geng kenal sahaja.
8) pergaulan - makin diasingkan program lelaki perempuan, makin kurang 'mewah' belaian dan difahami oleh jantina berlainan

Jika perkara di atas diambil kira dalam program, ana yakin mutu tarbiah akan meningkat kerana ia datang bukan dari teori tetapi wujud dalam praktikal . Ini dibuktikan dalam program Madrasat-ul-Hayaah tahun ini walaupun banyak lagi kelemahan.

Kesimpulan

Semoga dengan analisa ringkas di atas akan membuka perspektif kepada semua ikhwah bahawa urusan tarbiah yang akan dijalankan perlu mengambil kira semua faktor 'mengapa dahulu menjadi' dan 'realiti generasi baru yang banyak tak jadi' untuk disekalikan dalam proses ini.Jika ia diambil kira, usaha tarbiah akan menjadi lebih realistik dan 'realiti. Makcik pakcik (MP) juga akan bersifat GB jika apa jua kecemasan dan kesusahan yang dialami dulu diganti dengan kemewahan dan kesenangan dalam kehidupan sekarang. Moga kita terus istiqamah atas jalan ini.

Segamat Johor

Pages